omniture

Fuji Xerox Perkenal Dakwat Kering Istimewa Merah Jambu Baharu Tingkatkan Ekspresi Warna dalam Pencetakan Digital

Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd
2020-03-26 11:00 686

Tambah Barisan Dakwat Kering untuk Iridesse(TM) Production Press  

PETALING JAYA, Malaysia, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd mengumumkan penambahan baharu dakwat kering istimewa merah jambu untuk pencetak warna pengeluaran Iridesse™ Production Press di seluruh rantau Asia Pasifik, bagi mengukuhkan kebolehan pencetak tersebut untuk mengendalikan keperluan pencetakan dengan warna-warna istimewa.

Menerusi enjin pencetakan enam-warna satu-laluan, Iridesse™ Production Press berupaya untuk memuatkan maksimum dua dakwat kering istimewa selain daripada dakwat kering standard dengan warna biru kehijauan, magenta, kuning dan hitam (CMYK), seraya mendayakan ekspresi warna beraneka yang tidak dapat dicapai sebelum ini dengan pencetak digital. Warna merah jambu baharu ini menyertai barisan dakwat kering istimewa lain yang dahulunya dilancarkan untuk Iridesse™ Production Press -- emas, perak, putih, jernih dan merah tersuai -- direalisasikan dengan mencampurkan dan mengoptimumkan warna jenis pendarfluor baharu ke dalam toner EA (Pengagregatan Emulsi) unik Fuji Xerox.

Keupayaan untuk menggabungkan warna merah jambu cerah dan terang ke dalam reka bentuk bahan-bahan bercetak akan membantu meluaskan skop gaya-gaya berbeza ekspresi visual, termasuk gaya yang comel, mengagumkan dan anggun. Tambahan pula, campuran dakwat kering merah jambu dengan warna-warna CMYK akan membolehkan pencetakan warna jingga, merah, ungu dan warna-warna lain dengan kecerahan yang tidak dapat dicapai menerusi warna-warna CMYK sahaja, seraya merealisasikan penghasilan semula tulen warna-warna istimewa seperti warna-warna jenama korporat. Penggunaan dakwat kering merah jambu memberikan cetakan berwarna merah jambu pendarfluor dan warna-warna lain yang biasanya digunakan untuk kegunaan seperti muka depan majalah dan buku komik.

Dakwat kering merah jambu baharu ini juga boleh digunakan bersama-sama dengan dakwat kering istimewa sedia ada termasuk warna emas dan perak, meluaskan skop ekspresi untuk pelbagai keperluan pencetakan atas-permintaan, seperti untuk cagaran pemasaran termasuk pengiklanan titik-pembelian (POP), risalah dan katalog serta untuk karton dan pakej lipat.

Sampel cetakan dakwat kering merah jambu
Sampel cetakan dakwat kering merah jambu

 

Cetakan berwarna jingga dengan dakwat kering CMYK: Cetakan berwarna jingga dengan kombinasi CMYK dan dakwat kering merah jambu
Cetakan berwarna jingga dengan dakwat kering CMYK: Cetakan berwarna jingga dengan kombinasi CMYK dan dakwat kering merah jambu

 

Di samping itu, GX Print Server for the Iridesse™. Production Press akan menyediakan profil ICC yang menjalankan pemisahan lapisan merah jambu Catatan 1. Ini boleh dimuat turun dan digunakan melalui komputer pelanggan bagi menggunakan ekspresi warna yang memanfaatkan dakwat kering merah jambu dengan lebih mudah semasa proses reka bentuk dalam menghasilkan bahan-bahan cetakan. Profil ini mengasingkan secara automatik data RGB dan data lain pada warna-warna yang ditetapkan khusus kepada CMYK optimum dan data output merah jambu, seraya membolehkannya untuk mencipta ekspresi warna dengan mudah yang memanfaatkan dakwat kering merah jambu.

Catatan 1: Siri data untuk pengurusan warna yang membezakan peranti input/output berkaitan warna dan ruang berwarna, selaras dengan piawaian yang diumumkan oleh Konsortium Warna Antarabangsa (ICC).

Source: Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Office Products Computer Accessories Publishing/Information Service Retail New products/services