omniture

Kecekapan Kritikal untuk Kerakyatan melalui Pelaburan, Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIU St Kitts and Nevis

CS Global Partners
2020-04-16 23:37 1134

LONDON, 16 April 2020 /PRNewswire/ -- Pemprosesan pantas, pengalaman dan usaha wajar yang andal merupakan ciri-ciri penentu yang memberi kedudukan kepada St Kitts and Nevis sebagai 'Piawaian Platinum' bagi Kerakyatan melalui Pelaburan (CBI). Hal ini menurut En. Les Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Kerakyatan melalui Pelaburan (CIU) negara Caribbean ini dalam satu wawancara baru-baru ini dengan penasihat kerajaan yang beribu pejabat di London CS Global Partners.

Ditubuhkan pada tahun 1984, Program CBI St Kitts and Nevis menawarkan individu-individu yang disemak dengan teliti dan keluarga mereka hak-hak istimewa untuk memperoleh kerakyatan sebagai pertukaran kepada sumbangan ekonomi. Dua tahun lalu, Perdana Menteri Timothy Harris memperkenalkan Sustainable Growth Fund (SGF) sebagai laluan yang paling pantas, paling selamat dan paling cekap untuk memperoleh kerakyatan St Kitts dan Nevis. Digandingkan dengan Proses Permohonan Dipercepatkan (AAA), ia memberi jaminan bahawa pemohon yang diluluskan menerima kerakyatan mereka dan pasport yang disertakan – proses yang berasingan – dalam tempoh 60 hari.

"Faktor kecekapan adalah amat penting kepada pelanggan kami dan kami merupakan satu-satunya Unit [CBI] yang menawarkan perkhidmatan pantas," kata En. Khan yang merujuk kepada ciri AAP. Beliau menjelaskan bagaimana ciri yang pantas mengekalkan piawaian usaha wajar tinggi yang menakrifkan Program CBI St Kitts and Nevis: "[Untuk] HNWI yang ingin permohonan mereka dilakukan dengan cepat dan cekap, kami mampu menyediakan kemudahan tersebut pada harga lebih tinggi, namun begitu kami mempunyai mekanisme untuk berunding dengan penyedia usaha wajar kami."

En. Khan menawarkan beberapa pandangan mengenai operasi dalaman CIU dan bagaimana mereka berjaya menyelaraskan proses mereka demi kepantasan dan kualiti maksimum. "Semua kakitangan kami menjadi peka kepada apa yang dimaksudkan dengan permohonan pantas; ia mendapat keutamaan sebaik sahaja ia diterima masuk sehinggalah apabila ia mendapat kelulusan akhir."

Cara pemohon membuat pelaburan CBI berkelayakan mereka melalui Sustainable Growth Fund adalah jelas dan mudah serta paling selamat. Sebaik sahaja mereka melepasi semua semakan usaha wajar dan diluluskan pada prinsipnya, pelabur membuat sumbangan sekali sahaja terus kepada pihak kerajaan. Pelaburan bermula pada nilai US$150,000, bergantung pada bilangan ahli keluarga yang dimasukkan oleh mereka ke dalam permohonan tersebut. Tiada perantara lain kecuali orang diberi kuasa yang diluluskan di laman sesawang CIU.

Pemohon boleh memperoleh kerakyatan dari negara-negara asal mereka kerana St Kitts and Nevis tidak menetapkan untuk mereka mengunjungi pulau-pulau tersebut. Di samping itu, proses permohonan telah didigitalkan buat sementara waktu atas sebab-sebab keselamatan ekoran daripada COVID-19.

Hubungi:
pr@csglobalpartners.com 
www.csglobalpartners.com 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Travel Legal issues New products/services