omniture

Rancangan Aneka Ragam Popular Asal iQIYI "Youth With You 2" Ungguli Senarai Trend Global Platform iQIYI Selepas Kemunculan Pertama

iQIYI, Inc.
2020-03-19 21:48 503

BEIJING, 19 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Dalam minggu pertama penyiarannya, musim kedua Youth With You ("Youth With You 2" atau "Rancangan"), rancangan aneka ragam popular asli yang amat dinanti-nantikan dan dicipta oleh iQIYI, Inc. (NASDAQ: IQ) ("iQIYI" atau "Syarikat"), perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang utama dalam pasaran di China, telah mengungguli senarai trend global iQIYI, membawa kepada peningkatan ketara dari segi masa tontonan oleh penonton luar negara bagi rancangan aneka ragam iQIYI. Ini merupakan kali pertama untuk sebuah rancangan aneka ragam mengatasi drama bersiri sebagai program berkedudukan teratas sejak iQIYI mula menyediakan perkhidmatan hiburan kepada pengguna luar negara.

iQIYI Original Hit Variety Show "Youth With You 2" Tops iQIYI Platform's Global Trending List After Debut
iQIYI Original Hit Variety Show "Youth With You 2" Tops iQIYI Platform's Global Trending List After Debut

Setakat ini, Youth With You 2 telah memecahkan rekod-rekod terdahulu dengan mencapai indeks populariti kandungan sebanyak 9,000. Ia juga menerima indeks 8,300 hanya dua jam selepas penyiaran episod pertama, lalu menjadikannya rancangan aneka ragam dengan indeks tertinggi sejak iQIYI memperkenalkan indeks populariti kandungan. Rancangan ini telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial sejak disiarkan. Pada platform media sosial utama China, terdapat kira-kira 25 bilion tontonan dikumpul untuk hantaran berkaitan dengan rancangan ini pada sebelah malam penampilan sulungnya, yang mendorong lebih 50 topik yang menjadi trend secara dalam talian. Selain itu, hantaran mengenai rancangan ini juga menghasilkan lebih 20 tagar yang menjadi trend di Twitter secara global, khususnya di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam, Malaysia dan Filipina. iQIYI juga telah menyiarkan kandungan terbitan turunan VIP semasa tayangan Rancangan ini. Pada minggu pertama penyiarannya, Youth With You Season 2 VIP Version menduduki tempat ketiga dalam senarai trend iQIYI di Thailand dan Vietnam.

Sebagai rancangan aneka ragam asli pertama iQIYI yang disiarkan pada tahun 2020, Youth With You 2 menghimpunkan barisan bintang-bintang terkenal termasuk Wakil Youth Producer KUN, pemenang Idol Producer, mentor rancangan LISA daripada kumpulan idola antarabangsa BLACKPINK dan penyertaan daripada lebih 100 pelatih idola wanita daripada 46 agensi bakat. Rancangan ini menyediakan platform latihan dan pertandingan untuk pelatih idola ini, yang mana akhirnya, hanya beberapa pelatih yang dipilih melalui undian penonton untuk ditampilkan julung kalinya sebagai kumpulan idola. Ia juga merupakan rancangan aneka ragam asal iQIYI pertama yang diterbitkan secara serentak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Thailand untuk menyetempatkan kandungan ini dengan lebih baik untuk penonton dalam pasaran-pasaran berkenaan. Selain itu, sari kata dalam Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Thailand, Bahasa Vietnam, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Korea untuk rancangan ini disediakan di iQIYI App (Versi Antarabangsa). Strategi penyetempatan iQIYI telah diiktiraf dengan baik oleh audiens global, khususnya audiens di Asia Tenggara ketika data rasmi iQIYI menunjukkan bahawa setakat ini, lebih 80% dan 70% pengguna iQIYI masing-masing di Thailand dan Vietnam telah menonton rancangan ini.

Rancangan ini bersama-sama dicipta oleh Caviar Communications dan Weibo serta bersama-sama diterbitkan oleh Caviar Communications dan iQIYI Fancy Monster Studio serta disiarkan secara eksklusif di iQIYI, QIYIGUO TV dan iQIYI App (Versi Antarabangsa) sejak 12 Mac lalu.

Latar Belakang iQIYI, Inc. 

iQIYI, Inc. ialah perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China. Ciri penting korporatnya menggabungkan bakat kreatif dengan teknologi, memupuk persekitaran untuk inovasi berterusan dan penerbitan kandungan blokbuster. Platform iQIYI membawakan kandungan asal yang amat popular, selain himpunan komprehensif melibatkan kandungan lain yang diterbitkan secara profesional, kandungan dihasilkan oleh rakan kongsi dan kandungan dihasilkan oleh pengguna. Syarikat membezakan dirinya dalam industri hiburan dalam talian menerusi platform teknologi utamanya yang dikuasakan oleh AI termaju, analitik data raya dan teknologi-teknologi proprietari teras yang lain. iQIYI menarik kumpulan pengguna yang amat besar dengan penglibatan pengguna yang hebat dan telah membangunkan model pengewangan yang pelbagai termasuk perkhidmatan keahlian, perkhidmatan pengiklanan dalam talian, pengedaran kandungan, penyiaran langsung, permainan dalam talian, pelesenan IP, karya penulisan dalam talian serta e-dagang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200318/2754681-1?lang=0

Source: iQIYI, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:IQ
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Television New products/services