omniture

Trina Solar terajui era output 500W+ dengan penghantaran modul Vertex pertama dunia

Trina Solar Co., Ltd
2020-04-01 15:47 824

CHANGZHOU, China, 1 April 2020 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd ("Trina Solar" atau "Syarikat"), penyedia global yang terkemuka bagi modul PV bersepadu dan penyelesaian tenaga pintar, baru sahaja menghantar kumpulan pertama modul siri Vertex. Modul siri Vertex, dengan kecekapan penukaran sehingga 21 peratus, mempunyai output kuasa melebihi 500W. Dengan penghantaran ini, Trina Solar menetapkan penanda aras baharu untuk industri fotovolta global susulan pengumuman oleh syarikat 11 hari yang lalu mengenai barisan perintis untuk pengeluaran besar-besaran modul siri Vertex.

Kemudahan yang sedang menunggu penghantaran ini, di Sri Lanka, mempunyai kapasiti 10 MW. Ia akan menggunakan modul tersebut sejurus tiba dan dijangka untuk menyempurnakan sambungan grid semasa suku ketiga tahun ini. Menggabungkan sel 210mm, modul siri Vertex menggabungkan teknologi pemotongan tiga kepingan yang tidak memusnah dan pempakejan berkepadatan tinggi.

Siri Vertex, termasuk modul dwikaca dwimuka dan modul kepingan belakang, memberi output kuasa yang tinggi, keandalan tinggi, kecekapan tinggi dan penjanaan kuasa yang tinggi. Menurut data daripada State Key Laboratory of PV Science and Technology Trina Solar, dengan mengambil stesen janakuasa darat berskala luas di wilayah Heilongjiang China sebagai contoh, dibandingkan dengan modul dwikaca dwimuka 410W konvensional, modul dwikaca dwimuka Vertex boleh mengurangkan kos imbangan sistem sebanyak 6 hingga 8 peratus dan kos tenaga terlaras sebanyak 3 hingga 4 peratus.

Naib pengurus besar dan naib presiden eksekutif Trina Solar Yin Rongfang berkata: "Pelanggan kami di seluruh dunia telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap modul siri Vertex 500W+, yang bukan sahaja sesuai untuk loji solar berskala utiliti, tetapi juga untuk projek solar skala komersial dan perindustrian yang berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapannya. Kami bercadang untuk terus menghantar lebih banyak modul siri Vertex kepada pelanggan di seluruh dunia. Era output kuasa 500W+ kini tiba dan modul siri Vertex yang berkecekapan tinggi dan berkuasa tinggi memainkan peranan yang kritikal dalam industri ini."

Imej: https://www.trinasolar.com/sites/default/files/Vertex%20modules.jpg 
Kapsyen: Modul Vertex daripada Trina Solar yang baru sahaja dihantar untuk projek di Sri Lanka.

Latar Belakang Trina Solar 

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat ini terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan produk PV; pembangunan projek PV; EPC, O&M; pembangunan dan penjualan sistem pelengkap grid mikro pintar dan berbilang tenaga serta operasi platform awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama IoT Tenaga, mewujudkan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina bersama-sama perusahaan dan institut penyelidikan terkemuka di China dan seluruh dunia serta menubuhkan Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu. Menerusi tindakan ini, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan rakan konsinya bagi membina ekosistem IoT tenaga dan membangunkan platform inivasi bagi meneroka IoT Tenaga Baharu tatkala ia berusaha untuk menjadi peneraju dalam tenaga pintar global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities