omniture

Tencent dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu umum kerjasama global bagi membolehkan ribuan perbualan dibuat dalam talian melalui platform termasuklah VooV Meeting bagi ulang tahun PBB ke-75

Tencent
2020-04-02 14:44 6606

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 April 2020 /PRNewswire/ -- Tencent (00700.HK) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengumumkan sebuah perkongsian global yang baharu dan inovatif bagi ulang tahun PBB ke-75, yang akan membolehkan ribuan perbualan dalam talian melalui VooV Meeting (Tencent Meeting versi antarabangsa), WeChat Work dan Tencent Artificial Intelligence Simultaneous Interpretation (Tencent AI SI). Perkongsian ini bermaksud walaupun dunia sedang dilanda pandemik coronavirus, dialog global yang terbesar setakat ini akan dikendalikan dengan bantuan sokongan teknikal daripada salah satu syarikat teknologi dan perkhidmatan Internet terbesar di dunia.

Bagi meraikan ulang tahun PBB ke-75, (kempen #UN75), Tencent dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan bekerjasama bagi menghubungkan jutaan penduduk seluruh dunia untuk bertanyakan ramalan mereka tentang keadaan dunia dalam masa 25 tahun lagi dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh kerjasama antarabangsa bagi menyelesaikan masalah sejagat seperti perubahan iklim serta pandemik seperti wabak coronavirus. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang menyeru masyarakat sedunia untuk turut serta dalam dialog global ini dan memperkasakan rakan-rakan kongsi bagi mengatur dan menyertai perbincangan dalam talian tanpa mengira skala dengan bantuan platform VooV Meeting Tencent, WeChat Work, serta Tencent AI SI.

"Kolaborasi global bukan sahaja memainkan peranan utama dalam kesejahteraan manusia serta masa hadapan kita, tetapi ia juga penting dalam menghadapi pandemik global masa kini. Tencent sangat berbesar hati dapat menyediakan dan memudahkan perbualan satu dunia dengan UN75. Kami akan berusaha sedaya-upaya untuk memberikan penyelesaian teknikal bagi membolehkan mesyuarat serta pertukaran idea dalam talian bagi PBB, dan matlamat kami adalah merapatkan penduduk seluruh dunia dan merungkai ancaman global melalui kerjasama dan perbincangan yang menyeluruh," kata Martin Lau, Presiden Tencent.

Sedang dunia giat memerangi pandemik coronavirus, kerjasama dan perpaduan antarabangsa kini sudah menjadi lebih genting. Tencent menyediakan alat dialog digital serta persidangan video kepada kempen #UN75 bagi meningkatkan lagi capaian dalam talian bagi inisiatif ini dan juga untuk menguar-uarkan perkhidmatan ini kepada orang ramai.

"Kami sedang rancak menggerakkan inisiatif UN75 dalam ruang digital dan berubah suai mengikut kekangan semasa. Oleh itu, perkongsian ini dibuat tepat pada masanya dan amat bermakna. Kami sangat berterima kasih kepada Tencent atas sumbangan bernilai mereka terhadap inisiatif UN75. Alat dialog dan perkhidmatan persidangan video mereka akan meningkatkan lagi kemampuan kami untuk mencapai lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Teknologi dan jangkauan global Tencent memang sangat penting, lebih-lebih lagi untuk mencapai generasi muda. Sebagai salah satu syarikat teknologi terbesar di dunia, sokongan Tencent terhadap kempen UN75 benar-benar memberi contoh terbaik," kata Fabrizio Hochschild, Penasihat Khas Setiausaha Agung bagi Persediaan Sambutan Ulang Tahun ke-75 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sementara itu, kempen #UN75 sedang mengumpul penyelesaian, pandangan, dan saranan orang ramai bagi usaha menyelesaikan cabaran global yang kritikal, melalui dialog dalam talian serta tinjauan selama satu minit di www.un75.online. Tinjauan ini akan disiarkan dan diuar-uarkan melalui platform rangkaian sosial, permainan, media, video, dan pengiklanan Tencent. Kutipan suara dan idea yang diambil daripada tinjauan ini kemudiannya akan dibentangkan kepada para pemimpin dunia semasa sebuah acara berprestij iaitu Perhimpunan Agung Sesi ke-75 pada September 2020 nanti.

Tencent Meeting, sebuah platform dalam talian yang menyokong kempen #UN75, memiliki lebih 10 juta pengguna harian yang aktif, dan kini sedang pantas menjadi aplikasi persidangan video yang paling kerap digunakan di China. Sejak pelancarannya Disember lepas, Tencent Meeting telah melancarkan 14 kemas kini dalam masa 40 hari sahaja. Tencent Meeting juga telah memperluaskan sumber pengkomputerannya setiap hari dan mereka menggunakan sumber tambahan ini bagi meningkatkan kapasiti dengan menambah lebih 1 juta teras CPU kepada rangkaian, dengan jumlah penambahan sebanyak lebih 100,000 CVM dalam masa lapan hari sahaja, sekaligus mencatat rekod baharu dalam sektor pengkomputeran awan China. VooV Meeting, versi antarabangsa untuk Tencent Meeting, telah dilancarkan dalam lebih 100 negara dan rantau di seluruh dunia.

Source: Tencent
Related Stocks:
HongKong:0700 OTC:TCEHY
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements Not for profit