omniture

RF International Holdings Tunjukkan Hanya Dengan Tiga Pengasas, Tiga Negara dan 16 Bulan untuk Ubah Industri Kewangan

Wawasan Unik RF International Holdings untuk Ekosistem Kewangan Digital dan Pasaran Modal Bersepadu Pertama Asia Terbentuk.
RF International Holdings
2020-03-18 09:57 1199

SINGAPURA, 18 Mac 2020 /PRNewswire/ -- RF International Holdings ("RFIH", "Kumpulan") Singapura, kumpulan kewangan digital bersepadu didorong teknologi yang baharu, mengumumkan akhir fasa 1 dan 2 dalam perjalanannya untuk mencipta ekosistem kewangan digital dan pasaran modal bersepadu yang pertama di Asia. Pengumuman ini berikutan pelaburannya yang strategik sebanyak US$3 juta ke dalam iSTOX pada April 2019 selepas SGX dan Heliconia, subsidiari Temasek Holdings, dan penganugerahan status Syarikat Pengurusan Dana Berdaftar MAS pertama Kumpulan pada Februari 2020 kepada subsidiarinya -- RF Fund Management.

3 pengasas dan 16 bulan – hanya semua ini yang diperlukan untuk RFIH mengukuhkan kedudukannya dalam bidang Ekonomi Digital dengan status RFMC MAS serta platform pasaran modal aset digital berasaskan DLT dan dikawal selia oleh MAS.

Penubuhan ekosistem kewangan digital bersepadu yang pertama di Asia mendorong model baharu bagi pembiayaan dan peluang yang berterusan. Melalui sistem bersepadu yang menghubungkan pelabur, penerbit dan pelbagai penyedia perkhidmatan melalui teknologi perintis. RFIH berhasrat untuk meningkatkan kecekapan dan memudahkan pematuhan kawal selia. Mendayakan pulangan pelaburan ekuiti persendirian yang amat menarik dan model perniagaan yang inovatif menggunakan rangka kerja kawal selia dan AI.

"RFIH diterajui oleh empat pemimpin berwawasan dalam sektor perakaunan, kewangan, pasaran modal dan teknologi baru muncul yang terletak dan ditubuhkan di China, Jepun dan Singapura. Memanfaatkan setiap lokasi, Kumpulan ini menyasarkan untuk menginkubasikan platform digital baharu, memberi manfaat kepada komuniti melalui 'Segitiga Emas Asia'," kata Vincent Lin H, Pengerusi Eksekutif Kumpulan.

"Kini, fasa 2 dicapai. Kami memulakan fasa 2.1, mengukuhkan jaringan antarabangsa kami di China, Jepun, Singapura dan negara-negara ASEAN yang lain, membuka sebuah pejabat berbilang keluarga dan melancarkan Dana Ekuiti Persendirian bernilai US$50 juta yang sulung dan bertumpu digital kami," kata Eric Neo S.W, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

"Pengesahan status MAS merupakan satu pencapaian awal yang amat besar dalam rancangan induk 10-tahun Kumpulan ini," kata Alan Chang C.H, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan.

"Kami menjemput semua pelabur yang sealiran untuk menyertai kami bagi Menakrifkan Semula Masa Depan (Redefine the Future)," simpul Eric.

RF International Holdings, Profil Pengasas dan Pengarah

Vincent Lin H, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan. Berasal dari Guizhou, Vincent mahir dalam pelaburan ekuiti persendirian dalam perusahaan teknologi perintis peringkat awal.

Eric Neo S.W, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Seorang warga Singapura, Eric menubuhkan Neo & Partners Global, 'Trading-Atrium' yang pertama di Asia pada tahun 2014 sebelum menyertai RFIH pada tahun 2018. Neo & Partners dianugerahkan Akreditasi Peringkat Kebangsaan -- NS MARK (Emas) dan penghargaan tertinggi yang berprestij Total Defence Awards; NS Advocate Award (SMEs) 2017.

Alan Chang C.H, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan. Berasal dari Malaysia, Alan mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam pengauditan luar dan dalaman firma-firma antarabangsa di Malaysia dan Singapura serta mempunyai pengalaman luas dalam membantu syarikat-syarikat untuk IPO dalam Bursa Singapura dan Hong Kong.

Kiyohiro Kawayanagi, Pengarah RFIH, ialah seorang pakar dalam pelaburan penasihat kewangan penggabungan dan pemerolehan rentas sempadan. Sebelum menyertai RFIH, Kiyohiro menyandang jawatan pengurusan kanan dalam syarikat-syarikat pelaburan global seperti Daiwa Securities Group.

Latar Belakang RF International Holdings 

RF International Holdings (RFIH) ialah kumpulan kewangan digital bersepadu global yang didorong oleh teknologi yang beribu pejabat di Singapura dan menumpu pada Pengurusan Pelaburan, Aset Digital, Ekuiti Persendirian, Pengurusan Aset, Pasaran Modal, Kredit, Hartanah, Infrastruktur, Aset Nyata Tenaga dan Situasi Khas. RFIH diterajui oleh pemimpin-pemimpin berwawasan yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam sektor perakaunan, kewangan, pasaran modal dan teknologi. RFIH bermatlamat untuk menakrifkan masa depan pasaran kewangan demi manfaat komuniti.

RF Fund Management, sebuah subsidiari, ialah Syarikat Pengurusan Dana Berdaftar Pihak Berkuasa Monetari Singapura.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.rf.com.sg/ atau https://www.linkedin.com/company/rfih/ 

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200313/2749387-1LOGO?lang=0

Source: RF International Holdings
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Financial Technology