omniture

Kajian Baharu Beri Jaminan & Nasihatkan Pemakai Kanta Sentuh Semasa Pandemik Coronavirus / COVID-19; Tawar Fakta Jelas dan Nasihat Kebersihan

Centre for Ocular Research & Education
2020-04-14 18:33 622

Kertas Kajian Berwasit oleh Saintis Terkemuka Perkukuh Keperluan untuk Mencuci Tangan, Beri Amaran bahawa Pemakaian Kaca Mata / Cermin Mata Tidak Mengurangkan Risiko Jangkitan  

WATERLOO, Ontario, 13 April 2020 /PRNewswire/ -- Bergerak pantas untuk menangani dan memperbetulkan mitos yang berbahaya dan maklumat yang salah, satu kertas kajian berwasit yang baharu daripada lima saintis okular yang paling tersohor di dunia memberi jaminan kepada pemakai kanta sentuh semasa pandemik COVID-19 / coronavirus global. Diterbitkan dalam Contact Lens & Anterior Eye, "The COVID-19 Pandemic: Important Considerations for Contact Lens Practitioners (Pandemik COVID-19: Pertimbangan Penting untuk Pengamal Kanta Sentuh)" menawarkan lima fakta penting untuk sesiapa sahaja yang bergantung pada kanta sentuh atau kaca mata / cermin mata:

New research is reassuring contact lens wearers during the COVID-19 pandemic with clear facts and hygiene advice. The paper--from some of the world’s most prominent ocular scientists--offers five important facts for anyone who relies on contact lenses or glasses.
New research is reassuring contact lens wearers during the COVID-19 pandemic with clear facts and hygiene advice. The paper--from some of the world’s most prominent ocular scientists--offers five important facts for anyone who relies on contact lenses or glasses.
  1. Anda Boleh Terus Memakai Kanta Sentuh. Kini, tiada bukti saintifik yang menunjukkan pemakai kanta sentuh mempunyai risiko lebih tinggi dijangkiti COVID-19 berbanding pemakai kaca mata / cermin mata. Rujuk pengamal penjagaan mata anda dengan soalan-soalan.
  2. Tabiat Kebersihan yang Baik adalah Amat Penting. Cucian dan pengeringan tangan yang teliti adalah penting, selain pemakaian dan penjagaan kanta sentuh yang betul, memastikan kebersihan bekas kanta sentuh yang baik dan kerap mencuci kaca mata / cermin mata dengan sabun dan air. Tabiat ini dapat membantu anda untuk kekal sihat dan tidak perlu berjumpa doktor anda atau ke hospital.
  3. Kaca Mata / Cermin Mata Biasa Tidak Memberi Perlindungan. Tiada bukti saintifik yang menyokong khabar angin bahawa kaca mata / cermin mata harian menawarkan perlindungan daripada COVID-19.
  4. Pastikan Tangan yang Tidak Dibasuh Tidak Menyentuh Muka Anda. Sama ada anda memakai kanta sentuh, kaca mata / cermin mata atau tidak memerlukan sebarang pembetulan penglihatan sama sekali, elakkan daripada menyentuh hidung, mulut dan mata anda dengan tangan yang tidak dibasuh, selaras dengan cadangan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) A.S.
  5. Sekiranya Anda Tidak Sihat, Hentikan Pemakaian Kanta Sentuh Buat Sementara. Pemakai kanta sentuh yang tidak sihat perlu kembali memakai kaca mata / cermin mata buat sementara waktu. Anda boleh meneruskan penggunaan dengan kanta sentuh serta bekas kanta yang bersih, baharu sebaik sahaja anda kembali sihat sepenuhnya dan telah merujuk pengamal penjagaan mata anda.

Pada 8 April, CDC mengeluarkan panduan yang dikemas kini berhubung pemakaian kanta sentuh semasa pandemik COVID-19, menyokong lagi dapatan penting daripada kertas kajian Contact Lens & Anterior Eye. CDC juga menunjukkan bahawa kaca mata peribadi dan kanta sentuh tidak memenuhi syarat sebagai peralatan perlindungan diri (PPE).

