omniture

CGTN: Cartakan perkembangan pandemik COVID-19

CGTN
2020-04-14 00:52 692

BEIJING, 14 April 2020 /PRNewswire/ -- Memandangkan lebih banyak negara mengambil langkah yang ketat untuk membendung penularan penyakit ini, CGTN mencartakan perkembangan COVID-19 sepanjang beberapa bulan yang lalu.

CGTN mencartakan perkembangan COVID-19 sepanjang beberapa bulan lalu.
CGTN mencartakan perkembangan COVID-19 sepanjang beberapa bulan lalu.

Penemuan

Sejak awal bulan Disember, penduduk di Wuhan telah jatuh sakit dengan masalah pernafasan.

Pada 27 Disember 2019, Zhang Jixian, ketua jabatan pernafasan di sebuah hospital di Wilayah Hubei, melaporkan satu penyakit berjangkit yang baharu kepada pegawai-pegawai kesihatan selepas merawat pesakit-pesakit yang mengalami simptom-simptom seakan-akan demam influenza.

Tiga hari kemudian, keputusan makmal untuk seorang pesakit di Wuhan Central Hospital menunjukkan "SARS coronavirus". Dr. Ai Fen, ketua jabatan kecemasan, mengambil gambar laporan berkenaan, yang tidak lama kemudian tersebar dalam kalangan doktor Wuhan.

Li Wenliang, seorang pakar oftalmologi, berkongsi gambar tersebut bersama bekas rakan sekelas di sekolah perubatan dalam kumpulan WeChat peribadi, yang memberi amaran kepada mereka terhadap coronavirus "seperti-SARS".

Pada 31 Disember, Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan terdapat 27 kes pneumonia virus yang dikaitkan dengan Pasar Borong Makanan Laut Huanan yang telah ditutup pada keesokan harinya.

Virus dikenal pasti 

Pihak berkuasa kesihatan kemudiannya telah mengenal pasti strain baharu coronavirus sebagai punca pneumonia yang tidak diketahui dengan menguji urutan genetik sampel virus yang diperoleh daripada pesakit yang dijangkiti.

Pada 11 Januari, pegawai-pegawai kesihatan Wuhan melaporkan kematian pertama yang disahkan yang berpunca daripada coronavirus – seorang lelaki berumur 61 tahun meninggal dunia akibat pneumonia teruk pada 9 Januari, yang merupakan pelanggan tetap Pasar Makanan Laut Huanan.

Sementara itu, lebih banyak kes jangkitan telah muncul.

Sewaktu kemuncak kesibukan perjalanan percutian tahunan, pihak berkuasa Cina memerintahkan perintah berkurung (lockdown) ke atas Wuhan, ibu kota Hubei yang mempunyai populasi seramai 11 juta orang.

Perintah berkurung telah dilanjutkan ke berpuluh-puluh bandar raya di Wilayah Hubei.

Satu kecemasan global 

Pada 30 Januari, WHO mengisytiharkan bahawa novel coronavirus sebagai satu kecemasan kesihatan awam dengan kebimbangan antarabangsa (PHEIC).

Pada hari-hari berikutnya, banyak negara telah mengehadkan atau melarang kemasukan warganegara China, menangguhkan penerbangan masuk dan mengenakan sekatan perjalanan yang ketat.

Dalam tempoh waktu yang singkat, Perancis mengumumkan kematian pertama akibat coronavirus di Eropah, manakala Korea Selatan melaporkan kluster sebanyak lebih 1,600 jangkitan yang dikaitkan dengan sebuah gereja di Daegu. Semua tanda menunjukkan kepada suatu wabak global yang bakal berlaku.

Untuk butiran, sila kunjungi https://news.cgtn.com/event/2020/The-Pandemic/index.html?utm_source=bluef&utm_medium=CgtnWebsiteCampaign&utm_campaign=pandemic

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200413/2775084-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733726-1-logo?lang=0

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications