omniture

Tencent Cloud Lancar Pakej Perkhidmatan Anti-COVID-19 Antarabangsa, Bantu Perjuangan Global Perangi Pandemik

Tencent Cloud
2020-04-15 01:12 4907

SHENZHEN, 15 April 2020 /PRNewswire/ -- Pada 13 April, Tencent Cloud melancarkan satu pakej perkhidmatan anti-COVID-19 antarabangsa bagi membantu menyokong perjuangan global bagi memerangi pandemik ini. Pakej tersebut akan membantu syarikat, institusi perubatan dan kerajaan di seluruh dunia untuk menangani cabaran unik yang dibawa oleh COVID-19. Ini merupakan langkah terkini yang diambil oleh Tencent bagi membantu dalam kempen global terhadap pandemik ini, bermula dengan penubuhan dana anti-COVID-19 global bernilai US$100 juta dan pelancaran platform maklumat COVID-19 global.

Produk-produk yang dilancarkan dalam fasa pertama boleh digunakan dalam pelbagai jenis senario termasuk mendayakan kolaborasi jarak jauh, memudahkan perundingan perubatan dalam talian dan membantu kerajaan menggalakkan akses kepada maklumat yang andal. Tencent Cloud akan turut menyediakan kredit percuma kepada beberapa pembelian perkhidmatan awan untuk membantu syarikat dan organisasi yang memerlukan, yang dapat diakses melalui laman sesawang rasmi Tencent Cloud.

VooV Meeting, versi antarabangsa untuk Tencent Meeting, telahpun dilancarkan di lebih 100 negara serta wilayah dan disediakan kepada pengguna secara percuma. Perkhidmatan ini boleh menyokong mesyuarat sehingga 300 peserta, yang menjadikannya sebagai alat yang penting untuk membantu syarikat bekerja secara jarak jauh, agensi pendidikan untuk mengajar kelas dalam talian dan institusi perubatan bagi menyediakan rundingan dalam talian.

Dengan bantuan aplikasi perkhidmatan siaran langsung Tencent Cloud, Komunikasi Waktu-Nyata Tencent (Tencent Real-Time Communication, TRTC), pangkalan data, Platform Pecutan Aplikasi Global (Global Application Acceleration Platform, GAAP) dan penyelesaian sari kata (AI Transfy), sekolah, hospital dan institusi lain juga dapat mewujudkan keupayaan siaran langsung mereka sendiri untuk perundingan dan pengajaran jarak jauh dengan pantas.

Penerbitan dan pengedaran maklumat yang tepat pada masanya berkisarkan pencegahan COVID-19 adalah sangat penting semasa berlakunya wabak ini. Perkhidmatan SMS Tencent Cloud disediakan di lebih 200 negara dan wilayah serta melalui lebih daripada 1,000 pengendali, yang dapat membantu agensi kerajaan menyampaikan maklumat pencegahan COVID-19 dengan pantas kepada orang awam.

Terdahulu, Tencent melancarkan platform global untuk maklumat penjagaan kesihatan semasa berlakunya wabak ini. Perkhidmatan ini juga telah dilancarkan dalam Bahasa Inggeris, termasuk satu bahagian untuk "COVID-19 Epidemic Info", instrumen pemeriksaan kendiri COVID-19 dikuasakan AI, We Doctor dan Dingxiangyuan, yang memberi pengguna seluruh dunia dengan akses kepada maklumat terkini mengenai wabak, pengetahuan perubatan, panduan diagnosis diri, klinik sukarela dalam talian dan banyak lagi.

Di samping itu, Tencet turut memberi sumbangan teknologi kepada perjuangan global bagi memerangi COVID-19 dengan menyediakan sumber secara terbuka modul antarabangsa dalam Program Mini COVID-19 (TH_COVID19_International) pada 27 Mac, lalu menjadikannya sebagai sumber maklumat penting yang disediakan secara percuma kepada pengguna di serata dunia. Agensi kerajaan, institusi penjagaan kesihatan, organisasi media dan pembangun di seluruh dunia boleh mengakses Program Mini untuk membangunkan perkhidmatan berkaitan pandemik mereka sendiri. Pada 3 April, Tencent menyediakan sumber secara terbuka Pembantu Triage Diri COVID-19 (COVID-19 Self-triage Assistant), program yang membolehkan sesiapa sahaja untuk melakukan penilaian kendiri berhubung simptom-simptom coronavirus yang mungkin terjadi. Perkhidmatan ini dapat membantu mendidik orang awam dengan panduan pencegahan, seraya dapat mengurangkan risiko jangkitan silang yang disebabkan oleh panik dan meminimumkan beban ke atas pembekal perkhidmatan perubatan.

Tencent telah membantu perniagaan dan agensi kerajaan memerangi wabak ini menerusi beberapa produk dan perkhidmatan di China. Pelbagai Program Mini berkaitan pandemik disediakan oleh pihak ketiga telah dibangunkan untuk memberi akses awam yang lancar kepada maklumat dan perkembangan terkini. Produk-produk seperti VooV Meeting, WeChat Work dan Tencent Document menyediakan instrumen yang melaluinya perniagaan dapat bekerja bersama-sama dengan cekap secara jarak jauh. Penyelesaian pendidikan dalam talian bersepadu daripada Tencent membolehkan lebih 100 juta orang guru untuk terus mengajar manakala pelajar dapat terus belajar semasa penangguhan sesi persekolahan. Tencent turut membantu institusi saintifik mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubat-ubatan baharu menerusi teknologi AI dan pengkomputeran yang canggih.

Tencent komited untuk membantu perjuangan global bagi memerangi virus ini menerusi pengalaman, teknologi dan produknya.

Source: Tencent Cloud
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services