omniture

Huawei Mobile Services Bakal Terokai Potensi Hebat Siri HUAWEI P40

Huawei Consumer Business Group
2020-03-30 08:26 559

SHENZHEN, China, 30 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Majlis Pelancaran Global Siri HUAWEI P40, Huawei mengumumkan pembangunan terkini yang berkaitan dengan ekosistem dan aplikasi Huawei Mobile Services (HMS). Pembangun dialu-alukan untuk berkolaborasi dengan Huawei dalam usahanya untuk meluaskan ekosistemnya, lalu membawakan pengguna di seluruh dunia dengan pengalaman yang lebih beraneka.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group memperkenalkan Siri HUAWEI P40
Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group memperkenalkan Siri HUAWEI P40

HUAWEI AppGallery, HUAWEI Browser, HUAWEI Mobile Cloud dan HUAWEI Themes kini disediakan kepada pengguna di lebih 170 negara dan wilayah, dengan HUAWEI Video, HUAWEI Music dan HUAWEI Reader diperkenalkan di lokasi-lokasi tambahan tidak lama lagi bagi membawakan hiburan yang berkualiti kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia.

Pertumbuhan pesat aplikasi HMS
Pertumbuhan pesat aplikasi HMS

Seperti mana yang dinyatakan oleh Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer BG, semasa berlangsungnya acara ini, HMS semakin mendapat populariti dalam kalangan pengguna global dan menjadi pendorong yang dipercayai untuk pengalaman semua-senario yang berkualiti. Dengan pelancaran Siri HUAWEI P40, ekosistem HMS bersedia untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna menerusi pengalaman pengguna yang lebih pintar, lebih beraneka, lebih cekap dan selamat.

Pertumbuhan pesat aplikasi HMS 

HUAWEI Video
HUAWEI Video

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Richard, Huawei memperluaskan jumlah kandungan hiburan yang berkualiti tinggi pada platform HMS dengan pantas. Huawei telah bekerjasama dengan BBC untuk memperkenalkan kategori BBC News pada HUAWEI Video, bagi membawakan video berita berkualiti yang paling mutakhir kepada pengguna di lebih 20 negara dan wilayah. Dalam masa terdekat, HUAWEI Video dan BBC akan menawarkan rancangan TV dan dokumentari yang berkualiti tinggi oleh BBC Studio kepada pengguna di lebih banyak lokasi di serata dunia.

HUAWEI Music
HUAWEI Music

Melalui Aplikasi HMS, Huawei dapat menyediakan pengalaman hiburan yang beraneka kepada pengguna melalui jalinan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi global yang terkemuka.

  • HUAWEI Video: Huawei bekerjasama dengan penyedia kandungan utama dan rakan kongsi kandungan terkemuka termasuk ZDF, Filmin, Megogo, Rakuten dan banyak lagi untuk menawarkan seleksi kandungan video antarabangsa dan tempatan yang beraneka kepada pengguna.
  • HUAWEI Music: Melalui perkongsian dengan Warner Music Group, Universal Music Group, Sony Music Entertainment dan banyak lagi, Huawei menawarkan koleksi luas muzik berkualiti yang boleh distrim melalui HUAWEI Music.
  • HUAWEI Reader: disediakan di China, Sepanyol dan kini Malaysia, katalog buku digital juga berkembang pantas menerusi bahan bacaan berkualiti dalam pelbagai bahasa.

Tema panorama serba baharu dalam HUAWEI Themes didatangkan dengan pelancaran Siri P40. Berkolaborasi dengan artis-artis seluruh dunia, tema panorama disediakan dalam berbilang bentuk termasuk foto langsung dan Chinoiserie, membawakan pengalaman yang imersif dan realisme kepada pengguna dengan pelbagai interaksi berpanorama, yang mencipta bentuk tema telefon pintar yang lebih diperibadikan.

HUAWEI Mobile Cloud menyokong sandaran data automatik untuk telefon, yang membolehkan pengguna untuk membuat sandaran 18 jenis data untuk peranti mereka termasuk data galeri, maklumat kenalan, kalendar, WLAN dan banyak lagi.

