omniture

iQIYI Lancar Blokbuster Animasi Cina "Nezha" Eksklusif Merentas Sembilan Negara Asia Tenggara

iQIYI, Inc.
2020-04-06 21:42 660

BEIJING, 6 April 2020 /PRNewswire/ -- iQIYI Inc. (NASDAQ: IQ) ("iQIYI" atau "Syarikat"), perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China, melancarkan filem animasi yang mendapat pujian tinggi Nezha ("Filem") secara eksklusif di sembilan negara Asia Tenggara pada 5 April ini. Filem ini, yang dilancarkan pada tahun 2019 adalah berdasarkan mitologi Cina terkenal, yang mengikuti kisah Nezha sewaktu beliau membesar untuk berjuang menentang nasibnya sebagai "syaitan". Filem ini merupakan filem kedua yang berjaya meraih kutipan tertinggi di China dengan jumlah kutipan box office sebanyak RMB 5 bilion.

iQIYI Lancar Blokbuster Animasi Cina "Nezha" Eksklusif Merentas Sembilan Negara Asia Tenggara
iQIYI Lancar Blokbuster Animasi Cina "Nezha" Eksklusif Merentas Sembilan Negara Asia Tenggara

Pelanggan VIP iQIYI di Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Laos, Myanmar, Brunei dan Kemboja akan berpeluang untuk menikmati filem blokbuster animasi berkenaan dengan bunyi Dolby berdefinisi tinggi dan sari kata dalam enam bahasa termasuk Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Vietnam, Bahasa Indonesia dan Bahasa Thai.

Nezha telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Lakon Layar Terbaik dan Alih Suara Terbaik di Anugerah Golden Dragon Animasi China ke-16, iaitu anugerah "Oscars" bagi industri animasi Cina. Ia juga telah dipilih sebagai penyertaan dari China untuk Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Academy ke-92. Sejak pelancaran iQIYI di China, Nezha telah menjadi antara 10 filem teratas yang paling banyak dimainkan pada platform ini, dengan purata penilaian penonton mencecah 9 daripada 10.

Enlight Coloroom Pictures, penerbit Filem ini dan studio animasi yang terkemuka di China, menjalin perkongsian yang mantap bersama iQIYI. Beberapa filem animasi amat berjaya yang diterbitkan oleh Enlight Coloroom Pictures telah dilancarkan pada platform iQIYI dengan purata penilaian penonton adalah lebih 8 daripada 10, termasuk Big Fish & Begonia dan siri RAINBOW SEA JUPITER CRISIS. Menurut Dataxis, pelanggan bagi langganan video atas permintaan (SVOD) di Asia Tenggara dijangka mencecah 6.2 juta menjelang tahun 2022, menjadikannya sebagai sumber baharu yang utama dalam kalangan pelanggan digital muda.

Nezha, watak daripada cerita dongeng klasik Cina, dikenali secara meluas dalam kalangan orang muda di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Asia Tenggara, lalu mencipta asas kukuh untuk filem animasi ini menjadi popular apabila ia distrim secara dalam talian kepada pelanggan di rantau Asia Tenggara.

Memandangkan permintaan hiburan dalam talian telah meningkat sejak tercetusnya wabak pandemik COVID-19, iQIYI terus memperluaskan bekalan kandungan melalui perkongsian penerbitan asal, pemerolehan hak cipta dan perkongsian hasil. Sehingga kini, versi antarabangsa iQIYI App telah melancarkan lebih daripada 2,700 filem, termasuk filem keluaran baharu, klasik dan asal premium, tatkala ia terus memenuhi permintaan kandungan dalam talian oleh pelanggan di seluruh dunia.

Latar Belakang iQIYI, Inc.

iQIYI, Inc. ialah perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China. Ciri penting korporatnya menggabungkan bakat kreatif dengan teknologi, memupuk persekitaran untuk inovasi berterusan dan penghasilan kandungan blokbuster. Platform iQIYI membawakan kandungan asal yang amat popular, selain himpunan komprehensif melibatkan kandungan lain yang diterbitkan secara profesional, kandungan dihasilkan oleh rakan kongsi dan kandungan dihasilkan oleh pengguna. Syarikat ini berbeza dalam industri hiburan dalam talian menerusi platform teknologi utamanya yang dikuasakan oleh AI termaju, analitik data raya dan teknologi-teknologi proprietari teras yang lain. iQIYI menarik kumpulan pengguna yang amat besar dengan penglibatan pengguna yang hebat dan telah membangunkan model penjanaan pendapatan yang pelbagai termasuk perkhidmatan keahlian, perkhidmatan pengiklanan dalam talian, pengagihan kandungan, penyiaran secara langsung, permainan dalam talian, pelesenan IP, karya penulisan dalam talian serta e-dagang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200405/2769454-1?lang=0

Source: iQIYI, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:IQ
Related Links:
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture New products/services