omniture

Wilbur-Ellis beri sumbangan $100,000 kepada Red Cross semasa krisis coronavirus

Wilbur-Ellis
2020-04-20 23:00 725

SAN FRANCISCO, 20 April 2020 /PRNewswire/ -- Dalam menghadapi waktu yang memerlukan buat begitu ramai orang ini, Wilbur-Ellis telah memberi sumbangan sebanyak $100,000 kepada Red Cross, yang mana dana tersebut ditujukan kepada A.S., Kanada dan Asia-Pasifik – kawasan-kawasan tempat kakitangan kami menetap dan bekerja.

"Kami menyedari akan keperluan yang belum pernah berlaku sebelum ini yang tercetus akibat pandemik coronavirus dan Wilbur-Ellis komited untuk meringankan sedikit kesusahan dengan sumbangan ini," kata President dan Ketua Pegawai Eksekutif Wilbur-Ellis John Buckley. "Sebagai sebuah syarikat bertaraf global, menyumbang kepada Red Cross ialah salah satu cara terbaik untuk menghulurkan bantuan kepada orang ramai yang memerlukan di seluruh dunia. Kami berasa gembira dapat menyokong usaha kemanusiaan dan bantuan bencana oleh Red Cross semasa berlakunya krisis ini."

Sebagai sebuah syarikat milik keluarga yang menghampiri ulang tahun ke-100nya, Wilbur-Ellis menyokong industri pertanian, pemakanan haiwan, tenaga dan kimia – semua dianggap perniagaan "penting" yang menyokong bekalan makanan dan menyediakan produk-produk penting yang lain kepada masyarakat.

"Tatkala pandemik ini mula tersebar, Wilbur-Ellis terus beroperasi – dengan melaksanakan protokol kesihatan yang ketat – bagi menyokong pelanggan kami, yang bekerja setiap hari untuk memberi makan kepada dunia. Syarikat ini turut menyokong industri-industri yang menyediakan produk-produk penting yang kita semua perlukan," kata Buckley.

"Kami menyedari akan tanggungjawab kami dan sedia maklum bahawa kami bertuah kerana dapat beroperasi semasa waktu yang mencabar ini. Kami akan terus memenuhi tanggungjawab kami dan dalam masa yang sama melakukan segala yang boleh untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan kakitangan kami. Mereka merupakan individu hebat yang telah bangkit untuk menyahut cabaran dan membolehkan segala yang kami lakukan dapat direalisasikan."

Latar Belakang Wilbur-Ellis 

Ditubuhkan pada tahun 1921, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis ialah pemasar, pengedar dan pengeluar antarabangsa yang terkemuka bagi produk pertanian, pemakanan haiwan dan bahan kimia serta ramuan khusus. Dengan membina hubungan yang kukuh, membuat pelaburan pasaran yang strategik serta memanfaatkan peluang-peluang baharu, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis terus mengembangkan perniagaan dengan jualan yang mencecah lebih $3 bilion. 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1013658/Wilbur_Ellis_Logo.jpg

 

Source: Wilbur-Ellis
Keywords: Agriculture Chemical Corporate Social Responsibility