omniture

Dengan Pertumbuhan Kadar Untung Sebanyak 116 Peratus pada Tahun 2019, Zoomlion Mencatat Prestasi Pengendalian Terbaik

Zoomlion
2020-04-11 01:43 753

CHANGSHA, China, 11 April 2020 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) melaporkan peningkatan 116.42 peratus untung boleh agih kepada para pelabur bagi syarikat tersenarai itu kepada RMB 4.371 bilion (USD 616.18 juta) bagi tahun berakhir 31 Disember 2019, dalam laporan tahunannya yang disiarkan pada 30 Mac 2020 dengan hasil pengendalian tahunan mencecah RMB 43.307 bilion (USD 6.105 bilion), peningkatan sebanyak 50.92 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut laporan itu lagi, Zoomlion mengekalkan kedudukannya sebagai pemegang utama bahagian pasaran dalam industri jentera angkat dan jentera konkrit. Mereka menduduki tempat pertama bagi jualan produk jentera angkat bagi sektor pembinaan dan mencatat prestasi terbaik dalam pasaran jentera angkat kejuruteraan dalam lima tahun kebelakangan ini.

"Kualiti dan pertumbuhan Zoomlion yang stabil ialah hasil usaha kemajuan kami yang berterusan serta keazaman syarikat kami bagi inovasi dan pembangunan bermutu tinggi demi transformasi digital. Zoomlion telah memberi prestasi pengendalian terbaik dalam sejarah dengan peningkatan signifikan bagi kemampuan pengurusan, kawalan risiko, dan penyelarasan sumber," kata Yang Duzhi, Setiausaha Lembaga Zoomlion.

Zoomlion telah memperkenalkan beberapa langkah untuk mengawal dan mengurus kos bagi mencapai pertumbuhan sihat. Untung kasar tahunan pada tahun 2019 telah meningkat sebanyak 67.14 peratus menjadi RMB 12.993 bilion (USD 1.83 bilion), sementara nisbah perbelanjaan pula berkurangan sebanyak 0.96 peratus.

Aliran tunai pengendalian Zoomlion pada tahun 2019 juga merupakan yang terbaik sepanjang sejarah syarikat itu pada angka RMB 6.219 bilion (USD 876.69 juta), peningkatan sebanyak 22.81 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Pada masa hadapan, Zoomlion akan menumpu untuk menerokai teknologi dan konsep baharu seperti Internet perindustrian, data raya, rantaian blok, dan AI. Kami yakin kami dapat terus menerajui industri perkilangan China dan akan sentiasa mencipta penghasilan lebih signifikan dan nilai lebih hebat bagi semua pelabur," kata Yang lagi.

Sambil menggalakkan peningkatan kualiti tinggi, Zoomlion turut memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka – mencari dan mendapatkan bekalan perubatan bagi menyokong usaha kawalan dan pencegahan wabak COVID-19 di China. Zoomlion turut terlibat dalam pembinaan hospital sementara termasuk hospital lapangan Huoshenshan dan Leishenshan serta menderma hampir 800,000 topeng muka kepada lebih 40 negara seluruh dunia.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) merupakan perusahaan pengilangan peralatan bertaraf tinggi yang menggabungkan penghasilan jentera reka bentuk, jentera pertanian, dan perkhidmatan kewangan. Kini syarikat mengedarkan lebih 600 produk canggih daripada 55 rangkaian produk yang merangkumi sepuluh industri utama.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Machinery Mining/Metals Transportation Earnings