omniture

Neat, Alternatif Teknologi Kewangan Bank, Kumpul USD11J Dorong Peluasan Antarabangsa

Neat
2020-04-08 10:33 1777

HONG KONG, 8 April 2020 /PRNewswire/ -- Neat, sebuah syarikat Teknologi Kewangan (FinTech) berpangkalan di Hong Kong yang menawarkan penyelesaian kewangan moden kepada PKS dan syarikat baharu, hari ini mengumumkan pengumpulan daripada pusingan pendanaan Siri A sebanyak USD11 juta. Pacific Century Group (PCG) memimpin pusingan ini dengan penyertaan daripada Visa dan MassMutual Ventures Southeast Asia, antara lain.

On the right is David Rosa, CEO and Co-Founder of Neat. On the left is Igor Wos, CTO and Co-Founder of Neat.
On the right is David Rosa, CEO and Co-Founder of Neat. On the left is Igor Wos, CTO and Co-Founder of Neat.

Menerusi pelaburan ini, Neat merancang untuk meneruskan pengembangan antarabangsanya bagi menyokong perniagaan yang berdagang merentas sempadan.

Visi Neat adalah untuk mendayakan ekonomi usahawan, bermula dengan akaun perniagaan berbilang mata wang yang boleh dibuka secara dalam talian dengan permohonan selama 15 minit, kad perbelanjaan korporat dan keupayaan untuk menghantar serta menerima wang di seluruh dunia.

Di samping itu, Neat dan Visa telah memeterai satu perkongsian strategik dan dalam beberapa bulan akan datang Neat akan mula mengeluarkan kad kredit Visa yang menyasarkan PKS rentas sempadan.

"Matlamat kami adalah untuk menawarkan penyelesaian yang benar-benar berciri global untuk perniagaan yang berdagang merentas sempadan, tanpa mengira saiz atau berapa lama ia berada dalam pasaran. Kad kredit korporat, sebagai contoh, boleh menjadi amat sukar untuk diperoleh oleh perniagaan baharu," kata David Rosa, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Neat. "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Visa, salah satu peneraju dalam pembayaran digital, bagi menawarkan produk yang bukan selalu dapat diakses oleh PKS baharu."

Dalam tempoh jangka panjang, Neat bermatlamat untuk menjadikan perdagangan antarabangsa hampir tiada masalah bukan sahaja dengan menawarkan cara untuk pelanggan memindahkan wang, tetapi juga memanfaatkan ekosistem alatan luas yang mengautomasikan proses perniagaan mereka (senarai gaji, perakaunan, logistik dan sebagainya) untuk akhirnya membolehkan sesiapa sahaja menjalankan perniagaan bertaraf antarabangsa dengan mudah.

Dengan bilangan global mencecah lebih 500 juta syarikat baharu dan PKS lain, dana daripada pusingan ini akan digunakan untuk melanjutkan pengembangan antarabangsa Neat. Terutamanya:

  • Selepas membuka sebuah pejabat di Shenzhen pada tahun 2019 yang menyasarkan pengeksport Cina, Neat baru sahaja membuka sebuah pejabat baharu di London dan bersedia untuk memulakan operasi setempat di Eropah Barat untuk turut menawarkan perkhidmatan kepada sisi lain pasaran tersebut: usahawan Eropah yang berdagang dengan China.
  • Neat akan melabur lagi dalam sokongan pelanggannya dengan tujuan untuk menggembirakan pelanggannya sepanjang masa.
  • Neat akan terus membangunkan saluran pemerolehan pelanggannya di seluruh Asia Tenggara.
  • Selain daripada lesen semasa mereka, Neat akan melanjutkan lesen kawal selia yang relevan di seluruh dunia untuk merangsang pertumbuhan perniagaan mereka.

Bagi mencerminkan dengan lebih baik sifat perdagangan rentas sempadan kumpulan pelanggannya, Neat juga memindahkan domain laman sesawangnya daripada www.neat.hk kepada www.neatcommerce.com.

"Kami berasa bangga untuk menyokong Neat dalam visi syarikat bagi menyokong para usahawan. Terdapat permintaan yang jelas untuk produk kewangan yang lebih baik buat PKS, khususnya apabila melibatkan pembayaran dan perdagangan rentas sempadan dan kami yakin bahawa pasukan Neat yang bersemangat dan inovatif akan merealisasikannya," kata Ryan Collins, Pengarah Urusan MassMutual Ventures.

"Kami percaya bagi menjadikan perdagangan rentas sempadan yang lancar sebagai suatu kenyataan untuk perniagaan yang bercita-cita tinggi di seluruh dunia. Suntikan modal ini akan dapat memperkasa pertumbuhan kami dalam mendayakan PKS baharu untuk beroperasi dengan lancar antara Eropah dan Asia," kata David Rosa. "Kejayaan daripada pusingan ini menjadi sokongan yang jelas bahawa kami menuju ke arah yang betul."

Latar Belakang Neat

Misi Neat adalah untuk mendayakan ekonomi usahawan – bermula dengan akaun berbilang mata wang yang berciri digital sepenuhnya yang dibina untuk usahawan antarabangsa masa kini. Akaun Perniagaan Neat memberi keupayaan kepada anda untuk menghantar dan menerima wang di seluruh dunia pada kadar pertukaran yang lebih kompetitif berbanding apa yang anda peroleh daripada bank; mengakses kad perbelanjaan korporat Neat untuk perbelanjaaan dalam talian dan luar talian, selain pengeluaran ATM; ia juga melibatkan ciri-ciri pengesanan perbelanjaan dan keselamatan yang intuitif. Ketahui lebih lanjut di www.neatcommerce.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200406/2768537-1?lang=0

 

 

Source: Neat
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Corporate Expansion Financing agreements Venture Capital Financial Technology