omniture

WeChat dan Rakan Setara Global Lancar COVID-19 Global Hackathon Sokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia

WeChat akan Ambil Bahagian dalam COVID-19 Global Hackathon Sokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia
WeChat
2020-03-26 15:58 431

GUANGZHOU, China, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- WeChat, platform sosial yang paling banyak digunakan di China, mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia bekerjasama dengan platform teknologi utama termasuk Facebook dan Microsoft untuk mengundang pembangun ke hackathon global bagi tujuan membantu memerangi pandemik coronavirus dengan teknologi.

WeChat turut serta bersama rakan setara industri untuk melancarkan COVID-19 Global Hackathon bermula pada 26 Mac 2020, yang mengundang pembangun untuk membina penyelesaian perisian yang bertumpu kawasan tempatan dan global yang dapat menangani cabaran berkaitan dengan pandemik ini sebagaimana yang dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Inisiatif ini memberi tambahan kepada usaha berterusan oleh WeChat dan komuniti pembangunnya untuk memperkenalkan penyelesaian teknologi yang kreatif termasuk program mini dan kod kesihatan bagi membantu berbilion-bilion orang memerangi wabak COVID-19 di China dan mengalihkan kehidupan ke dalam talian.

WeChat, dimiliki oleh Tencent Holdings, menyediakan pelbagai perkhidmatan penting bermula daripada pemesejan segera, maklumat hibur kepada pembayaran dalam satu aplikasi. Memanfaatkan kumpulan penggunanya yang besar dengan lebih 1.16 bilion pengguna, WeChat memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan kesedaran awam mengenai COVID-19 dan mendigitalkan perkhidmatan awam di China dengan pesat. Lebih 1,000 program mini dalam perkhidmatan perbandaran, penjagaan kesihatan dan pendidikan diwujudkan baru-baru ini, manakala Tencent Health Code menjadi e-laluan yang paling banyak digunakan untuk mengesahkan sejarah kesihatan dan perjalanan di China, dengan jumlah kunjungan sebanyak 10 bilion sejak Februari lalu.

Penginovasi di seluruh dunia diundang ke #BuildforCOVID19 menggunakan teknologi pilihan mereka termasuk program mini WeChat - ekosistem bersemangat dalam aplikasi WeChat yang mempunyai lebih daripada 300 pengguna aktif harian.

Pembangun diminta untuk menghantar projek mereka di Devpost sebelum 30 Mac. Tema-tema untuk yang mengundang penyerahan termasuk penjagaan kesihatan, keperluan harian penduduk berisiko, cabaran perniagaan, hubungan masyarakat dan sosial, pendidikan serta hiburan. Untuk butiran lanjut, kunjungi https://covid-global-hackathon.devpost.com/

Latar Belakang WeChat

WeChat, dikenali sebagai Weixin di China, membayangkan dan menginovasi cara-cara baharu untuk orang ramai dan perusahaan berhubung, berkomunikasi dan berkongsi. Dilancarkan pada Januari 2011, WeChat memperkasa pengguna dengan cara yang menyeronokkan dan dinamik, menghimpunkan pemesejan, maklumat hibur dan pembayaran dalam satu pengalaman yang lancar dan interaktif, di samping turut membolehkan peniaga berhubung dengan komuniti mereka melalui fungsi-fungsi utama seperti Detik-detik (Moments), Akaun Rasmi, Program Mini dan WeChat Pay. Setakat Disember 2019, WeChat mempunyai 1.16 bilion pengguna merentas lebih 200 buah negara di seluruh dunia.

HUBUNGI:
SJ Jiang
sijiang@tencent.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200325/2760376-1LOGO?lang=0

Source: WeChat
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Future Events