omniture

Langkah penting Tongwei: Sasaran tiga tahun 100 GW

Tongwei Solar
2020-03-13 10:21 891

CHENGDU, China, 13 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pada 11 Februari, syarikat PV senaraian China Tongwei Co., Ltd. mengeluarkan dua pengumuman: Rancangan Pembangunan 2020-2023 untuk Perniagaan Silikon Habluran Tinggi Ketulenan dan Sel Solar serta Pengumuman mengenai Pelaburan dan Pembinan Sel Solar Berkecekapan Tinggi dan Projek Sokongan dengan Kapasiti Tahunan 30 GW (2020-2023 Development Plan for High-purity Crystalline Silicon and Solar Cell Business and Announcement on the Investment and Building of High-efficient Solar Cell and Supporting Project with Annual Capacity of 30 GW), mendapat perhatian yang besar dalam industri. 

Menerusi pengumuman yang dibuat mengenai rancangan pembangunan separuh penggal, Tongwei menjelaskan bahawa sasaran kapasiti pengeluaran terkumpul terhadap perniagaan silikon habluran tinggi ketulenan seharusnya mencecah 80,000 t pada tahun 2020, 115,000-150,000 t pada tahun 2021, 150,000-220,000 t pada tahun 2022 dan 220,000-290,000 t pada tahun 2023. Bahan-bahan monohabluran sepatutnya menyumbang sebanyak lebih 85% manakala bahan-bahan jenis-N sepatutnya menyumbang sebanyak 40%-80%; kos pengeluaran dan kos tunai masing-masing sepatutnya 30,000-40,000 yuan/t dan 20,000-30,000 yuan/t, dengan penurunan mendadak dalam kos kapasiti pengeluaran.

Di samping itu, sasaran kapasiti pengeluaran terkumpul untuk perniagaan sel solar sepatutnya seperti yang berikut: 30 GW-40 GW pada tahun 2020, 40 GW-60 GW pada tahun 2021, 60 GW-80 GW pada tahun 2022 dan 80 GW-100 GW pada tahun 2023. Susun atur strategi harus memberi tumpuan pada Perc+, Topcon, HJT dan produk-produk baharu lain, yang seharusnya serasi dengan semua spesifikasi daripada Siri 210 dan ke bawah. Kos bukan silikon untuk Perc sepatutnya lebih rendah daripada 0.18 yuan/w.

Menurut pengumuman yang kedua, Tongwei Co., Ltd. dan subsidiarinya Tongwei Solar Co., Ltd. merancang untuk menandatangani Perjanjian Pelaburan untuk Asas Industri PV bersama Kerajaan Rakyat Daerah Jintang, Bandar Raya Chengdu bagi membina sel solar yang amat cekap dan projek sokongan dengan kapasiti tahunan 30 GW di Daerah Jintang, Bandar Raya Chengdu. Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan jumlah pelaburan sebanyak 20 bilion yuan menurut anggaran. Projek 7.5 GW fasa I bakal dilancarkan sebelum Mac tahun ini, yang akan disiapkan dan memulakan operasinya dalam tahun 2021. Projek-projek selanjutya akan disiapkan secara berperingkat-peringkat dan memulakan operasinya pada 3-5 tahun akan datang berdasarkan permintaan pasaran.

Anggaran berdasarkan harga semasa sel-sel arus perdana dalam pasaran, projek sel solar berkecekapan tinggi 30 GW akan menambah pendapatan kendalian sebanyak 30 bilion yuan/tahun kepada Syarikat selepas ia siap dan memulakan operasinya.

Source: Tongwei Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities