omniture

Doo Prime Terima Kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Vanuatu (VFSC)

Doo Prime
2020-04-21 16:22 745

PORT VILA, Vanuatu, 21 April 2020 /PRNewswire/ -- Doo Prime Vanuatu Limited telah mendapat kebenaran kawal selia Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Vanuatu (VFSC) dengan nombor peraturan: 700238. Di bawah pengawasan oleh VFSC, insurans liabiliti profesional tambahan sehingga US$ 500,000 dibeli agar pelanggan dapat melindungi aset mereka daripada disalahgunakan atau dicuri ekoran kurangnya tanggungjawab profesional, bagi menjamin keselamatan dana pelabur.

Doo Prime Receives Vanuatu Financial Services Commission (VFSC) Approvals
Doo Prime Receives Vanuatu Financial Services Commission (VFSC) Approvals

Dengan dasar industri kewangan global yang semakin ketat serta pengisytiharan peraturan EU baharu yang dikenakan pada masa kini, banyak broker berskala besar tradisional telah memberi tumpuan mereka pada pengawasan luar pesisir bagi menjamin keselamatan. Leveraj dan kefleksibelan perdagangan tinggi yang dibawakan oleh pengawasan luar pesisir merupakan keperluan praktikal untuk pedagang dan juga broker. Di samping itu, pusat kewangan luar pesisir turut meningkatkan pengawasan undang-undang wilayah yang ketat.

Pemberian lesen VFSC menyumbang kepada keupayaan Doo Holding untuk menyediakan pedagang dengan perkhidmatan kami di kawasan luar pesisir. Ia turut mengukuhkan dan menentukan keupayaan keseluruhan operasi jangka panjang dan stabil Doo Prime kami.

Dari segi operasi pematuhan, selain daripada lesen Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Vanuatu VFSC yang baru diberikan, Doo Holding juga mempunyai lesen kawal selia berbeza dan kebenaran operasi untuk beberapa pusat kewangan bertaraf dunia seperti UK FCA (jenama penyedia kecairan Doo Clearing) dan HK MSO.

Doo Prime ialah subsidiari milik penuh Doo Holding Group dan mempunyai pejabat-pejabat di Hong Kong, London, Taipei, dan Kuala Lumpur. Mendapat pengawasan VFSC kali ini bermaksud Doo Prime telah berusaha untuk memecahkan dan mengatasi halangan pasaran kewangan di samping menyediakan pelanggan dengan persekitaran perdagangan yang lebih fleksibel dan selamat. Selain itu, Doo Prime turut memohon lesen kawal selia di tiga buah negara yang lain.

Seperti biasa, Doo Prime akan mengutamakan keselamatan, profesionalisme, kecekapan dan ketelusan sebagai kriteria utama. Etos utama Doo Prime termasuk menyediakan persekitaran perdagangan yang lebih selamat, lebih mudah dan lebih pantas untuk pelanggan global, di samping membina pembrokeran eksklusif swasta yang terkemuka di dunia.

Untuk lesen kawal selia VFSC, pelabur dan rakan kongsi boleh bertanya mengenai maklumat lesen di: https://www.vfsc.vu/

Laman Sesawang: www.dooprime.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200420/2780925-1?lang=0  

Source: Doo Prime
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology