omniture

Preply Kumpul $10 juta apabila Pembelajaran Bahasa Dalam Talian Buahkan Hasil

Preply
2020-03-30 16:00 320

LONDON, 30 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Platform pembelajaran dalam talian, Preply, hari ini mengumumkan tambahan dana sebanyak USD $10 juta, menggandakan jumlah yang terkumpul dalam pusingan terdahulunya. Pendanaan ini akan dilaburkan untuk mengembangkan platform Preply yang melibatkan 10,000 tutor yang disahkan yang mengajar 50 bahasa kepada berpuluh-puluh ribu pelajar di 190 negara seluruh dunia. Pusingan ini telah dipimpin oleh Hoxton Ventures yang berpangkalan di London, dengan penyertaan daripada pelabur-pelabur Eropah iaitu Point Nine Capital, All Iron Ventures, The Family, EduCapital dan Diligent Capital. Beberapa pelabur individu tidak rasmi juga mengambil bahagian termasuk Arthur Kosten daripada Booking.com; Gary Swart, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Upwork; David Helgason, Pengasas Unity technologies; dan Daniel Hoffer, Pengasas Couchsurfing.

Preply Co-founders: Serge Lukyanov (Head of Design), Dmytro Voloshyn (CTO) and Kirill Bigai (CEO)
Preply Co-founders: Serge Lukyanov (Head of Design), Dmytro Voloshyn (CTO) and Kirill Bigai (CEO)

Tatkala kehidupan beralih kepada kehidupan maya untuk orang ramai di seluruh dunia, guru dan pelajar di peringkat global telah berbondong-bondong menuju ke arah pembelajaran bahasa dalam talian. Syarikat ini menyaksikan jumlah mencatat rekod bagi jam harian yang ditempah pada platform tersebut pada minggu ini. Bilangan tutor yang mendaftar pada Preply telah melonjak naik di kawasan-kawasan seperti A.S., U.K., Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol. Sepanjang tujuh hari yang lalu, beberapa negara telah menyaksikan bilangan pendaftaran tutor meningkat tiga kali ganda, berbanding tempoh yang sama pada bulan Februari dan jumlah jam yang ditempah oleh pelajar pada platform tersebut telah meningkat dua kali ganda di kebanyakan pelosok di dunia.

Preply ditubuhkan pada tahun 2013 oleh pasukan yang berpangkalan di Ukraine yang terdiri daripada Kirill Bigai (Ketua Pegawai Eksekutif), Serge Lukyanov (Ketua Reka Bentuk) dan Dmytro Voloshyn (Ketua Pegawai Teknologi). Syarikat kini menggaji 125 kakitangan daripada 25 kerakyatan di Kyiv dan Barcelona dengan pendapatan meningkat sepuluh kali ganda sejak tiga tahun yang lalu. Inovasi perintis oleh Preply adalah untuk menggunakan pembelajaran mesin bagi meningkatkan kecekapan memadankan tutor dengan pelajar, di mana sahaja mereka berada di dunia, mewujudkan hubungan yang lebih pintar dan memecahkan kod dalam pembelajaran bahasa yang berkesan.

Setakat ini, dua juta kelas telah dijalankan bersama guru-guru daripada 160 kerakyatan. Kebanyakan pelajar menggunakan Preply bagi tujuan profesional seperti berpindah ke luar negara atau untuk memajukan kerjaya mereka. Pihak-pihak lain menggunakannya secara rekreasi – membantu anak mereka belajar bahasa baharu, sebagai contoh, atau melayani minat untuk menguasai kemahiran baharu. Melalui Preply, bekalan global tutor yang tiada tandingan bermakna sekiranya anda berada di Berlin, sebagai contoh, dan anda ingin belajar bahasa Jepun, anda boleh mencari pakar bahasa pada satu-sata masa dengan mudah dan takat harga yang selesa untuk anda. Ini dapat menangani 'cabaran masa sibuk' yang berlaku dengan pengajaran secara langsung; kebanyakan pelajar lebih memilih untuk mengambil kelas sebelum atau selepas kerja dan ini bermakna terdapat bilangan slot dan tutor terhad yang tersedia.

