omniture

Siri Bola Sepak Terkemuka 'Supa Strikas' daripada Moonbug bakal dilancar di India

Moonbug
2020-03-17 03:09 659

LONDON, 17 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Moonbug, sebuah syarikat hiburan bertaraf global yang membangunkan dan mengedarkan kandungan yang menyeronokkan serta selamat buat kanak-kanak, hari ini mengumumkan bahawa siri video popularnya Supa Strikas akan ditayangkan di India. Siri berkenaan telah dilesenkan kepada Disney India.


Supa Strikas ialah jenama sukan digital dan linear kegemaran Afrika Selatan yang mengikuti perjalanan pasukan bola sepak yang terkemuka ketika pasukan tersebut mengembara ke seluruh dunia dan angkasa lepas dalam usaha untuk memenangi trofi Liga Super yang amat bernilai.

"Pengajaran mengenai keseronokan, semangat kesukanan, saling hormat menghormati dan kerja berpasukan daripada "Supa Strikas' amat berkait rapat untuk penonton daripada semua latar belakang," kata Nicolas Eglau, Ketua EMEA untuk Moonbug. "Program ini telahpun menjadi rancangan yang mendapat tontonan paling tinggi di Disney Asia Tenggara dan Cartoon Network di seluruh Afrika dan tidak lama lagi akan turut disediakan kepada penonton di India."

Supa Strikas, yang membuat kemunculan pertama pada tahun 2009, boleh didapati dalam 27 bahasa dan di lebih 100 buah negara seluruh dunia. Rancangan ini boleh dinikmati merentas pelbagai platform, termasuk: YouTube, Amazon, DisneyXD, Cartoon Network, ETV, MBC, TVP, Crave, Suria, Studio 23 dan Zoom, antara lain.

Latar Belakang Moonbug
Moonbug ialah sebuah syarikat hiburan bertaraf global memenangi anugerah yang menyediakan kandungan yang menyeronokkan serta selamat buat kanak-kanak. Moonbug memperoleh, mencipta dan mengedarkan kandungan untuk kanak-kanak prasekolah. Syarikat ini, yang merupakan antara pemilik IP kanak-kanak digital yang terbesar di dunia, ditubuhkan bersama-sama golongan veteran media René Rechtman, Ketua Pegawai Eksekutif dan John Robson, Ketua Pegawai Operasi, dengan pejabat-pejabat utama terletak di London dan Los Angeles.

IP Moonbug termasuk sensasi global Little Baby Bum, My Magic Pet Morphle, Supa Strikas, Go Buster, Playtime with Twinkle, Gecko's Garage dan banyak lagi. Rancangan Moonbug boleh didapati pada platform-platform global seperti YouTube, Netflix, Hulu, Roku, Sky, Amazon Prime Video dan banyak lagi.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1124051/Supa_Strikas.jpg

Source: Moonbug
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Television Children-related news New products/services