omniture

LyondellBasell Sumbangkan $1.3 Juta untuk Basmi Kelaparan Semasa Pandemik COVID-19

LyondellBasell
2020-04-14 21:50 787

HOUSTON dan ROTTERDAM, Belanda, 14 April 2020 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB), salah sebuah syarikat plastik, kimia dan penapisan yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan sumbangan sebanyak $1.3 juta bagi menyokong usaha-usaha respons terhadap COVID-19 oleh Global FoodBanking Network dan bank-bank makanan tempatan Amerika Syarikat.

"Biarpun berada dalam keadaan yang terbaik, kelaparan dan ketakjaminan makanan merupakan satu cabaran. Pandemik COVID-19 telah menjadikan keperluan ini lebih teruk memandangkan bank-bank makanan di seluruh telah mengalami peningkatan permintaan dan penurunan dalam sumbangan makanan," Ketua Pegawai Eksekutif LyondellBasell Bob Patel. "Selain daripada kerja-kerja yang dilakukan oleh pasukan kami untuk membekalkan bahan-bahan yang digunakan dan aplikasi perubatan, kami ingin membantu mereka yang mendapati sukar untuknya menyediakan makanan yang secukupnya dengan menyokong organisasi-organisasi yang amat penting ini."

Sumbangan oleh LyondellBasell akan menyokong bank-bank makanan di 17 negara dan komuniti yang mana syarikat ini menjalankan operasi utamanya.

"Pandemik ini telah mengganggu pelbagai aspek dalam kehidupan kita dan berjuta-juta orang, yang mana ramai yang tidak memerlukan bantuan sebelum ini, bergantung kepada organisasi-organisasi perbankan makanan kami untuk menyediakan makanan yang secukupnya," kata Lisa Moon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Global FoodBanking Network. "Jaringan bank makanan kami di seluruh dunia berada di barisan hadapan dalam pandemik antarabangsa ini. Sokongan daripada LyondellBasell akan membantu meringankan tekanan yang dialami oleh bank-bank makanan pada masa kini dan membantu kami mendekati lebih ramai orang yang mengalami kelaparan semasa tempoh yang sukar ini."

Menyumbang dana untuk membekalkan makanan buat mereka yang memerlukan merupakan salah satu cara LyondellBasell bertindak balas semasa pandemik ini. Baru-baru ini, syarikat ini menyumbang isopropil alkohol kepada Huntsman bagi tujuan pengeluaran 5-tan pensanitasi tangan demi membantu melindungi petugas penjagaan kesihatan yang merawat pesakit COVID-19.

Di samping itu, bahan-bahan LyondellBasell terdapat dalam banyak aplikasi yang amat penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan dan keselamatan seperti peralatan perubatan, kelengkapan perlindungan, bahan pembersih dan pelbagai aplikasi farmaseutikal. Syarikat ini terus membekalkan pelanggannya dengan pelbagai bahan termasuk resin polipropilena, yang digunakan untuk menghasilkan gentian tiup-lebur yang menyediakan penapisan untuk penutup mulut dan hidung; produk kelompok induk digunakan dalam filem lut udara untuk sut perlindungan; manakala polipropilena, etilena oksida dan propilena oksida digunakan untuk membuat picagari perubatan, kit ujian perubatan, sabun, bahan penyahjangkit dan banyak produk lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai respons berterusan LyondellBasell terhadap pandemik COVID-19, kunjungi www.lyondellbasell.com atau ikuti syarikat di LinkedIn, Facebook atau Twitter.

Latar Belakang LyondellBasell 
LyondellBasell ialah salah sebuah syarikat plastik, kimia dan penapisan yang terbesar di dunia. Didorong oleh kakitangannya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan-bahan dan produk-produk yang penting untuk memajukan penyelesaian menurut cabaran-cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan yang ringan dan fleksibel, melindungi ketulenan bekalan air melalui paip yang lebih kukuh dan lebih serba boleh, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api kebanyakan kereta dan trak di jalan raya serta memastikan fungsi yang selamat dan berkesan dalam elektronik dan perkakasan. LyondellBasell menjual produk ke lebih 100 negara dan merupakan pengeluar sebatian polimer terbesar dan pemberi lesen teknologi poliolefin terbesar di dunia. Pada tahun 2020, LyondellBasell telah dinamakan dalam senarai majalah Fortune sebagai "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" untuk tahun ketiga berturut-turut.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg

Source: LyondellBasell
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Paper/Forest Products/Containers Corporate Social Responsibility