omniture

CQC dan Total Umum Kolaborasi Berbilang Tahun Bangunkan Algoritma Kuantum untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS)

Cambridge Quantum Computing (CQC)
2020-04-10 21:42 5767

CAMBRIDGE, England, 10 April 2020 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum Computing (CQC) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perkongsian berbilang tahun dengan Total S.A. untuk membangunkan algoritma kuantum dan penyelesaian pengkomputeran kuantum untuk teknologi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan (CCUS) karbon termaju,

Kolaborasi berkenaan akan menggunakan kepakaran CQC dalam pengkomputeran kuantum dan kimia kuantum termasuk penggunaan platform kimia kuantum CQC yang terkemuka dalam industri "EUMEN," bagi menyokong dan membantu membangunkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) CCUS Total.

Ilyas Khan, Ketua Pegawai Eksekutif CQC, berkata: "Kami berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan Total. Ini merupakan satu topik dengan kepentingan kritikal demi masa depan planet ini. Total mempunyai komitmen jangka panjang yang terbukti terhadap penyelesaian CCUS dan kami yakin usaha kami bersama mereka akan membawa kepada sumbangan yang bermakna ke arah masa depan yang lebih bersih dan lebih hijau."

Pengumuman ini menyimpulkan tempoh pembangunan penting untuk CQC, termasuk pelaburan daripada IBM dan Honeywell; pelancaran platform keselamatan siber teknologi kuantum "IronBridge" di persidangan RSA baru-baru ini, perkongsian bersama organisasi-organisasi seperti CERN dan paling terkini satu ujikaji perintis yang menunjukkan kepada dunia pelaksanaan Pemprosesan Bahasa Tabii pertama pada komputer kuantum.

Latar Belakang CQC 

Cambridge Quantum Computing (CQC) ialah syarikat perisian pengkomputeran kuantum yang terkemuka di dunia dengan lebih 60 saintis yang berada di seluruh pejabat di Cambridge (UK), London, kawasan San Francisco, Washington, DC dan Tokyo. CQC membina alatan bagi tujuan pengkomersialan teknologi kuantum yang akan memberi impak global yang mendalam. CQC menggabungkan kepakaran dalam perisian kuantum, terutamanya platform pembangunan kuantum (t|ket⟩™), aplikasi perusahaan dalam bidang kimia kuantum (EUMEN), pembelajaran mesin kuantum (QML), pemprosesan bahasa tabii kuantum (QNLP) dan keselamatan siber imbuhan kuantum (IronBridge™). Untuk maklumat lanjut mengenai CQC, kunjungi www.cambridgequantum.com.

 

Source: Cambridge Quantum Computing (CQC)
Keywords: Chemical Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Joint ventures STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)