omniture

Excelra Lancar Pangkalan Data Tujuan Semula Ubatan COVID-19 Sokong Usaha Pembangunan Ubatan Global Terhadap Novel Coronavirus

Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
2020-04-13 09:00 995

HYDERABAD, India, 13 April 2020 /PRNewswire/ --  Excelra, sebuah syarikat data dan analitik global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran Pangkalan Data Tujuan Semula Ubatan COVID-19 (https://www.excelra.com/covid-19-drug-repurposing-database/). Pangkalan data 'akses terbuka' ini menyediakan kompilasi molekul kecil dan biologik 'yang diluluskan sebelum ini' dengan profil praklinikal, farmakokinetik, farmakodinamik dan ketoksikan diketahui yang dapat memasuki dengan pantas sama ada percubaan klinikal Fasa 2 atau 3 melalui kaedah pantas untuk COVID-19. Di samping itu, pangkalan data ini turut menyediakan maklumat mengenai calon-calon ubatan menyakinkan yang berada dalam pelbagai tahap 'klinikal, praklinikal, ujikaji' dalam penemuan dan pembangunan ubatan untuk COVID-19.

Merujuk kepada banyaknya maklumat ini, Dr. Nandu Gattu, Naib Presiden Kanan, Pharma Analytics, Excelra berkata, "Pangkalan data DR COVID-19 ialah satu kompilasi data penting yang tersebar dalam pelbagai bahan penerbitan, laporan, pangkalan data dan repositori pengetahuan berserta bahan bertulis rujukan meliputi ubat-ubatan, penyakit, sasaran dan mekanisme tindakan. Usaha kami adalah bagi menyokong usaha-usaha saintifik global yang berterusan bagi mengenal pasti pilihan terapi yang selamat dan berkesan bagi merawat penyakit novel coronavirus."

Tujuan Semula Ubatan di Excelra dikuasakan oleh Platform Bersepadu Tujuan Semula Global (GRIP) mereka yang menggabungkan pangkalan data tujuan semula proprietari, algoritma, alatan analitik dan enjin visualisasi. Pangkalan data GRIP dibina dengan mengumpul data kimia, data biologi dan data klinikal yang luas yang bersama-sama menyumbang kepada lebih 10 juta perkaitan antara triad 'ubat-penyakit-sasaran'.

https://www.excelra.com/translational/#drug_repositioning 

Latar Belakang Excelra: 

Penyelesaian data dan analitik Excelra memperkasa inovasi dalam sains hayat merentas rantaian nilai bermula daripada penemuan ke pasaran. Excelra Edge terhasil daripada penggabungan lancar antara aset data diatur yang proprietari, kepakaran domain mendalam dan sains data. Pasukan pelbagai fungsi syarikat ini mengharmonikan dan menganalisis jumlah besar data tidak berstruktur yang berbeza menggunakan teknologi yang canggih. Kami mendorong keputusan dipacu data untuk membawakan kecekapan operasi bagi mempercepatkan penemuan dan pembangunan ubatan. Sejak 18 tahun yang lalu, Excelra telah menjadi rakan kongsi data dan analitik pilihan untuk lebih 150 pelanggan global termasuk 15 daripada 20 syarikat Farmaseutikal besar yang utama.
www.excelra.com

Akses Pangkalan Data Tujuan Semula Ubatan COVID-19: https://www.excelra.com/covid-19-drug-repurposing-database/

Maklumat Perhubungan:
Dorothy Paul – Pengarah Pemasaran
Tel: +91-9908130236
Emel:  dorothy.paul@excelra.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/692189/Excelra_Logo.jpg

 

Source: Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service New products/services Data Analytics