omniture

Pemerhatian Quantstamp: Satu Bentuk Tadbir Urus Terpencar Baru Muncul dalam Ethereum yang Bertindak sebagai Pengadang kepada Maker -- dengan Jaminan Perlindungan Kontrak Pintar melalui Chainproof

Quantstamp
2020-04-06 07:37 6075

SAN FRANCISCO, 6 April 2020 /PRNewswire/ -- Quantstamp, sebuah syarikat sekuriti blok rantai terkemuka, memberi perhatian terhadap kemunculan satu bentuk tadbir urus terpencar dan dalam masa yang sama memperoleh Backstop Contract sindiket Maker. Disebabkan oleh turun naik pasaran kewangan kripto yang sangat ekstrem, komuniti Kewangan Terpencar, atau  "DeFi" berganding bahu bagi mengisi kekurangan dalam cagaran Maker dengan membentuk DAI Backstop Syndicate, sekaligus melindungi syiling stabil DAI.

An Emergent form of decentralized governance in Ethereum comes together to act as a backstop to maker after the DAI came off its peg. Quantstamp is providing a smart contract coverage warranty via Chainproof to cover the value of the Backstop Contract to further help protect the DeFi community.
An Emergent form of decentralized governance in Ethereum comes together to act as a backstop to maker after the DAI came off its peg. Quantstamp is providing a smart contract coverage warranty via Chainproof to cover the value of the Backstop Contract to further help protect the DeFi community.

Pada 12 Mac 2020, matawang digital stabil yang menggunakan pengkomputeran teragih dan kontrak pintar yang dikenali sebagai DAI, jatuh dari kadarnya iaitu kira-kira $1 USD. Ini bermaksud keseluruhan ekosistem Kewangan Terpencar alat kewangan terbuka saling berkait kini terdedah kepada risiko kritikal. Pada kemuncaknya yang terbaru pada bulan Februari 2020, mata saham bernilai lebih $1B USD terkunci dalam DeFi.

Semasa turun naik pasaran yang tidak menentu, kesesakan urus niaga rantaian blok dan parameter rangkaian yang tidak mencukupi, sistem Maker terbeban dengan kira-kira $4.5 juta "hutang lapuk" kurang cagar. Bagi mengisi kekurangan ini, menghapuskan hutang di dalam sistem, dan mengembalikan mata DAI kepada kadarnya semula, protokol Flop Maker mencetuskan sebuah acara lelongan.

Untuk melindungi lelongan itu, komuniti DeFi menggembleng tenaga dan membentuk DAI Backstop Syndicate untuk sama-sama berperanan sebagai "pembeli pilihan terakhir". Dengan langkah yang lazimnya dianggap sebagai langkah tadbir urus, respons pantas daripada pengguna, pesaing, dan ahli-ahli ekosistem yang terpencar ini memastikan ekosistem DeFi stabil dan dilindungi untuk masa hadapan yang makmur secara berterusan.

Quantstamp mengambil bahagian untuk segera memperoleh perisian sindiket yang melindungi aset komuniti tersebut dan mengukuhkan parameter sewaktu lelongan secara bebas dengan bantuan teknikal daripada Maker. Quantstamp turut menawarkan jaminan perlindungan kontrak pintar melalui Chainproof bagi melindungi nilai Backstop Contract untuk terus membantu melindungi komuniti DeFi.

"Ia sememangnya menginspirasikan untuk melihat komuniti DeFi pantas berganding bahu untuk membentuk sindiket "pembeli pilihan terakhir" dan bermula dengan hanya 1 DAI," kata Richard Ma, Ketua Pegawai Eksekutif Quantstamp. "Ini mengurangkan halangan penyertaan dan membantu menstabilkan ekosistem – pada dasarnya satu bentuk urus tadbir komuniti yang baru muncul."

Jika bidaan "pembeli pilihan terakhir" dimenangi oleh sindiket terpencar, para penyumbang akan menerima aset rangkaian yang setimpal dengan bidaan DAI mereka. Lelongan ini menetapkan saiz cek minimum sebanyak 50 ribu DAI yang amat mengurangkan penglibatan. Tatkala perisian dan dananya berada di bawah pemerhatian Quantstamp untuk tujuan keselamatan, mereka mendapati bukan sahaja halangan penyertaan dapat dikurangkan dengan banyak, tetapi dengan membolehkan penyertaan terbuka sesiapa sahaja melalui sindiket, satu komuniti global secara spontan telah mewujudkan pengadang bagi matawang tanpa negara.

Tindakan yang menyerupai tindakan tadbir urus ini, tidak pernah dilihat pada skala sebesar ini. Pengadang ini, dengan lebih 400,000 DAI terkumpul, mempunyai penyertaan komuniti ahli-ahli ekosistem #DeFi yang bersemangat dari AS, Itali, Argentina, China, dan banyak lagi.

Ingin mencari lebih banyak berita tentang syiling QSP, kripto QSP, atau berita Quantstamp yang berkaitan? Layari Quantstamp Reddit atau ikuti kami di QSP Twitter.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1141301/Quantstamp_backstop_syndicate.jpg

Source: Quantstamp
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Blockchain Financial Technology