omniture

Iceland Beri Gambaran Penularan Awal Covid-19 dalam Populasi Dengan Tindak Balas Kesihatan Awam Kohesif

deCODE genetics
2020-04-15 05:00 938

Kajian menggabungkan ujian dan pemeriksaan am bersasaran yang paling intensif terhadap mana-mana populasi setakat ini dengan penjujukan virus yang komprehensif daripada semua kes yang dikenal pasti bagi mengesan mutasi dan penularannya

Keputusan menekankan keberkesanan dan keperluan ujian, pengasingan agresif kes-kes dan penjarakkan fizikal serta kesegeraan untuk lebih banyak ujian dijalankan bagi membendung virus dan penyakit   

REYKJAVIK, Iceland, 14 April 2020 /PRNewswire/ -- Saintis-saintis di deCODE genetics dan rakan-rakan setara daripada Directorate of Health Iceland dan National University Hospital hari ini menerbitkan secara dalam talian kajian berasaskan populasi dalam New England Journal of Medicine berhubung penularan awal virus SARS-Cov-2 (menyebabkan penyakit Covid-19) di Iceland. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menyediakan pandangan yang selengkapnya bagaimana virus tersebar dalam sesebuah populasi, dalam kes ini satu daripada 360,000 dan menjalankan langkah-langkah ujian, pengesanan dan pengasingan awal dan agresif bagi membendung wabak tersebut. Keputusan menunjukkan bahawa kira-kira 0.8% daripada populasi keseluruhan dijangkiti oleh beberapa strain atau klad virus lalu menyokong faktor kebimbangan bahawa pembawa senyap virus menyebarkan penyakit berkenaan. Ini menunjukkan bahawa walaupun usaha oleh sistem kesihatan awam dilihat berkesan setakat ini bagi mengurangkan penyebaran sehingga kini, lebih banyak data, termasuk pemeriksaan populasi secara besar-besaran, akan menjadi kunci bagi memaklumkan usaha untuk membendung penularan virus tersebut di Iceland dalam jangka panjang.

 

"Kajian ini dibina berasaskan gabungan pemeriksaan bersasaran dan pemeriksaan populasi di lebih 60,000 ujian/juta pada 4 April, tarikh henti untuk data tersebut dalam kajian ini; tambahan 4,000 ujian/juta telah dijalankan di Iceland setiap hari sejak tarikh tersebut. Pihak berkuasa kesihatan Iceland mula menguji mereka yang pulang dari zon-zon berisiko tinggi (terutamanya pusat peranginan ski di Alps) dan mungkin mempunyai simptom pada awal Februari, sebulan sebelum mengenal pasti jangkitan SARS-Cov-2 pertama pada 28 Februari. Setakat 4 April, ujian bersasaran ini telah mengenal pasti 1221 kes daripada kalangan 9199 individu bergejala dan kontak mereka. Semua kes yang disahkan diletakkan di bawah pengasingan dan kontak mereka dikesan dan diletakkan di bawah kuarantin rumah selama 14 hari. Bagi melengkapi ujian ini dan memberi gambaran tentang penularan virus berkenaan dalam populasi umum, pada 13 Mac deCODE mula menguji para sukarelawan yang mendaftar untuk menjalani pemeriksaan percuma. Menjelang 1 April, seramai 10797 orang telah diperiksa melalui usaha ini, dengan 87 (0.8%) diuji positif. Dari 1 April hingga 4 April, tambahan 2283 orang individu telah diperiksa, dengan 13 (0.6%) yang diuji positif. Analisis daripada gabungan data ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan wanita umumnya agak sukar mendapat jangkitan SARS-Cov-2 berbanding lelaki dan orang dewasa.

"Dalam usaha untuk memetakan dengan teliti epidemiologi molekul COVID-19 di Iceland kami berharap agar dapat menyediakan seluruh dunia dengan data untuk digunakan dalam usaha global yang kolektif bagi membendung penyebaran penyakit tersebut," kata Kari Stefansson, Ketua Pegawai Eksekutif deCODE genetics dan penulis kanan kertas kajian tersebut.

deCODE menjujukkan virus tersebut daripada 643 orang individu dan melukis pengelasan haplotip berbeza (rantaian turutan varian) yang ditemui. Analisis data jujukan mendedahkan bahawa haplotip virus yang dikesan dalam ujian bersasaran peringkat awal hampir keseluruhannya daripada klad A2 yang berasal dari Austria dan Itali serta memasuki Iceland bersama orang ramai yang kembali daripada percutian bermain ski. Sebaliknya, kes-kes yang dikenal pasti dalam ujian bersasaran yang paling terkini dan dalam pemeriksaan populasi deCODE menunjukkan bahawa pelbagai haplotip klad A1 prevalen di negara-negara seperti UK yang menjadi suatu yang lebih biasa dan kini terdapatnya varieti haplotip yang luas dan semakin berkembang yang hadir dalam populasi berkenaan.

Hal ini menunjukkan bahawa virus tersebut memasuki Iceland dari banyak negara, termasuk negara yang sebelumnya dianggap berisiko rendah. Pada masa kini, 291 mutasi telah ditemui di dalam negara ini yang masih belum dikenal pasti di tempat lain. Salah satu utiliti penjujukan virus berkenaan adalah ia memungkinkannya untuk mengesan kontak dan jangkitan tambahan yang datangnya daripada kes-kes yang telah disahkan. Data ini dan hakikat bahawa kebanyakan jangkitan baharu datangnya daripada mereka yang telahpun menjalani kuarantin, menekankan keberkesanan umum usaha kesihatan awam bagi mengesan dan mengasingkan kontak ini dan selanjutnya mengawal penularan virus tersebut.

"Bagi membengkokkan lengkung pandemik ini secepat yang mungkin, kami memerlukan maklumat yang tepat secara saintifik mengenai bagaimana COVID-19 tersebar dalam masyarakat," kata Robert A. Bradway, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif di Amgen. "Saya percaya tindak balas pantas oleh deCODE terhadap keadaan kecemasan ini dan pandangan yang dihasilkan oleh mereka akan memberi seluruh pelosok dunia dengan asas saintifik yang lebih kukuh bagi membuat keputusan kesihatan awam."

Berpangkalan di Reykjavik, Iceland, deCODE ialah peneraju dunia dalam menganalisis dan memahami genom manusia. Menggunakan kepakaran uniknya dalam genetik manusia digabungkan dengan kepakaran yang semakin berkembang dalam transkriptomik dan proteomik populasi dan sejumlah besar data fenotip, deCODE telah menemui faktor-faktor risiko untuk berpuluh-puluh penyakit biasa dan memberi pandangan utama terhadap patogenesisnya. Tujuan memahami genetik suatu penyakit adalah untuk menggunakan maklumat tersebut bagi mencipta cara baharu untuk mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit berkenaan. deCODE ialah subsidiari milik penuh Amgen (NASDAQ: AMGN).

generated by system

deCODE genetics headquarters
deCODE genetics headquarters

 

 

 

Source: deCODE genetics
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services Data Analytics STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)