omniture

Snap Fitness Umum Pengembangan Utama di Jepun; 300 Lokasi Dibuka

Snap Fitness
2020-03-11 21:00 869

Perkongsian dengan Global Fitness Japan Co., Ltd. akan menyediakan akses 24/7 yang mudah kepada latihan berkesan yang disesuaikan

CHANHASSEN, Minnesota, 11 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Snap Fitness, dengan kerjasama Global Fitness Japan Co., Ltd., akan menembusi pasaran Jepun dengan membuka 300 lokasi di seluruh negara. Perancangan sedang dijalankan untuk membuka lokasi utama di Tokyo, yang dijangka dibuka pada tahun ini. Lokasi-lokasi tambahan akan disusuli dalam masa terdekat di Osaka dan wilayah-wilayah lain.

"Snap Fitness telah berjaya menyediakan perkhidmatan kecergasan yang inovatif dengan cara yang mampan di seluruh dunia selama lebih 15 tahun," kata Kazuki Takenouchi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar Global Fitness Japan Co., Ltd. "Global Fitness Japan percaya Snap Fitness akan meningkatkan kesejahteraan kehidupan semua orang di Jepun dengan menyediakan senaman didorong hasil yang berasaskan teknologi."

Pada bulan Februari, wakil-wakil daripada Global Fitness Japan Co., Ltd. menghadiri "Snap University" di Minnesota bagi memahami tumpuan Snap Fitness terhadap inovasi mampan, suasana butik dan teknologi terkini.

"Kami mengambil keputusan untuk bekerjasama bagi mencapai misi kesejahteraan buat semua orang. Menerima pengetahuan dan pengalaman Snap Fitness, Global Fitness Japan akan menawarkan ahli-ahli kami dengan pelbagai perkhidmatan yang inovatif seperti latihan mesin, latihan peribadi, Latihan Kadar Degupan Jantung dan Latihan Maya," kata Naoto Shibuya, Pengarah & Ketua Pegawai Operasi Global Fitness Japan Co., Ltd..

Jepun ialah negara ke-11 yang paling ramai penduduk iaitu seramai 126 juta orang. Hanya 3.3 peratus mempunyai keahlian gimnasium, yang dianggap oleh Snap Fitness sebagai peluang untuk mengubah kehidupan.

"Kami teruja bagi mengalu-alukan pasukan yang bersemangat dan berpengalaman daripada Global Fitness Japan ke dalam keluarga francais Snap Fitness," kata Ali McElroy, Ketua Pegawai Pembangunan Global Lift Brands, syarikat induk Snap Fitness. "Kami berharap agar dapat menjalin kerjasama untuk meluaskan komuniti kecergasan kami, menyediakan akses kepada latihan dengan cara yang betul pada harga yang berpatutan selama 24/7, 365 hari setahun."

Latar Belakang Lift Brands:
Lift Brands ialah penginovasi yang terkemuka dalam industri kecergasan sebagai jenama induk beberapa francais kecergasan dan jenama kecergasan di seluruh dunia termasuk Snap Fitness, 9Round International Franchise, YogaFit Studios Franchise, Steele Fitness dan Fitness On Demand. Dengan lebih daripada 1 Juta ahli dan lebih 2,000 lokasi dibuka atau dijadualkan untuk dibangunkan dalam lebih 26 buah negara, Lift Brands membawakan hasil melalui pengalaman kecergasan yang paling mendatangkan kepuasan di dunia dan mengubah kehidupan setiap hari. Untuk maklumat lanjut tentang Lift Brands, kunjungi www.liftbrands.com.

Hubungan Media: Caitlin Tvrdik
952-567-5902
ctvrdik@liftbrands.com
www.liftbrands.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1001428/Snap_Fitness_Logo.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1001427/Lift_Brands_Logo.jpg

Source: Snap Fitness
Keywords: Health Care/Hospital Retail Supplementary Medicine Contracts Corporate Expansion