![]() |
GIFEC bersedia untuk mendayakan pelaksanaan 2,000 tapak OpenRAN
NASHUA, New Hampshire, 22 April 2020 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., syarikat OpenRAN berpangkalan di A.S. terkemuka yang menyediakan penyelesaian OpenRAN hujung-ke-hujung tentuan-perisian yang pertama di dunia untuk liputan dan juga kapasiti, hari ini mengumumkan bahawa GIFEC, Dana Perkhidmatan Akses Sejagat (Universal Access Service Fund, UASF), telah memilih OpenRAN Parallel Wireless bagi menyediakan sambungan telefoni mudah alih kepada komuniti yang terabai dan tidak mendapat liputan di Ghana. Ghana Investment Fund for Electronic Communications (GIFEC) ialah satu Dana khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Ghana di bawah Akta Komunikasi Elektronik (Akta 775), diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan ICT kepada kumpulan dan komuniti yang tidak mendapat liputan, terabai dan ternafi di negara berkenaan.
Afrika ialah benua yang paling berbeza-beza secara digital yang mempunyai hanya 44% pengguna mudah alih unik. Walaupun Ghana mempunyai salah satu pasaran telekomunikasi yang paling kompetitif di rantau berkenaan, terdapat kira-kira Seribu Dua Puluh (1,020) komuniti yang tidak mendapat isyarat mudah alih. Rangkaian 2G, 3G atau 4G tradisi memerlukan peralatan yang mahal dan besar untuk dilaksanakan dan beroperasi dalam komuniti ini. Rangkaian berasaskan perkakasan ini juga sukar dan mahal untuk dinaik taraf.
Parallel Wireless membolehkan satu peralihan dibuat kepada seni bina rangkaian OpenRAN terbuka, berasaskan perisian dan maya bagi menyediakan rangkaian berasaskan perisian 2G, 3G, 4G dan 5G yang boleh diskala. Rangkaian ini juga dapat dilaksanakan, diselenggara dengan berkesan kos serta boleh memberi liputan dan kapasiti kepada pengguna akhir dan juga perniagaan di seluruh negara tersebut. Pada akhirnya, matlamat UASF melibatkan ketersediaan, kemampuan dan kebolehcapaian kepada perkhidmatan tanpa wayar akan dapat dicapai pada garis masa yang dipercepatkan. OpenRAN Parallel Wireless telah menunjukkan prestasi, kualiti perkhidmatan dan faedah kos yang amat mantap di enam benua dengan:
Kata-kata sokongan
Abraham Kofi Asante, Pentadbir untuk GIFEC, berkata, "Dana Akses dan Perkhidmatan Sejagat telah berada di barisan hadapan bagi merapatkan jurang digital dan menghubungkan yang tidak terhubung dengan meneroka penyelesaian yang inovatif serta berdaya maju termasuk OpenRAN, inilah yang kami perlukan untuk mempercepatkan transformasi digital di Ghana. Penting agar pihak Kerajaan dan penggubal dasar berkolaborasi secara teratur dengan sektor swasta bagi mewujudkan ekosistem yang tepat. Perkongsian bersama perkhidmatan Rainbow dan peneraju OpenRAN Parallel Wireless ini memberi tumpuan untuk mendayakan fungsi ketersambungan buat pengguna akhir dan banyak vertikal termasuk pengangkutan, kesihatan, pendidikan, keselamatan, pertahanan dan perkhidmatan perbankan. Hasilnya adalah masa yang lebih pantas dibawa ke pasaran untuk penawaran tanpa wayar ini dan juga penglibatan pelanggan yang lebih baik. Objektif utamanya projek ini adalah untuk mencapai 100% liputan perkhidmatan telefon mudah alih di seluruh Ghana dengan bekerjasama secara perkongsian yang erat bersama pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO)."
Christoph Fitih, Pengarah Jualan, Afrika, Parallel Wireless, berkata, "Tumpuan kerjasama kami dengan UASF adalah untuk membantu menyampaikan visi Ghana bagi menghubungkan masyarakat, perniagaan dan penduduk Ghana demi membolehkan semua orang untuk menikmati sambungan tanpa wayar di samping menjadikan pelaburan rangkaian kalis masa depan untuk sebarang perkhidmatan akan datang. UASF membina sebuah ekosistem untuk mendayakan transformasi digital bagi menyokong matlamat kerajaan serta sektor swasta dan kami berasa sukacita untuk membantu mereka mencapai misi mereka. Projek ini akhirnya akan membuka komuniti kami terhadap pembangunan dan memperkasa penduduk dari segi ekonomi. Ia akan menarik pelancong, mengetahui bahawa mereka tidak akan terputus sepenuhnya dari seluruh pelosok dunia disebabkan oleh perkhidmatan rangkaian yang lemah apabila mereka berkunjung."
Latar Belakang Parallel Wireless
Parallel Wireless ialah satu-satunya syarikat berpangkalan di A.S. yang mencabar vendor legasi dunia dengan satu-satunya penyelesaian OpenRAN didayakan perisian SEMUA G (5G/4G/3G/2G) yang seragam dalam industri. Perisian rangkaian natif-awannya menakrifkan semula ekonomi rangkaian untuk pengendali mudah alih global dari segi pelaksanaan liputan dan kapasiti, di samping turut membuka laluan untuk 5G. Syarikat ini terlibat dengan lebih 50 pengendali terkemuka di seluruh dunia. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam penyelesaian RAN maya terbuka, berbilang teknologi telahpun diiktiraf menerusi lebih 72 anugerah industri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.
LATAR BELAKANG GIFEC
Ghana Investment Fund for Electronic Communications (GIFEC) ialah sebuah Agensi di bawah Kementerian Komunikasi. GIFEC ditubuhkan untuk menyediakan sumber kewangan bagi tujuan pewujudan perkhidmatan dan akses sejagat untuk semua komuniti serta turut memudahkan peruntukan telefoni asas, perkhidmatan internet, perkhidmatan multimedia, perkhidmatan jalur lebar dan penyiaran untuk komuniti ini. Dana ini diberi mandat untuk memudahkan peruntukan akses sejagat kepada semua individu melalui penggunaan ICT yang berpatutan demi pembangunan sosioekonomi.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1004727/PW_FullColor_CMYK_Logo.jpg