omniture

Asia's 50 Best Restaurants Iktiraf Cef Yusuke Takada dari La Cime Dengan Inedit Damm Chefs' Choice Award

Asia’s 50 Best Restaurants 2020
2020-03-18 15:30 954

OSAKA, Jepun, 18 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Asia's 50 Best Restaurants telahpun mengumumkan bahawa cef Yusuke Takada dari La Cime di Osaka, Jepun, ialah penerima bagi tahun 2020 Inedit Damm Chefs' Choice Award. Diundi oleh rakan-rakan cef beliau dalam senarai Asia's 50 Best Restaurants, anugerah ini mengiktiraf sumbangan oleh Cef Takada dalam bidang kulinari Asia.

Asia’s 50 Best Restaurants has announced that chef Yusuke Takada of La Cime in Osaka, Japan, is the 2020 recipient of the Inedit Damm Chefs’ Choice Award. Voted for by his fellow chefs on the Asia’s 50 Best Restaurants list, the award acknowledges Chef Takada’s contributions to Asia’s culinary scene.
Asia’s 50 Best Restaurants has announced that chef Yusuke Takada of La Cime in Osaka, Japan, is the 2020 recipient of the Inedit Damm Chefs’ Choice Award. Voted for by his fellow chefs on the Asia’s 50 Best Restaurants list, the award acknowledges Chef Takada’s contributions to Asia’s culinary scene.

Takada melanjutkan pengajian di Tsuji Culinary Institute, Osaka sebelum berpindah ke Paris pada tahun 2007, di mana beliau bekerja di institusi-institusi yang disanjungi seperti Restaurant Le Taillevent dan Le Meurice. Apabila kembali ke Jepun pada tahun 2010, beliau membuka La Cime di daerah Hommachi Osaka. Sepanjang dekad yang lalu, beliau mendapat penghormatan daripada rakan-rakan beliau menerusi hidangan masakan lazat beliau dan kebolehan untuk mengadunkan teknik-teknik memasak Perancis dengan bahan-bahan Jepun yang bermusim.

Takada telah membantu mengalihkan perhatian kulinari ke Osaka. Kini berkedudukan No.14 dalam senarai Asia's 50 Best Restaurants 2019, La Cime menjadi destinasi untuk pakar makan minum dari seluruh dunia yang terbang ke Osaka untuk merasai ciptaan masakan yang dihidangkan dengan indah oleh cef tersebut.

Penerima-penerima terdahulu bagi Inedit Damm Chefs' Choice Award yang diundi oleh rakan-rakan setara melibatkan beberapa teman seperjuangan Takada termasuk Seiji Yamamoto (2013), Yoshihiro Narisawa (2018) dan Zaiyu Hasegawa (2019), serta legenda-legenda kulinari berpangkalan di Asia yang lain seperti André Chiang (2014), Richard Ekkebus (2015), Paul Pairet (2016) dan Dave Pynt (2017).

William Drew, Pengarah Kandungan di Asia's 50 Best Restaurants, berkata: "Melalui Inedit Damm Chefs' Choice Award, cef-cef yang sezaman dengan cef Yusuke Takada telah menunjukkan kekaguman mereka terhadap daya kreativiti dan kemahiran beliau."

Maria Faus, Pengurus Pemasaran Asia dan Pasifik untuk Damm, berkata: "Kami berbesar hati untuk menyampaikan Inedit Damm Chefs' Choice Award kepada Yusuke Takada, seorang cef yang menggabungkan asal usul Jepun beliau dengan teknik-teknik Perancis yang diperoleh oleh beliau dengan penuh usaha dengan sempurna. Kami berasa gembira kerana dapat terus bekerjasama dengan Asia's 50 Best Restaurants dan anugerah istimewa ini, yang menyaksikan bakat cef individu diiktiraf oleh rakan-rakannya."

Cef Takada akan diberi penghormatan sebagai sebahagian daripada anugerah Asia's 50 Best Restaurants tahunan kali kelapan, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna. Akibat daripada sekatan perjalanan semasa di Asia, acara tahun ini akan diadakan dalam bentuk upacara penyampaian anugerah maya, distrim melalui halaman Facebook dan saluran YouTube Asia's 50 Best Restaurants bermula jam 4 petang (HK/SG; 5 petang JPN) pada hari Selasa, 24 Mac.

generated by system

 

Hubungi: CatchOn, A Finn Partners Company, Emel: asias50best@finnpartners.com, telefon: +852-2566-8988

Source: Asia’s 50 Best Restaurants 2020
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Awards