omniture

CROMSOURCE Umum Pelancaran Percubaan Klinikal COVID-19

CROMSOURCE
2020-04-09 06:09 1381

VERONA, Itali, 8 April 2020 /PRNewswire/ -- CROMSOURCE, sebuah organisasi penyelidikan kontrak (CRO) antarabangsa dengan ibu pejabat globalnya terletak di Verona, Itali, mengumumkan bahawa ia telah memulakan percubaan COVID-19 pertamanya bagi pihak sebuah syarikat farmaseutikal Eropah. Percubaan ini dijangka dijalankan di Itali, meskipun kajian-kajian tambahan turut dirancang oleh CROMSOURCE untuk negara-negara lain di Eropah selain Amerika Syarikat.

"Pandemik COVID-19 telah mencetuskan krisis kesihatan dan ekonomi global yang belum pernah terjadi sebelum ini. Biarpun semua usaha yang telah kami lakukan sejak kami beroperasi dua puluh dua tahun yang lalu adalah kritikal dalam memperbaiki dan menyelamatkan nyawa, kami berasa sangat bangga kerana dapat memainkan peranan yang begitu penting bagi membangunkan rawatan yang selamat dan berkesan untuk COVID-19," kata Dr. Oriana Zerbini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CROMSOURCE. "Keadaan global semasa menginsafkan kita semua dan kami berharap agar semua penduduk dunia dapat kembali melakukan rutin harian mereka."

"Sebagai respons kepada situasi COVID-19 CROMSOURCE segera membentuk sebuah pasukan petugas operasi berbilang disiplin bagi memastikan kami dapat terus mengurus projek-projek yang sedang berjalan dengan berkesan, mengikut panduan kawal selia yang paling terkini dan menggabungkan pendekatan inovatif kepada pengurusan percubaan sebagaimana yang dikehendaki," ulas Kerry Dyson, Ketua Pegawai Operasi. "Langkah-langkah ini juga memastikan kesediaan kami bagi melancarkan percubaan klinikal dengan pantas dan berkesan untuk terapi COVID-19, diperlihatkan oleh sokongan kami terhadap kajian baharu yang penting ini."

Latar Belakang CROMSOURCE

CROMSOURCE ialah sebuah organisasi penyelidikan kontrak antarabangsa diperakui ISO yang menyediakan portfolio perkhidmatan yang komprehensif kepada industri farmaseutikal, bioteknologi dan peralatan perubatan. Mengkhusus dalam pembangunan klinikal dan penyelesaian pengambilan kakitangan, kami menawarkan pendekatan yang fleksibal bagi memastikan keperluan unik pelanggan kami disokong. CROMSOURCE unggul dalam menawarkan Jaminan Hujung-ke-Hujung yang meliputi garis masa percubaan, pendaftaran dan harga. CROMSOURCE mempunyai pejabat merentas seluruh kawasan Eropah dan Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.cromsource.com.

Maklumat Perhubungan
Margherita Mosconi 
margherita.mosconi@cromsource.com 
+39-045-8222-811

 

 

Source: CROMSOURCE
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)