omniture

VVDN Technologies Teruskan Peluasan Pembuatannya Dengan Tambahan 10 Ekar Taman Inovasi Global di India

VVDN Technologies
2020-04-21 00:08 717

GURUGRAM, India, 20 April 2020 /PRNewswire/ -- VVDN Technologies, sebuah syarikat kejuruteraan produk, awan dan pembuatan ulung yang terkemuka, mengumumkan pembukaan Taman Inovasi Global 10 Ekarnya di Manesar, Gurugram, India. Pengumuman ini dibuat sebagai sebahagian daripada rancangan syarikat untuk mengukuhkan lagi tawaran perkhidmatan kejuruteraannya dan meningkatkan kapasiti pembuatannya dengan memberi tambahan kepada infrastrukturnya.

VVDN Technologies Continues Its Manufacturing Expansion With Additional 10 Acre Global Innovation Park in India
VVDN Technologies Continues Its Manufacturing Expansion With Additional 10 Acre Global Innovation Park in India

Taman Inovasi Global baharu VVDN di Manesar terletak di kawasan seluas 10 ekar. Kampus yang besar ini mempunyai kapasiti terancang dengan kira-kira 100,000 kakitangan dan akan beroperasi menjelang pertengahan Mei 2020. Kemudahan kampus baharu ini, sebahagian daripada rancangan peluasan yang diumumkan sebelum ini bagi meningkatkan dengan ketara kapasiti untuk pembuatan penyelesaian teknologi generasi seterusnya, akan menjadi kilang bertaraf dunia yang lebih besar dengan output pengeluaran yang lebih besar.

Taman Inovasi Global ini kini menempatkan yang berikut:

  • Hab Pengeluaran VVDN: Bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kapasiti pengeluaran produk elektronik globalnya, kemudahan baharu VVDN dilengkapi dengan SMT yang bertaraf dunia, Kawasan pemasangan produk, ISO Kelas 6 dan 8 Bilik Bersih serta Infrastruktur Ujian dan Pengesahan
  • Pusat Pengalaman VVDN: Dikhususkan untuk sejarah VVDN serta penyelesaian inovatif yang direka bentuk, dibangunkan dan dikeluarkan oleh syarikat untuk menghubungkan pelanggan dan rakan kongsi
  • Makmal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Ujian VVDN: Makmal R&D dan Ujian inovasi generasi seterusnya bagi menggalakkan pembangunan produk yang tangkas serta menyokong pelanggan global dalam perjalanan transformasi digital mereka

Hari ini, VVDN mengeluarkan pelbagai jenis penyelesaian versatil yang inovatif seperti Penjejak, Kamera Papan Pemuka, Kamera, Titik Akses Wi-Fi dan peralatan 5G. Dengan kampus baharu ini, VVDN telah mengukuhkan kedudukan pembuatannya di India dengan menjadi salah satu ODM terkemuka yang dapat memenuhi keperluan pelanggan global bagi pembuatan elektronik penyelesaian yang inovatif.

Memikirkan tentang pertumbuhan dan pelaburan berterusan, Bhupender Saharan, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, "Pertumbuhan VVDN merupakan satu pencapaian penting hasil daripada transformasi unik dalam sejarah syarikat ini. VVDN melancarkan peluasan global yang utama daripada usaha pembuatannya di India, menekankan komitmen syarikat bagi menjadi syarikat ODM Ulung India yang memenuhi keperluan pasaran domestik dan global."

Saharan menyambung, "Peluasan pembuatan ini berlaku pada waktu yang unik apabila dunia sedang mencari alternatif pembuatan dan VVDN kini berazam untuk menawarkan pelanggan globalnya dengan keupayaan pembuatan bertaraf dunia dengan tahap kualiti yang cemerlang. Dunia pembuatan elektronik berkembang pesat dan VVD bersedia untuk memenuhi keperluan keadaan biasa yang baharu dunia ini menerusi infrastruktur, kapasiti dan tenaga kerja yang termaju dan mampan."

Latar Belakang VVDN

VVDN ialah sebuah syarikat Kejuruteraan Produk & Pembuatan yang memberi tumpuan untuk mereka bentuk & mengeluarkan produk-produk hujung-ke-hujung merentas beberapa pasaran vertikal teknologi (5G , Pusat Data, Visi, Perangkaian, Wi-Fi, IoT, Pertahanan, Awan & Aplikasi). Ibu pejabat India VVDN terletak di Gurgaon, India manakala ibu pejabat Amerika Utaranya terletak di San Jose, California, Amerika Syarikat. VVDN menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan global merentas beberapa wilayah termasuk AS, Kanada, Eropah, India, Vietnam, Korea dan Jepun. Model perniagaan VVDN melibatkan Perkhidmatan Kejuruteraan Produk dan Perkhidmatan ODM.

Hubungi:
Anushree Mittal
anushree.mittal@vvdntech.in  
+91-9619903712

 

Source: VVDN Technologies
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Corporate Expansion New products/services