omniture

Vakrangee Revolusikan Penjagaan Kesihatan Luar Bandar dengan Perkenal Perkhidmatan Teleperubatan vHealth By Aetna (sebuah Syarikat CVS Health) di Vakrangee Nextgen Kendras

Vakrangee Limited
2020-03-18 12:50 5099

-  Perundingan melalui telefon atau video bersama doktor rawatan asas dalaman vHealth akan membantu mengurangkan keperluan perundingan fizikal sebanyak lebih 70%

-  Di bawah suasana semasa yang terkesan oleh pandemik COVID-19, ia memberi akses kepada khidmat nasihat perubatan profesional dan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tertinggi ketika kerajaan dan pihak berkuasa penjagaan kesihatan di seluruh dunia mengesyorkan jarak sosial (social distancing), sebagai usaha untuk membendung penyebaran virus

MUMBAI, India, 18 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Vakrangee Limited memperkenalkan perkhidmatan rawatan asas vHealth by Aetna melalui rangkaian Vakrangee Kendras. vHealth ialah subsidiari milik penuh Aetna Inc, sebuah Syarikat CVS Health, salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan yang terkemuka di dunia (Fortune 8 Enterprise).

vHealth memberi tumpuan yang kukuh pada kecemerlangan klinikal, memanfaatkan teknologi digital dan rangkaian komprehensif yang terdiri daripada rakan kongsi penjagaan kesihatan bagi menawarkan pemeriksaan kesihatan, ujian darah dan perkhidmatan farmasi.

Mengulas mengenai perkongsian ini, En Dinesh Nandwana, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Vakrangee berkata, "Kami berasa gembira untuk memperkenalkan perkhidmatan teleperubatan vHealth yang berpatutan kepada pelanggan kami di lokasi-lokasi luar bandar yang kurang mendapat perkhidmatan. Perkhidmatan ini bersedia untuk memberi pengalaman yang amat berbeza kepada pesakit-pesakit di lokasi-lokasi luar bandar apabila mereka berjumpa doktor, untuk mendengar kebimbangan mereka dan mengadakan perundingan maya."

"Selain itu, kami juga akan dapat menjalankan ujian darah di rumah dan penghantaran ubat-ubatan sehingga ke hadapan pintu melalui jaringan rakan kongsi vHealth. Menerusi perkongsian ini, kami telah memperluaskan rangkaian perkhidmatan yang disediakan di Nextgen Vakrangee Kendras eksklusif kami bagi menjadikannya kedai sehenti untuk semua keperluan pelanggan kami."

Mengulas mengenai perkongsian ini, En. Damian Delaney, Pengarah Urusan, Aetna India berkata, "vHealth by Aetna komited untuk menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti boleh diakses di seluruh India. Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan Vakrangee demi perjalanan yang penting ini. Perkongsian kami akan membantu kami meluaskan jangkauan kami melangkaui pusat-pusat bandar dan ke kawasan-kawasan paling terpencil di India yang mana perkhidmatan rawatan kesihatan asas memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pertumbuhan wilayah-wilayah ini."

Latar Belakang Vakrangee Limited   (BSE: 511431) (NSE: VAKRANGEE)  

Vakrangee ialah sebuah syarikat dipacu teknologi unik yang memberi tumpuan pada pembinaan rangkaian terbesar di India bagi outlet jualan runcit kilometer terakhir untuk menyediakan perkhidmatan BFSI, ATM & E-Dagang pada waktu nyata kepada pasaran yang tidak mendapat perkhidmatan. Kedai-kedai Kemudahan Digital Terbantu dikenali sebagai 'Vakrangee Kendra' yang bertindak sebagai "Kedai sehenti" untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan dan produk.

Hubungan Media: 
Ammeet Sabarwal
Ketua Pegawai Komunikasi Korporat & Strategi
ammeets@vakrangee.in
91-22-67765100
Vakrangee Limited – www.vakrangee.in

 

Source: Vakrangee Limited
Related Stocks:
Bombay:511431 India:VAKRANGEE
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Telecommunications New products/services Public Interest