omniture

Covid-19: Menarini Group Tukar Kilang Pengeluaran untuk Hasil dan Derma Gel Penyahjangkit

Menarini I.F.R.
2020-03-18 02:04 1041

FLORENCE, Itali, 17 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Bersatu dalam perjuangan memerangi Covid-19. Dalam tempoh yang sukar buat Itali dan juga seluruh dunia, syarikat farmaseutikal Menarini Group menjadikan kesihatan golongan profesional penjagaan kesihatan dan pesakit semakin diutamakan.

 

 

Lembaga Pengarah Menarini, dipengerusikan oleh Eric Cornut, telah mengambil keputusan untuk menukarkan sebahagian daripada kilang pengeluarannya di Florence (Itali) bagi membuat gel penyahjangkit untuk didermakan kepada hospital-hospital dan organisasi-organisasi penjagaan kesihatan yang berada di barisan hadapan dalam perjuangan memerangi Coronavirus.

Menarini akan mengeluarkan 5 tan gel penyahjangkit setiap minggu yang akan diedarkan di seluruh wilayah Itali dan diberi percuma oleh Jabatan Perlindungan Awam kebangsaan Itali.

"Para doktor dan golongan profesional penjagaan kesihatan merupakan 'wira' sebenar dalam perjuangan memerangi COVID-19 dan melalui sumbangan gel penyahjangkit kami, kami berharap agar dapat membantu mereka bekerja dengan tahap keselamatan yang lebih tinggi," ujar Elcin Barker Ergun, Ketua Pegawai Eksekutif Menarini Group.

Menarini Group

Menarini Pharmaceutical Group, yang beribu pejabat di Florence, berada di lebih 130 buah negara seluruh dunia, dengan nilai pusing ganti mencecah € 3,667 juta dan menggaji lebih 17,000 kakitangan. Dengan 7 pusat Penyelidikan & Pembangunan, produk-produk Menarini terdapat dalam bidang rawatan yang paling penting termasuk produk-produk kardiovaskular, pulmonologi, penyakit berjangkit, diabetes, gastroenterologi dan antiradang/analgesik. Pengeluaran farmaseutikal dijalankan di 16 kilang pembuatan Kumpulan ini yang terletak di Itali dan luar negara, yang mengeluarkan dan mengedarkan lebih 585 juta bungkus produk setahun. Pengeluaran farmaseutikal Menarini, sejajar dengan piawaian kualiti tertinggi, memberi sumbangan berterusan demi kesihatan pesakit di seluruh dunia.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1134482/MENARINI_GROUP_Logo.jpg

Source: Menarini I.F.R.
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility New products/services