Pengembalian data dan pelbagai penyegerakan peranti turut disediakan, yang memastikan data penting pada peranti Huawei dilog masuk ke ID HUAWEI yang sama yang boleh disegerakkan pada waktu sebenar, bagi membantu pengguna mengurus data dengan cara yang lebih selamat dan lebih mudah. Ciri "Find My Phone" dalam HUAWEI Mobile Cloud akan dilancarkan bersama-sama siri P40.

Mempercepatkan pembangunan teknologi pintar dengan kerjasama pembangun 

Pelaksanaan menurut strategi kecerdasan semua-senarionya, Huawei menyediakan pembangun dan rakan kongsi global dengan akses kepada pelbagai keupayaan HMS, membolehkan mereka membangunkan aplikasi dengan mudah untuk platform tersebut dan mendekati berjuta-juta pengguna peranti Huawei di seluruh dunia. Huawei mengalu-alukan pembangun global untuk melancarkan aplikasi mereka di AppGallery, agar mereka dapat bersama-sama Huawei untuk berusaha ke arah membawa pengalaman aplikasi yang lebih baik kepada pengguna global.

AppGallery kini menyediakan 18 kategori aplikasi global dan tempatan yang mencakupi berita, rangkaian sosial, video, muzik, hiburan dan permainan, termasuk penyedia perkhidmatan carian yang terkemuka Qwant serta permainan mudah alih Game of Thrones Beyond the Wall, yang boleh dimuat turun pada AppGallery bermula pada 3 April ini.

Perkhidmatan digital semua-senario meliputi setiap aspek kehidupan 

Siri HUAWEI P40 diprapasang dengan AppGallery, pasaran aplikasi rasmi Huawei dan platform pengedaran 3 terbaik di dunia. Aplikasi popular global disediakan di AppGallery dan ia turut menyediakan pengalaman setempat untuk pengguna dengan seleksi aplikasi tempatan yang beraneka. Quick Apps turut diperkenalkan di seluruh dunia untuk membolehkan pengguna menikmati pengalaman aplikasi yang lebih ringan, namun lebih mudah.

HUAWEI Ability Gallery disediakan untuk pembangun dan rakan kerjasama bagi menyepadukan perkhidmatan mereka ke HUAWEI Assistant yang boleh diakses dengan meleret ke kiri pada skrin Utama peranti Huawei, menyediakan mereka dengan laluan untuk mendekati terus kepada pengguna. Sebagai contoh, penerbit akhbar British yang terkemuka News UK bekerjasama dengan Huawei. Berdasarkan kolaborasi ini, pengguna boleh menerima berita daripada News UK melalui Instant Access, AI Tips dan titik akses lain yang disediakan oleh HUAWEI Assistant. Selain itu, aplikasi utama News UK, termasuk The Times, talkSPORT dan The Sun, turut dilancarkan di AppGallery.

"Huawei kekal komited terhadap pembangunan keupayaan cipset-peranti-awan kami dan kami berharap agar dapat berganding bahu bersama pembangun dan rakan kongsi global bagi mempercepatkan pembangunan ekosistem HMS. Kami akan bersama-sama mencipta pengalaman pintar lebih baik yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi 5G demi faedah pengguna," kata Richard.

Dengan kemunculan Siri HUAWEI P40, Huawei akan terus membangunkan ekosistem HMS bagi memperkayakan gaya hidup digital untuk pengguna Siri HUAWEI P40.

Latar Belakang Huawei Consumer BG 
Produk dan perkhidmatan Huawei terdapat di lebih 170 negara dan digunakan oleh sepertiga daripada penduduk dunia. Empat belas pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah ditubuhkan di Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Huawei Consumer BG ialah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan meliputi telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet, produk boleh pakai, perkhidmatan awan dan sebagainya. Rangkaian global Huawei dibina menerusi lebih 32 tahun kepakaran dalam industri telekomunikasi dan dikhususkan untuk membawa kemajuan teknologi yang terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: http://consumer.huawei.com

Untuk kemas kini tetap mengenai Huawei Consumer BG, ikuti kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/huaweimobile/ 
Twitter: https://twitter.com/HuaweiMobile 
Instagram: https://www.instagram.com/huaweimobile/ 
YouTube: https://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/10617746/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2761800-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2761800-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2761800-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2761800-1-d?lang=0

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services