omniture

Rentak Nadi Bangunan Empire State Terus Berdegup Setiap Jam Sebagai Penghargaan untuk Usaha Petugas Kecemasan dan Menjadi Kelam Sebagai Tanda Menangisi Mereka yang Terkorban

Empire State Realty Trust, Inc.
2020-04-06 07:22 1169

NEW YORK, 6 April 2020 /PRNewswire/ -- Setakat 2 April, pada setiap malam sepanjang pandemik ini mengganas, Bangunan Empire State memberikan pertunjukan cahaya dalam rentak degupan nadi sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada lebih 1 juta orang dalam 180 negara yang terkesan akibat wabak COVID-19. Pada masa ini, hampir 208,000 orang sudah pulih sepenuhnya dalam masa tiga bulan sejak virus ini mula-mula muncul.

Tambahan lagi, setiap kali waktu genap satu jam, Bangunan itu akan menyinari cahaya dalam warna-warna Petugas Kecemasan bagi menghargai jasa petugas kecemasan yang masih gigih bekerja dalam waktu bencana seperti ini. Warna-warna ini termasuklah kuning, biru, perak, merah, putih, hijau, dan kelabu untuk petugas bilik panggilan kecemasan, penguat kuasa undang-undang, pegawai penjara, bomba, paramedik, dan anggota tentera dalam masyarakat kita yang memperjudikan nyawa mereka demi kita semua. 

Lampu menara Bangunan Empire State yang sudah cukup terkenal seluruh dunia, dengan kerjasama iHeartMedia's Z100, akan terus berkelipan-kelipan mengikut rentak lagu Empire State of Mind nyanyian Alicia Keys pada pukul 9:00 setiap malam. Orang ramai dijemput untuk turut serta dengan memuat naik video ke dalam laman media sosial mereka dengan tanda pagar #iHeartNewYork dan memetik nama Bangunan Empire State serta iHeartRadio untuk menunjukkan kita masih boleh kekal berhubung dalam saat-saat seperti ini. 

Apabila pertunjukan cahaya pukul 9:00 malam itu hampir berakhir pula, Bangunan Empire State akan bergelap selama lima minit sebagai tanda memperingati nyawa yang telah terkorban akibat pandemik global ini serta untuk orang-orang tersayang mereka.

Latar Belakang Bangunan Empire State  
Tersergam setinggi 1,454 tinggi di pusat bandar Manhattan (dari tapak sehingga ke antena), Bangunan Empire State yang dimiliki Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia". Dengan pelaburan baharu yang dibuat untuk kecekapan tenaga, prasarana, kawasan umum, dan juga kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik kehadiran pelbagai golongan penyewa daripada industri-industri terpenting dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia dalam sebuah kajian yang dijalankan Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam sebuah kutipan suara yang dikendalikan Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Corporate Social Responsibility Public Interest