omniture

"Say Hello to Life" Sambut Ulang Tahun ke-50 Hari Bumi dengan Siri Mini "Embrace Nature" Baharu

CCTV
2020-04-24 00:56 581

BEIJING, 24 April 2020 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan ulang tahun ke-50 Hari Bumi, rancangan aneka ragam kegemaran ramai yang diterbitkan oleh China Central Television, "Say Hello to Life", memperkenalkan satu siri episod yang meneroka nilai kemanusiaan dan alam semula jadi menurut pemikiran orang Cina.

"Say Hello to Life" Sambut Ulang Tahun ke-50 Hari Bumi dengan Siri Mini "Embrace Nature" Baharu
"Say Hello to Life" Sambut Ulang Tahun ke-50 Hari Bumi dengan Siri Mini "Embrace Nature" Baharu

Dalam siri terkini ini, buluh menjadi tumpuan utama. Selama berabad-abad lamanya, manusia telah tertarik dengan tumbuhan malar hijau ini yang telah memberi inspirasi kepada ramai artis, pencipta lagu mahupun penyajak. Ringan namun tahan lama, buluh muncul sebagai komponen kehidupan yang penting untuk manusia sepanjang sejarah, bermula dengan perabot kepada senjata kuno. "Say Hello to Life" membawa penonton melalui suatu perjalanan penemuan, mengesan semula jejak tanaman buluh di seluruh China untuk mencari falsafah tersembunyi yang ingin diceritakan oleh hutan Buluh.

Kepantasan tahap kematangan buluh adalah amat perlahan, namun tunas yang berkembang menjadi rebung memainkan peranan yang dramatik dalam pertumbuhan batang baharu. Sebaik sahaja ia berakar, rebung dapat tumbuh pada kadar yang mengagumkan sehingga 30 sentimeter setiap hari, lalu menjadikannya salah satu tanaman yang paling cepat tumbuh di dunia.

"Menyaksikan sifat-sifat buluh umpama menyaksikan keajaiban alam semula jadi dan lambang umat manusia, Sebagaimana buluh yang melalui kesukaran, kita lemparkan jauh-jauh akal yang sombong. Dengan daya ketahanan, kita mengasah kekuatan kita dari masa ke masa," kata Negmat, pengacara rancangan tersebut.

"Ini merupakan intipati perjalanan yang kami lakukan bersama penonton. Apabila kita mendekati alam semula jadi dengan rasa hormat, kita dapat menyedari semua perkara yang terang dan indah, semua hidupan yang besar dan kecil, semua perkara yang bijak dan menakjubkan, memahami betapa mendalamnya kewujudan kita," kata beliau.

"Ayuh sertai kami dan mendekati alam semula jadi serta mengalami dunia baharu apabila kita sekali lagi melangkah 'keluar dari hutan'," tambah beliau.

"Say Hello to Life" ditayangkan di CCTV 3 dan CCTV.com pada jam 9:30 malam GMT+8 setiap hari Rabu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.facebook.com/cctvcom/.

Untuk menonton rancangan ini, sila kunjungi playlist on YouTube.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200422/2783727-1?lang=0

Source: CCTV
Keywords: Entertainment Environmental Products & Services Television Environmental Issues