omniture

AACSB Tonjol 25 Sekolah Perniagaan Tingkatkan Keusahawanan

AACSB International
2020-04-21 21:00 839

TAMPA, Florida, 21 April 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, AACSB International (AACSB)—jaringan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia—mengumumkan 25 sekolah perniagaan sebagai sorotan utama dalam cabaran ahli Innovations That Inspire. Sebagai satu inisiatif tahunan, cabaran ini mengiktiraf institusi-institusi dari seluruh dunia yang berperanan sebagai pejuang perubahan dalam landskap pendidikan perniagaan. Cabaran tahun ini menekankan "Pemangkin untuk Inovasi"—salah satu daripada lima peluang yang dikenal pasti dalam Visi Kolektif untuk Pendidikan Perniagaan AACSB. Dengan program-program yang membawakan kolaborasi antara disiplin dan penglibatan komuniti, inovasi-inovasi yang diketengahkan menginspirasikan contoh-contoh usaha-usaha pendidikan perniagaan bagi meningkatkan pemikiran keusahawanan dan pewujudan perniagaan baharu.

Inisiatif-inisiatif berimpak yang berikut termasuk antara inovasi yang diketengahkan tahun ini:

  • Succession Iowa University of Northern Iowa berperanan sebagai pemadan antara pemilik perniagaan Iowa luar bandar yang ingin menjalankan strategi keluar dan pembeli berkelayakan yang dapat mengurus perniagaan ini dengan jayanya menuju masa depan.
  • Program Biodesign Hebrew University of Jerusalem membangunkan kepimpinan termaju generasi seterusnya Israel dalam keusahawanan bioperubatan dan teknologi melalui pendekatan berbilang disiplin dan berasaskan pasukan yang mana kakitangan perubatan, pelajar kejuruteraan dan pelajar perniagaan bersama-sama membangunkan peralatan perubatan baharu.
  • Swinburne Social Startup Studio Swinburne University of Technology bekerjasama dengan perusahaan sosial tahap awal untuk membangunkan dan menguji idea, membina pengetahuan untuk mengukuhkan ekosistem perusahaan sosial.

"Permintaan untuk inovasi yang menghubungkan pakar-pakar merentas disiplin dan menangani keperluan komuniti tempatan dan global tidak pernah menjadi lebih jelas berbanding pada waktu yang belum pernah terjadi ini," kata Thomas R. Robinson, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB. "Kami berbesar hati untuk menonjolkan 25 sekolah perniagaan ini atas peranan berharga mereka dalam meningkatkan keusahawanan melalui penyelidikan, pengajaran dan penglibatan komuniti. Usaha-usaha mereka membolehkan penciptaan dan kepimpinan perusahaan yang berkesan di seluruh dunia."

Kini memasuki tahun kelimanya, cabaran Innovations That Inspire telah menonjolkan lebih daripada 120 usaha sekolah perniagaan yang menunjukkan contoh pendekatan yang berpandangan jauh terhadap pendidikan, penyelidikan, penglibatan komuniti atau mendekati komuniti, dan kepimpinan. Sehingga kini, ahli-ahli Business Education Alliance AACSB telah berkongsi hampir 1,000 inovasi, mencipta repositori yang mantap dalam sistem DataDirect AACSB untuk memaklumkan dan menginspirasikan sesama ahli dan juga industri.

Untuk mendapat gambaran keseluruhan mengenai semua inovasi yang ditampilkan, kunjungi aacsb.edu/innovations-that-inspire.

Latar Belakang AACSB International

Ditubuhkan pada tahun 1916, AACSB International (AACSB) ialah perikatan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia, menghubungkan pendidik, pelajar dan perniagaan untuk melahirkan generasi pemimpin hebat yang seterusnya. Dengan kehadiran di lebih 100 negara dan wilayah, AACSB memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi dan meluaskan kesan dalam pendidikan perniagaan. Ketahui bagaimana AACSB mengubah pendidikan perniagaan demi masyarakat yang lebih baik di aacsb.edu.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/492010/AACSB_International_Logo.jpg

Source: AACSB International
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Awards