"Berjuta-juta orang bertanya sejauh mana COVID-19 memberi kesan kepada penjagaan mata, terutamanya memandangkan kira-kira dua daripada tiga orang dewasa di seluruh dunia memakai kanta sentuh, cermin mata atau kaca mata. Malangnya, maklumat yang salah telah tersebar sejak beberapa hari ini. Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa kebenaran yang disokong sains difahami dan dikongsi, menggantikan ketakutan dengan fakta," kata Dr. Lyndon Jones, pengarah Centre for Ocular Research & Education (CORE) di University of Waterloo (Ontario, Kanada) dan ketua pengarang kertas kajian ini. "Dapatan kami menunjukkan bahawa kanta sentuh tetap menjadi bentuk pembetulan penglihatan yang boleh diterima dengan sempurna semasa pandemik coronavirus, selagi mana orang ramai mengamalkan kebersihan tangan yang baik dan mengikuti arahan pemakaian-dan-penjagaan yang sesuai."

Kertas kajian yang lengkap menggabungkan dapatan daripada lebih 100 sumber dengan rujukan. Ia meneroka pelbagai aspek dalam kesihatan okular ketika berlakunya pandemik ini, termasuk nasihat praktikal untuk golongan profesional penjagaan mata. Kertas kajian ini dan sumber-sumber lain untuk pemakaian dan penjagaan yang baik boleh dimuat turun daripada COVIDEyeFacts.org.

Ulasan berasaskan kajian baharu ini melengkapi dan meluaskan dengan ketara nasihat CORE berhubung cucian tangan dan pemakaian kanta sentuh yang selamat, yang dikeluarkan pada pertengahan Mac 2020.

Dr. Jones ialah pakar yang cemerlang dalam penjagaan mata, pernah menulis lebih daripada 400 kertas kajian berwasit dan profesional serta menyampaikan lebih daripada 1,000 syarahan di seluruh dunia di lebih 40 negara. Pada tahun 2019, beliau dinamakan oleh Expertscape sebagai pakar dengan hasil penyelidikan yang paling banyak diterbitkan dalam bidang penyelidikan kanta sentuh.

Turut serta bersama beliau untuk menulis kertas kajian COVID-19 ialah empat penyelidik, pendidik dan pakar klinikal yang disegani di seluruh dunia: Dr. Karen Walsh, ketua pasukan pendidikan profesional dan saintis klinikal di CORE, Dr. Mark Willcox, pengarah penyelidikan di Sekolah Optometri dan Sains Penglihatan di UNSW (Sydney), Dr. Philip Morgan, pengarah Eurolens Research di University of Manchester (United Kingdom) dan Dr. Jason Nichols, naib presiden bersekutu untuk penyelidikan dan Profesor di University of Alabama di Birmingham School of Optometry (Amerika Syarikat) dan ketua sidang pengarang Contact Lens Spectrum.

Latar Belakang CORE 

Centre for Ocular Research & Education (CORE) ditubuhkan pada tahun 1988 di Sekolah Optometri & Sains Penglihatan University of Waterloo. Sepanjang tiga dekad yang seterusnya, organisasi ini berkembang daripada operasi tiga orang menjadi hab penyelidikan asas dan gunaan yang berkembang maju, berkolaborasi dengan penaja, agensi dan dunia akademik dalam biosains termaju, penyelidikan dan pendidikan klinikal. Kebebasannya yang tanpa kompromi dan keputusan dengan kualiti tertinggi menjadi keutamaan dalam banyak kemajuan yang paling menonjol dalam kesihatan mata. Hari ini, pasukannya yang terdiri daripada 50 orang berkhidmat dalam pelbagai sektor oftalmik, termasuk peralatan perubatan, farmaseutikal okular, teknologi digital dan lain-lain, dengan tumpuan pada segmen anterior. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi core.uwaterloo.ca.

HUBUNGAN MEDIA

Aimee J. Lewis
McDougall Communications untuk CORE
aimee@mcdougallpr.com +1-585-414-9838 (mudah alih)

Mike McDougall, APR, Felow PRSA
McDougall Communications untuk CORE
mike@mcdougallpr.com atau +1-585-545-1815 (mudah alih)

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1153965/CORE_Contact_Lens_Infographic.jpg

Source: Centre for Ocular Research & Education
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control New products/services Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)