Menyampaikan Tinjauan Pasaran Terbukti, Dipercayai
HONG KONG, 13 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Doo Holding, peneraju antarabangsa bagi tukaran mata wang asing (forex), CFD dan perisian serta perkhidmatan pelaburan kewangan, mengumumkan penaiktarafan penting kepada penawaran produknya melalui perkongsiannya bersama Trading Central dan Strategic Alpha, kedua-duanya merupakan firma-firma penyelidikan dan analitik yang dipercayai dalam industri. Dengan penyepaduan penyelidikan Trading Central dalam penawaran Pandangan Penganalisis, Kalendar Ekonomi dan Idea Pilihan mereka dengan laporan harian Strategic Alpha, kami akan meningkatkan produk-produk yang dibawakan oleh kami, memperkasa pelanggan untuk melaksanakan keputusan berpengetahuan luas tatkala mereka menavigasi pasaran dengan tinjauan pasaran yang mantap. Melalui perkongsian ini, kami dapat memperkayakan pengalaman produk yang dibawakan oleh kami kepada pelanggan kami tatkala kami terus menonjolkan peluang-peluang dalam pasaran ini.
Latar Belakang Doo Holding Group:
Selepas bertahun-tahun menjalani proses pembangunan, Doo Holding Group berkembang menjadi konglomerat perkhidmatan kewangan yang komprehensif dengan teknologi kewangan (fintech) sebagai terasnya. Doo Holding mempunyai cawangan-cawangan di seluruh dunia dalam pusat-pusat kewangan dan teknologi termasuk Hong Kong, London, Taiwan, Kuala Lumpur. Subsidiari-subsidiarinya termasuk Doo Holding, Doo Clearing, Doo Prime, Doo Tech, Doo Exchange dan Doo Consulting selain subsidiari-subsidiari lain. Ia komited untuk menyediakan penyelesaian berkaliber tinggi, komprehensif dan pelbagai kepada institusi-institusi dan pelanggan-pelanggan individu di seluruh dunia. Doo Holding Group telah mencapai keputusan yang luar biasa di peringkat antarabangsa. Penyelesaian teknologi kewangan pelbagai kami terbukti dapat meningkatkan dengan ketara prestasi pelaksanaan urus niaga broker dengan menyediakan akses kecairan yang mendalam dan beragregat. Melalui inovasi dan pembangunan berterusan dalam teknologi kewangan, Doo Holding Group menggalakkan kecanggihan urus niaga kewangan dan membantu pelanggan mengekalkan kedudukan utama dalam pasaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah."
Latar Belakang Trading Central:
Trading Central telah menyokong dengan jayanya keputusan pelaburan melalui inovasi sejak tahun 1999. Portfolio luas mereka dengan penyelesaian pasaran menggabungkan penyelidikan penganalisis dan pengecaman pola dengan liputan berbilang aset global 24H, menyediakan secara kolektif analisis teknikal dan asas terhadap lebih 75,000 instrumen setiap hari pasaran bagi menawarkan tinjauan yang tepat pada masanya dan boleh diambil tindakan.
Latar Belakang Strategic Alpha:
Strategic Alpha menggabungkan analisis asas dengan kesedaran teknikal yang kukuh menerusi lebih 30 tahun pengalaman di sebaliknya. Menerusi dekad-dekad pengalaman yang dimiliki oleh pasukan ini daripada semua kelas aset, laporan mereka membolehkan pelanggan Doo Holding memahami sepenuhnya neksus antara pasaran-pasaran berbeza dan pengaruh yang dimiliki oleh pasaran-pasaran berkenaan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200310/2745601-1?lang=0