omniture

Techstars Lancar Acara Startup Weekend Dalam Talian Global Sasar Perangi COVID-19

Techstars
2020-04-04 00:17 1303

Seruan kepada pencipta, penginovasi dan pemaju dari seluruh dunia untuk berkumpul bersama bagi menangani isu-isu berkaitan virus dalam siri yang pertama seumpamanya dianjurkan di lebih 60 negara   

BOULDER, Colorado, 4 April 2020 /PRNewswire/ -- Techstars, platform global untuk pelaburan dan inovasi, hari ini mengumumkan pelancaran Startup Weekend Dalam Talian Global yang pertama seumpamanya, "Unite to Fight COVID-19." ("Bersatu Lawan COVID-19"). Syarikat menyeru sesiapa sahaja yang mempunyai idea atau keinginan untuk membantu. Perserta akan bekerjasama dari rumah bersama peserta-peserta lain di negara mereka, meluangkan waktu hujung minggu mereka bagi menangani cabaran yang dibawa oleh pandemik ini.

Pemimpin masyarakat dari lebih 60 negara telah berjanji untuk meluangkan masa mereka bagi membantu menganjurkan acara ini, yang akan memberi tumpuan bagi membangunkan penyelesaian berkaitan COVID-19 yang unik untuk setiap negara. Setiap Startup Weekend dalam talian akan dijalankan pada peringkat negara, dengan sokongan daripada kakitangan mahupun sukarelawan Techstars. Semasa berlangsungnya acara dalam talian secara langsung ini, penginovasi, pemaju, pencipta dan ramai lagi akan berkumpul bersama bagi membangunkan prototaip yang dapat menyelesaikan beberapa cabaran terbesar yang ditimbulkan oleh pandemik ini.

"Startup Weekend sentiasa menjadi peluang yang hebat buat usahawan dan syarikat baharu bagi memperhalusi idea mereka dan mendapat pendedahan kepada kolaborator, pelabur dan penaja. Ia benar-benar jelas buat kami bahawa kami dapat mengaplikasikan model yang sama ini bagi menangani banyak cabaran yang dihadapi oleh kita semua akibat daripada pandemik COVID-19," kata David Brown, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Techstars. "Kami dengan serta merta menggerakkan pendekatan kami untuk program Startup Weekend bagi menghimpunkan ratusan, namun harapnya ribuan orang bagi mencipta penyelesaian untuk beberapa masalah yang timbul akibat daripada krisis ini. Kami telahpun mendapat sokongan yang luar biasa dan berharap agar sukarelawan akan dapat melihat apa yang kami lakukan dan mendaftar untuk menyertai kami."

Sebanyak dua puluh pasukan dari seluruh dunia akan dipilih untuk terus mengambil bahagian dalam pengalaman Techstars Innovation Bootcamp.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai acara negara tempatan mereka sebagai peserta, mentor, penaja atau sukarelawan untuk pasukan penganjur, sila lengkapkan borang ini. Dapatkan perkembangan terkini dan lihat negara-negara yang telahpun mendaftar di sini.

Sejak wabak COVID-19 mula memberi kesan kepada masyarakat seluruh dunia, Techstars telah melakukan pelbagai perubahan ke atas pemprograman dan penglibatan komuniti untuk memastikan orang ramai selamat dan masih terus menyokong syarikat baharu dan penginovasi pada waktu dengan keperluan yang besar ini. Ketahui lebih lanjut mengenai usaha oleh Techstars dan dapatkan sumber dan juga perspektif di techstars.com/covid.

Latar Belakang Techstars
Techstars ialah platform global untuk pelaburan dan inovasi. Pengasas Techstars berhubung dengan usahawan, pakar, mentor, alumni, pelabur, pemimpin komuniti dan syarikat lain untuk mengembangkan syarikat mereka. Techstars mengendalikan tiga bahagian: Techstars Startup Programs, Techstars Mentorship-Driven Accelerator Programs dan Techstars Corporate Innovation Partnerships. Portfolio pemecut Techstars melibatkan lebih daripada 1,900 syarikat dengan pemodalan pasaran sebanyak lebih $26 Bilion. www.techstars.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/897891/Techstars_Logo.jpg  

Source: Techstars
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Future Events