omniture

Cyclonis Backup Dilancar Lindungi Daripada Perkakasan Tebusan & Buat Sandaran Fail Dengan Selamat daripada Kehilangan Data

Cyclonis Limited
2020-03-27 23:44 780

Cyclonis Limited melancarkan Cyclonis Backup, penyelesaian sandaran yang mudah digunakan dan berciri penuh yang memanfaatkan Awan dan penyulitan AES-256 yang kukuh bagi membantu pengguna melindungi diri mereka daripada perkakasan tebusan dan membuat sandaran data mereka.

Cyclonis Ltd. melancarkan Cyclonis Backup, penyelesaian sandaran yang direka untuk memudahkan proses membuat sandaran dan mengembalikan maklumat. Antara muka intuitif daripada Cyclonis Backup disesuaikan bagi membantu pengguna baharu dan pengguna yang pakar untuk membuat sandaran fail penting mereka dengan lancar dan berkesan. Data sandaran disulitkan semasa dalam transit dan semasa disimpan, menggunakan HTTPS dan AES-256, algoritma penyulitan yang digunakan oleh organisasi-organisasi kewangan dan ketenteraan di seluruh dunia. Untuk kemudahan tambahan, fail yang dibuat sandaran boleh dikembalikan semula pada berbilang peranti melalui aplikasi komputer meja Cyclonis Backup dan melalui pelayar.

DUBLIN, 27 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Cyclonis Ltd., pembangun bagi aplikasi didayakan awan yang mesra pengguna, dengan gembiranya mengumumkan pelancaran Cyclonis Backup. Disediakan untuk Windows dan macOS, Cyclonis Backup ialah aplikasi sandaran yang padat dengan ciri yang direka untuk memberikan sandaran fail yang selamat dan terjamin kepada pengguna seluruh dunia.

Cyclonis Backup stores your important files securely in the Cloud to help protect you from the catastrophic data loss that can occur as a result of a ransomware attack, damaged/malfunctioning hardware or natural disasters.
Cyclonis Backup stores your important files securely in the Cloud to help protect you from the catastrophic data loss that can occur as a result of a ransomware attack, damaged/malfunctioning hardware or natural disasters.

Cyclonis Backup direka bentuk secara sepenuhnya untuk menggabungkan ciri kemudahan penggunaan dengan ciri-ciri yang berkuasa. Ia termasuk Backup Wizard mudah, direka untuk membantu pengguna untuk mula membuat sandaran yang berkesan secara serta merta. Bestari (wizard) Cyclonis Backup mengimbas cakera keras pengguna dan mengasingkan fail mengikut kategori (dokumen, gambar, video dan sebagainya), bagi membolehkan pengguna untuk membuat sandaran fail yang paling penting untuk mereka. Pengguna boleh membuat sandaran dan mengembalikan semua data mereka daripada pelbagai peranti sokongan menerusi satu akaun.

Direka untuk Melindungi Data Daripada Perisian Tebusan, Kegagalan Perkakasan dan Risiko-risiko Lain

Dalam dunia hari ini, perisian tebusan merupakan satu ancaman yang semakin berbahaya. Banyak penyelesaian sandaran tradisi tidak menyimpan pelbagai versi fail pengguna. Perisian tebusan boleh mencampuradukkan fail pada komputer pengguna, lalu membuatkan data peribadi yang berharga tidak boleh diakses sama sekali. Penyelesaian sandaran tradisi boleh menulis ganti sandaran sedia ada dengan fail yang dicampuradukkan ini, menjadikan pemulihan mungkin sesuatu yang mustahil. Serangan perisian tebusan memaksa pengguna untuk membayar tebusan bagi mendapatkan kembali data mereka dan walaupun begitu data tersebut mungkin tidak dibebaskan. Cyclonis Backup dikonfigurasikan, secara asalnya, untuk menyimpan pelbagai versi fail pengguna ke awan. Dalam keadaan berlakunya serangan perisian tebusan, Cyclonis Backup menawarkan alatan intuitif yang membolehkan pengguna untuk mengembalikan data mereka secara selektif kepada keadaan "prapencampuradukan" terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa.

Penyulitan Menjadi Keutamaan Cyclonis Backup

Bagi membantu melindungi data peribadi berharga anda, Cyclonis Backup memanfaatkan teknologi penyulitan yang berkuasa termasuk AES-256, standard penyulitan yang diwujudkan oleh US National Institutes of Standards and Technology (NIST) dan digunakan oleh organisasi-organisasi berskala besar di seluruh dunia. Data sandaran pengguna disulitkan semasa dalam transit dan semasa disimpan di awan. Bagi menawarkan pengguna dengan perlindungan privasi yang dipertingkat, data sandaran disimpan dengan cara yang mana kakitangan Cyclonis sendiri tidak dapat melihat atau membacanya.

Akses dan Kembalikan Fail Pada Bila-bila Masa, Di Mana-mana Sahaja

Cyclonis Backup membenarkan pengguna untuk membuat sandaran dan mengembalikan data pada berbilang peranti melalui satu akaun. Pengguna juga boleh mengakses dan memuat turun fail mereka dengan selamat melalui laman sesawang Cyclonis menggunakan komputer meja dan peranti mudah alih. Sistem versi fail yang berkuasa daripada Cyclonis Backup memberikan pengguna dengan kefleksibelan tambahan apabila mengembalikan data.

Cyclonis Backup disediakan sebagai versi percuma dengan 2GB storan awan disertakan. Cyclonis turut menawarkan pengguna dengan pelbagai pelan langganan berbayar termasuk ruang storan tambahan serta sokongan pelanggan 24/7.

Ketahui lebih lanjut mengenai Cyclonis Backup dan mula membuat sandaran data anda secara Percuma! Kunjungi https://www.cyclonis.com/products/cyclonis-backup/.

Latar Belakang Cyclonis Ltd.

Sebuah syarikat Ireland yang beribu pejabat di Dublin, Cyclonis Limited mereka bentuk dan membangunkan produk perisian komputer meja, mudah alih dan didayakan awan yang menumpu untuk memudahkan pengaturan dan pengurusan data. Aplikasi-aplikasi kami bertujuan untuk menyelaraskan proses bagi mengaturkan jumlah maklumat yang semakin meningkat yang perlu diurus oleh pengguna komputer biasa pada setiap hari.

Berhubung dengan Cyclonis Ltd. di Twitter | Facebook | LinkedIn | YouTube

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1138200/Cyclonis_Backup.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/642135/cyclonis_Logo.jpg 

 

Source: Cyclonis Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Mobile Entertainment Telecommunications New products/services