omniture

Sai Life Sciences Jadi Syarikat Berpengkalan di India yang Pertama untuk Sertai Inisiatif Rantaian Bekalan Farmaseutikal (PSCI)

Sai Life Sciences
2020-04-03 15:41 1056

HYDERABAD, India, 3 April 2020 /PRNewswire/ -- Sai Life Sciences, salah satu Organisasi Pembangunan & Pengeluaran Berkontrak (CDMO) yang paling pesat berkembang di India hari ini mengumumkan ia telah diterima masuk ke dalam Inisiatif Rantaian Bekalan Farmaseutikal (PSCI) sebagai "Ahli Bersekutu".

Sai Life Sciences becomes first India-headquartered company to join Pharmaceutical Supply Chain Initiative (PSCI)
Sai Life Sciences becomes first India-headquartered company to join Pharmaceutical Supply Chain Initiative (PSCI)

Dalam rangka mengalu-alukan Sai Life Sciences menyertai mereka, seorang jurucakap PSCI berkata, "PSCI dan ahli-ahli lain dengan sukacitanya menyambut Sai Life Sciences sebagai ahli baharu kami, merangkap ahli pertama PSCI yang memiliki ibu pejabat di India. Kami sangat gembira dengan amalan mereka yang sentiasa menyepadukan Prinsip PSCI untuk Pengurusan Rantaian Bekalan Berhemah dengan amalan mereka, dan kami menganggap penyertaan mereka sebagai salah satu petanda yang menunjukkan amalan berhemah kini menjadi semakin penting dalam sebuah negara yang sangat berjasa bagi sebahagian besar rantaian bekalan ahli-ahli kami.

PSCI merupakan organisasi keahlian perniagaan tanpa untung yang bermatlamat untuk menetapkan dan menggalakkan amalan berhemah yang meningkatkan rantaian bekalan farmaseutikal secara berterusan. Semua ahli PSCI diharapkan dapat menyokong dan mengamalkan prinsip teras organisasi ini yang merangkumi lima bidang amalan perniagaan yang berhemah iaitu etika, tenaga kerja, kesihatan dan keselamatan, persekitaran, serta sistem pengurusan ke dalam semua perjanjian bekalan mereka.

Diminta memberi komen terhadap pengumuman ini, Krishna Kanumuri, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusannya berkata, "Di Sai Life Sciences, kami benar-benar rasa berbesar hati dapat diterima menjadi ahli PSCI dan kami berpeluang menyertai syarikat-syarikat lain yang tersohor dan disegani. Langkah ini menguatkan lagi komitmen kami untuk melaksanakan dan menggalakkan amalan rantaian bekalan yang berhemah."

Sai Life Sciences sudah giat mengamalkan Kemampanan sebagai bahagian yang penting dalam kerangka kerja perniagaan dan pembuatan keputusan mereka, sekaligus beralih daripada pendekatan "berorientasikan pematuhan" kepada pendekatan yang lebih proaktif. Ia telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuklah melancarkan sistem pengurusan pembelajaran dalam talian, menggunakan prinsip kimia hijau dalam pembangunan proses, membina semula semua fasiliti baharu sebagai "Bangunan Hijau", menyumberkan tenaga boleh diperbaharui, meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan kakitangan melalui program penjagaan kebersihan perindustrian, dan mengadakan program pembangunan komuniti bagi pendidikan dan penjagaan kesihatan. Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) syarikat memfokus untuk meminimumkan jejak alam sekitarnya, memperkukuhkan kepelbagaian dan rangkuman, menyumbang semula kepada masyarakat, dan memperbaiki rantaian bekalannya.

Sai Life Sciences pernah mendapat perakuan ISO (14001:2015 & 45001:2018) untuk fasiliti Pengeluaran serta R&D mereka, dianugerahkan Pingat Perak dalam penilaian EcoVadis CSR, dan mendapat '5 Bintang' untuk Kecemerlangan dalam Amalan EHS semasa acara penganugerahan CII-Rantau Selatan pada tahun 2019.

Latar Belakang Sai Life Sciences 

Sai Life Sciences merupakan CDMO khidmat penuh yang dipacu wawasan untuk menyokong pelancaran 25 ubat baharu menjelang tahun 2025. Mereka bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal dan bioteknologi inovatif dari seluruh dunia, memecut usaha penemuan, pembangunan, dan pengeluaran molekul kecil dan kompleks. Sebagai CDMO aktiviti tunggal, Sai Life Sciences berkhidmat untuk pelbagai program pembangunan NCE, dan sentiasa memberikan hasil yang bermutu dan pantas. Hari ini, mereka bekerjasama dengan 7 daripada 10 syarikat farmaseutikal terbesar, di samping beberapa syarikat farmaseutikal dan bioteknologi kecil dan sederhana. Sai Life Sciences adalah milikan persendirian dan disokong penaja sedunia, TPG Capital dan HBM Healthcare Investments. www.sailife.com 

Foto- https://mma.prnewswire.com/media/1140695/Sai_Life_Sciences_PSCI.jpg 
Logo- https://mma.prnewswire.com/media/1044186/Sai_Life_Sciences_Logo.jpg

 

 

Source: Sai Life Sciences
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts New products/services