omniture

Ascential Peroleh Yimian Data sebagai sebahagian daripada Edge by Ascential, Bawakan Penyelesaian Perdagangan Digital Inovatif Utama Seluruh Dunia

Perniagaan Edge by Ascential yang dipertingkat menambah inovasi dan analitik Cina yang lebih mendalam dalam perdagangan digital untuk analitik data berkuasa AI globalnya, memperkasa jenama-jenama dengan pengetahuan untuk mencapai kejayaan dalam perdagangan digital
Ascential
2020-03-12 10:00 1168

SHANGHAI, 12 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Ascential, syarikat maklumat gobal berkepakaran, telah memperoleh Yimian Data (dinamakan semula 'Yimian by Ascential' selepas pemerolehan, selanjutnya dirujuk sebagai 'Yimian'), penyedia penyelesaian data perdagangan digital berkuasa AI yang terkemuka dari China telah mengintegrasikannya sebagai sebahagian daripada Edge by Ascential, subsidiari pandangan dan khidmat nasihat perdagangan digitalnya. Perniagaan yang dipertingkat ini kini membawakan pandangan dan khidmat nasihat perdagangan digital berbilang saluran bagi memperkasa pelanggan untuk mencapai kejayaan dalam pasaran perdagangan digital yang paling kompetitif dan kompleks di dunia, menambah kepakaran yang lebih mendalam di China dan platform perdagangan digital APAC yang lain.

Ascential Peroleh Yimian Data sebagai sebahagian daripada Edge by Ascential, Bawakan Penyelesaian Perdagangan Digital Inovatif Utama Seluruh Dunia
Ascential Peroleh Yimian Data sebagai sebahagian daripada Edge by Ascential, Bawakan Penyelesaian Perdagangan Digital Inovatif Utama Seluruh Dunia

"Perniagaan yang baru disepadukan ini menjana proposisi baharu yang menarik untuk syarikat-syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan perdagangan digital mereka, sama ada mereka ingin memanfaatkan pertumbuhan China, di seluruh APAC atau semua pasaran global," kata Duncan Painter, Ketua Pegawai Eksekutif Ascential. "Ascential komited untuk terus meneroka penyelesaian inovatif yang memperkasa pelanggan bagi mencapai kejayaan dalam ekonomi digital. Kami bertuah kerana dapat menambah kekuatan inovasi tempatan China yang cemerlang kepada koleksi bekalan kami."

Sebagai salah satu nama yang paling terkenal dalam industri ini di seluruh dunia, Ascential mengiktiraf Yimian atas kepakarannya dalam pasaran perdagangan digital yang kompleks, besar dan pantas berkembang di China dan sinergi sempurnanya dengan penawaran perkhidmatan sedia ada Ascential, merentas pasaran e-dagang AS, Eropah dan APAC. Bersama-sama perniagaan Edge by Ascential APAC sedia ada, pemerolehan ini menggabungkan dua pengusaha yang paling mantap dalam industri ini bagi membawakan penyelesaian holistik kepada jenama-jenama yang terkemuka di dunia.

"Reputasi dan sumber global yang terbukti daripada Ascential melengkapkan kami dengan keyakinan untuk menyokong syarikat-syarikat pada setiap peringkat pertumbuhan mereka," kata Tony Ren, Ketua Pegawai Eksekutif Yimian. "Dengan akar umbi kami yang kukuh bertapak dalam teknologi, kami akan terus berperanan sebagai pemacu inovasi dalam industri ini. Kami akan memanfaatkan kepakaran kami untuk terus menyokong pelanggan dalam industri jualan runcit baharu yang berkembang dengan lebih terhubung dan kompleks hari demi hari."

Perniagaan bersepadu ini membawa kepakaran yang lebih baik dalam analitik data yang dikuasakan oleh teknologi utama bagi membantu jenama-jenama mendorong pertumbuhan yang unggul dalam perdagangan digital melalui pandangan pengguna, pembeli belah dan penjual runcit merentas pelbagai saluran. Kesemua ini memperkasa pelanggan untuk mengoptimumkan jualan e-dagang mereka, mengenal pasti pemacu utama pertumbuhan perniagaan, cabaran dan risiko serta meluaskan sempadan apa yang dapat dilakukan dalam perdagangan digital. Yimian menghasilkan pandangan yang sofistikated pada waktu sebenar bagi mewujudkan pengetahuan untuk mencapai kejayaan. Penyelesaian yang terhasil dapat mengoptimumkan proses membuat keputusan dengan strategi-strategi kalis masa depan sepanjang setiap langkah yang terperinci bagi memacu pertumbuhan perdagangan digital.

"Pemerolehan ini telahpun mempercepatkan nilai yang kami bawakan kepada pelanggan kami dalam pasaran digital utama APAC, khususnya China," kata Declan Kearney, Pengarah Urusan, Edge by Ascential APAC. "Dengan menggabungkan penyelesaian daripada saluran digital dan bahagian pasaran, analisis sentimen pengguna dan analitik canggih, pasukan Edge/ Yimian berkedudukan kukuh sebagai rakan kongsi yang benar-benar strategik untuk pelanggan kami. Kami teruja untuk memanfaatkan keupayaan baharu bagi membantu pelanggan sedia ada dan akan datang kami di APAC dan dan kawasan sekitarnya untuk memberi prestasi digital yang unggul."

Penyepaduan Edge by Ascential dan Yimian membawa peluang baharu untuk pelanggan bagi mengungguli pasaran perdagangan digital yang utama di seluruh dunia. Melalui data omnisalurannya, pemahaman yang mendalam terhadap trend pengguna dan pasaran serta hubungan yang telah lama terjalin bersama jenama-jenama pengguna yang terkemuka di dunia, gabungan perniagaan ini menawarkan pandangan yang benar-benar global bagi mendorong pertumbuhan jualan di Asia dan juga Barat.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200309/2744069-1?lang=0

 

Source: Ascential
Keywords: Computer/Electronics Data Analytics