Purata harga untuk satu pengajaran di Preply ialah $15 hingga $20 setiap jam. Bagi tutor, Preply menyediakan cara yang fleksibel lagi unik dan selamat untuk menjana pendapatan di samping tidak lagi dihadkan oleh tempat. Tanpa perlu membawa pelajar ke rumah atau menghabiskan masa melakukan perjalanan, tutor boleh beroperasi pada kecekapan maksimum dari merata tempat di dunia.

Memandangkan pendidikan semakin beralih ke dalam talian, ramai tutor kami melaporkan telah mengasah set kemahiran baharu, termasuk kurang bergantung pada bahasa tubuh dan menyesuaikan sepenuhnya untuk menjalin hubungan insan dalam talian, daripada secara peribadi. Dari perspektif pembayaran, satu kelebihan definitif daripada platform tersebut untuk tutor adalah mereka sentiasa dibayar sejurus selepas pengajaran, tidak perlu membazirkan masa untuk mengejar bayaran atau berhadapan dengan risiko tidak mendapat bayaran sama sekali. Pelajar memasukkan butiran akaun bank mereka apabila mereka mendaftar dan tutor boleh mengeluarkan wang daripada akaun Preply mereka pada bila-bila masa. Semua pendapatan dipecahkan pada papan pemuka prestasi peribadi komprehensif agar tutor boleh menganalisis perniagaan mereka dengan cara yang bermakna.

Menggunakan pendanaan baharu tersebut, syarikat merancang untuk mengembangkan pasaran, terutamanya di Amerika Utara, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali dan UK. Terdapat rancangan untuk memperkenalkan pelbagai alat, penilaian dan kerja rumah baharu. Menggunakan pelbagai pembelajaran data Preply, tutor akan dapat mengesan dengan pintar tahap kemajuan dan membantu pelajar mencapai matlamat mereka dengan cara paling pantas dan komprehensif. Preply ingin menghubungkan dan membolehkan tutor untuk meningkat maju di samping platform tersebut, memberi peluang kepada mereka untuk meneroka rancangan latihan dan pengajaran agar mereka dapat menyelaraskan pendapatan mereka dan memaksimumkan kelas mereka. Pendanaan baharu ini akan turut memberi peluang kepada Preply untuk membangunkan penawaran mudah alihnya, menyelaraskan aplikasi Android dan iOS bagi menjadikannya lebih cekap dan mesra pengguna. Di samping itu, syarikat menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan di A.S. dan membuka pejabat Amerika menjelang akhir tahun ini. Asal usul Eropah Preply dan bekalan tutor global memainkan peranan penting dalam kebolehannya untuk bersaing di rantau yang strategik ini.

Kirill Bigai, Ketua Pegawai Eksekutif Preply, mengulas mengenai cita-cita syarikat, "Pendanaan baharu ini membolehkan kami untuk membawa pengalaman yang lebih mendalam, imersif dan mudah baik kepada tutor mahupun pelajar di seluruh dunia. Hari ini, kami memberi tumpuan pada pembelajaran bahasa, namun akhirnya, saya membayangkan masa depan apabila sesiapa sahaja dapat belajar apa sahaja menggunakan Preply."

Rob Kniaz daripada Hoxton Ventures, mengulas "Setelah mengenali Kirill dan pasukan di Preply, kami berasa amat kagum dengan pertumbuhan besar yang telahpun dilihat dalam pasaran AS selain saiz pasaran global dalam pengajaran bahasa dalam talian. Kami percaya pasukan ini mempunyai peluang yang besar di hadapannya, terutamanya dalam segmen pembelajaran Bahasa Inggeris daripada pasaran yang mana Preply telahpun menunjukkan kepimpinan pasaran."

Semua imej dan logo boleh ditemui di sini.

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1138656/Preply_Founders.jpg

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1138657/preply_Logo.jpg

 

Source: Preply
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Accounting news, issues New products/services Venture Capital