omniture

INOXCVA Tandatangani MoU Dengan Shell Energy India untuk Pengagihan LNG

INOX India Pvt. Ltd
2020-03-19 20:17 809

- Perkongsian untuk meningkatkan ekonomi berasaskan gas di negara dengan memberi akses dipertingkat kepada LNG oleh saluran paip maya

MUMBAI, India, 19 Mac 2020 /PRNewswire/ -- INOX India Pvt Ltd (INOX), peneraju global bagi penyelesaian Penyimpanan Cecair Kriogenik, Pengagihan dan Isian Semula Gas telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Shell Energy India Pvt Ltd., sebuah subsidiari milik penuh Royal Dutch Shell plc, untuk bekerjasama dan membangunkan pasaran bagi tujuan pembekalan LNG melalui Jalan Raya daripada Terminal LNG Shell di Hazira (Daerah Surat), Gujarat. MoU ini menjangkakan penggunaan infrastruktur pengagihan termasuk kemudahan logistik dan penerimaan pada akhir pelanggan dan akan menawarkan akses LNG kepada pelanggan yang tidak disambungkan ke saluran paip. Ini akan membantu meningkatkan penembusan dan penggunaan LNG yang bersih, andal dan cekap kos kepada pengguna komersial dan perindustrian (C&I) di seluruh negara. MoU ini merangkumi kerjasama untuk membangunkan pasaran yang lebih besar untuk LNG sebagai bahan api pengangkutan untuk trak dan bas tugas berat yang melakukan perjalanan jauh.

INOX India and SHELL Energy India sign MOU for delivery of LNG through road transport  and LNG as Fuel for heavy duty transport.  In the picture (L) Mr. Ashwani Dudeja – Country Head, SHELL Energy India and  (R) Mr. Siddharth Jain – Executive Director, INOX India.
INOX India and SHELL Energy India sign MOU for delivery of LNG through road transport and LNG as Fuel for heavy duty transport. In the picture (L) Mr. Ashwani Dudeja – Country Head, SHELL Energy India and (R) Mr. Siddharth Jain – Executive Director, INOX India.

Shell Energy India (SEI) memiliki dan mengendalikan Terminal Penerimaan, Penyimpanan dan Regasifikasi LNG 5 MMTPA di Hazira, Gujarat. SEI membina kemudahan pemuatan trak di Terminal Haziranya dan perkongsian bersama INOX, akan membantu Shell bagi membangunkan pasaran untuk LNG sebagai bahan api pilihan dalam pengagihan gas bandar yang pantas berkembang, LCNG dan sektor perindustrian serta penggunaan LNG sebagai bahan api auto.

Ketika mengumumkan mengenai MoU tersebut, Siddharth Jain, Pengarah Eksekutif, INOX India Pvt Ltd berkata, "Perkongsian kami bersama Shell, menekankan daya pembaharuan INOX dan pendekatan futuristik kami. LNG bukan sahaja merupakan bahan api yng bersih dan berkesan kos, tetapi juga selamat dan andal. Kami berasa gembira kerana usaha-usaha kolaborasi kami akan menjadikan bahan api mesra alam ini lebih mudah diakses. Ekosistem perindustrian berasaskan gas yang lebih besar memberi petanda yang baik dengan ekonomi India dan dalam masa yang sama untuk alam sekitar dan merupakan situasi yang saling menguntungkan buat semua pemegang kepentingan."

Mengulas mengenai peristiwa tersebut, Ashwani Dudeja, Ketua Negara, Shell Energy India menambah, "Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan INOX untuk menyampaikan LNG oleh trak dan mewujudkan akses untuk LNG kepada pelanggan yang tidak disambungkan melalui saluran paip. Terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap gas, bahan api fosil dengan pembakaran paling bersih, daripada sektor Pengagihan Gas Bandar, pelanggan komersial dan perindustrian serta sebagai bahan api untuk pengangkutan tugas berat. Kami teruja untuk meneroka segmen baharu ini dan membangunkan perkongsian lain yang akan membolehkan kami untuk terus memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jangka panjang India terhadap tenaga yang lebih banyak dan lebih bersih."

Sebagai peneraju pasaran untuk pengangkutan serta pengagihan LNG yang selamat dan andal melalui jalan raya, INOX terkenal dengan penyelesaiannya yang inovatif dan bersedia mendepani masa depan, disesuaikan mengikut keperluan pengguna gas global. Sejak penjayaan pemasangan LNG skala kecil pertamanya di Kilang Halol General Motors pada tahun 2010, INOX berjaya memasang lebih daripada 35 kemudahan sedemikian di seluruh negara, di bawah jenama GoLNG. Mengembangkan penggunaan LNG sebagai sumber tenaga yang bersih dan mesra alam, kapal tangki pengangkutan GoLNG INOX telah mencapai jarak secara kolektif sejauh lebih 6.5 Juta KM dan mengagihkan ~100,000 Tan Metrik LNG kepada penggunanya yang berada di seluruh negara.

Latar Belakang INOX India Pvt. Ltd 

INOX India Pvt. Ltd ( INOX India) ialah salah satu pengeluar terbesar Sistem Penyimpanan Kriogenik, Gas-Semula dan Pengagihan untuk LNG, Gas Perindustrian dan aplikasi Krio-Saintifik yang beroperasi di India, Brazil & Eropah. Syarikat ini mempunyai kumpulan pengguna yang luas, tersebar merentas lebih daripada 100 buah negara dan diservis oleh jaringan rakan sekutu sokongan selepas jualan di 25 buah negara. Kekuatan utama Syarikat ini terletak pada kejuruteraan reka bentuk, pembuatan, pembekalan dan penjayaan sistem pakej siap guna Kriogenik dengan reputasi dan wawasan untuk memberi nilai lebih tinggi yang ketara kepada penggunanya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.inoxcva.com

 

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1135217/Ashwani_Dudeja_with_Siddharth_Jain.jpg

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1135218/INOXCVA_Logo.jpg

 

 

Source: INOX India Pvt. Ltd
Keywords: Environmental Products & Services Gas Oil/Energy Utilities Contracts Survey, Polls & Research