Rancangan Disukai Ramai Antarabangsa "Little Baby Bum" boleh didapati bulan ini di Xigua Video, Salah Satu Aplikasi Video Paling Popular China
LONDON, 23 April 2020 /PRNewswire/ -- Moonbug, sebuah syarikat hiburan global yang membangunkan dan mengedarkan kandungan yang menyeronokkan dan berasaskan nilai kepada kanak-kanak, telah memulakan pengembangannya ke China dan dengan bangganya mengumumkan perkongsian pertamanya bersama Xigua Video, platform video bentuk pendek yang dilancarkan oleh ByteDance pada tahun 2016. Menerusi perkongsian ini, sensasi kanak-kanak IP dan antarabangsa utama Moonbug Little Baby Bum akan disediakan tidak lama lagi kepada 50 juta pengguna melalui Xigua Video.
"Kami telah dapat melihat betapa besarnya pengembangan global pada tahun lalu dan ini merupakan rundingan pertama daripada mudah-mudahan banyak lagi rundingan dalam China dan pasaran Asia yang lebih luas," kata Nicolas Eglau, ketua EMEA, Moonbug. "Little Baby Bum telahpun mempunyai ikutan yang mantap di seluruh Asia dan kami teruja untuk menyertai kategori Xigua Video yang semakin berkembang dengan kandungan kanak-kanak agar kanak-kanak di seluruh China dapat mengakses dan berinteraksi dengan rancangan ini."
Bermula pada bulan ini, semua IP utama Little Baby Bum disediakan di Xigua Video termasuk Wheels on the Bus. Rancangan ini akan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
"Kami berasa gembira untuk membawakan rancangan yang begitu popular kepada kanak-kanak dan ibu bapa pada platform kami," kata Mengyuan Xiao, Ketua Perkongsian Kandungan di Xigua Video.
Little Baby Bum telah menawan hati penonton di seluruh dunia dengan jalan cerita berbentuk lagu dan puisi kanak-kanak yang mencuit hati yang membantu kanak-kanak belajar dan membangunkan kemahiran hidup kognitif, emosi dan fizikal. Sejak diambil alih oleh Moonbug, penonton Little Baby Bum telah berkembang pesat secara luar talian mahupun dalam talian. Ia boleh didapati pada platform global seperti Netflix, Hulu, Amazon Prime Video, manakala di YouTube ia telah melangkaui 50 juta pelanggan dan memperoleh peningkatan penonton sebanyak 400% berbanding tahun sebelumnya pada platform berkenaan. Bagi melengkapi kejayaan rancangan ini, Moonbug juga telah menerbitkan tiga siri terbitan turunan yang disukai ramai berdasarkan wataknya, melancarkan barisan barangan Little Baby Bum dengan Little Tikes® dan mencipta persembahan pentas secara langsung yang dikenali sebagai Little Baby Bum Live.
Latar Belakang Moonbug
Moonbug ialah sebuah syarikat hiburan global memenangi anugerah yang menyediakan hiburan menyeronokkan dengan nilai-nilai positif untuk kanak-kanak. Moonbug memperoleh, mencipta dan mengedarkan kandungan untuk kanak-kanak prasekolah. Syarikat ini, yang merupakan antara pemilik IP kanak-kanak digital yang terbesar di dunia, bersama-sama ditubuhkan oleh veteran media René Rechtman, Ketua Pegawai Eksekutif dan John Robson, Ketua Pegawai Operasi, dengan pejabat-pejabat utama terletak di London dan Los Angeles.
IP Moonbug termasuk sensasi global Little Baby Bum, My Magic Pet Morphle, Supa Strikas, Go Buster, Playtime with Twinkle, Gecko's Garage, Arpo dan banyak lagi. Rancangan Moonbug juga boleh didapati di platform-platform global seperti YouTube, Netflix, Hulu, Roku, Sky, Amazon Prime Video dan lain-lain.
Latar Belakang Xigua Video
Xigua Video ialah salah satu aplikasi video yang paling popular di China yang membolehkan pengguna untuk menemui, menikmati dan berkongsi pelbagai cerita video, dalam bentuk pendek mahupun panjang.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.ixigua.com/.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1158259/Moonbug_Little_Baby_Bum.jpg