omniture

Bangunan Empire State Lancar Kempen #HeroesShineBright Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Penggerak Balas Pertama

Empire State Realty Trust, Inc.
2020-04-25 01:23 1086

Pertunjukan cahaya sepanjang minggu buat organisasi-organisasi Penggerak Balas Pertama dan Petugas Penting bermula pada 24 April

NEW YORK, 25 April, 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Bangunan Empire State (ESB) mengumumkan pelancaran #HeroesShineBright, satu kempen sepanjang minggu bagi mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang mempertaruhkan nyawa mereka di barisan hadapan untuk menyelamatkan orang lain semasa berlakunya pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat mahupun seluruh dunia. Pada setiap malam mulai 24 April hingga 2 Mei, ESB akan mendedikasikan lampu-lampu menaranya untuk organisasi Penggerak Balas Pertama yang berbeza, bersinar dengan warna-warna yang diwakilinya bagi mengiktiraf keberanian dan khidmat mereka.

Pada 2 Mei, malam terakhir kempen #HeroesShineBright, ESB akan bekerjasama dengan World Federation of Great Towers menerusi pertunjukan cahaya diselaraskan yang akan menyaksikan Burj Khalifa (UAE), CN Tower (Kanada), Macau Tower (China), Busan Tower (Korea Selatan), Willis Tower (AS), Euromast (Belanda), 360 Chicago (AS), Calgary Tower (Kanada), One Liberty Observation Deck (AS), Ostankino TV Tower (Rusia), Tallinn TV Tower (Estonia), UFO Tower (Slovakia) dan lain-lain memancarkan cahaya lampu masing-masing dengan rentak degupan nadi berwarna merah mulai jam 8:30 – 9:30 malam dalam zon waktu tempatan mereka untuk memberi kesedaran global buat mereka yang membantu memerangi pandemik ini. Menara Eiffel turut mendedikasikan kilauan khusus daripadanya untuk kempen ini pada malam berkenaan.

Jadual pertunjukan cahaya tersebut adalah seperti berikut:

  • 24 April: Kuning/Putih/Biru dengan Kesan Siren sebagai penghargaan kepada FDNY/EMS 
  • 25 April: Biru/Putih/Biru sebagai penghargaan kepada Doktor, Jururawat dan Komuniti Perubatan
  • 26 April: Biru/Jingga/Biru sebagai penghargaan kepada Pegawai Pembetulan
  • 27 April: Pemisahan cahaya:
    • Utara & Selatan: Jingga/Biru/Putih sebagai penghargaan kepada Pengawal Pantai A.S.
    • Timur & Barat: Biru/Emas/Biru sebagai penghargaan kepada Tentera Laut A.S.
  • 28 April: Kuning/Hitam/Putih sebagai penghargaan kepada Tentera A.S.
  • 29 April: Biru/Biru/Biru sebagai penghargaan kepada Lembaga Pengangkutan Metropolitan
  • 30 April: Kuning/Kuning/Kuning sebagai penghargaan kepada Petugas Penting
  • 1 Mei: Biru/Ungu/Biru sebagai penghargaan kepada Hari Peringatan Polis
  • 2 Mei: Pertunjukan cahaya dalam rentak degupan nadi dinamik yang diselaraskan dengan World Federation of Great Towers 

"Bangunan Empire State ialah degupan nadi kita semua dan ikon antarabangsa bagi latar langit Bandar Raya New York. Bangunan ini memancarkan cahaya lampunya bagi menunjukkan kepada Penggerak Balas Pertama dan petugas penting penghargaan, kasih sayang dan sokongan kita semua, yang layak diterima oleh mereka," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "Penghormatan kita kepada wira-wira di barisan hadapan bandar raya kita yang hebat, satu kumpulan pada satu-satu masa, akan memuncak dengan menunjukkan sokongan seluruh dunia apabila World Federation of Great Towers melimpahkan cahaya sejagat untuk menyoroti sumbangan oleh Penggerak Balas Pertama di seluruh dunia."

Bangunan Empire State menggalakkan peminat untuk turut serta dalam kempen #HeroesShineBright dan meninggalkan komen pada hantaran dan ceritanya dalam seluruh platform media sosial dengan mengucapkan terima kasih kepada petugas penting pada setiap malam pertunjukan cahaya tersebut. Pada 2 Mei, Bangunan berkenaan akan berkongsi video kompilasi perayaan yang merangkumi video-video ucapan terima kasih peribadi, komen peminat dan video yang menginspirasikan daripada pertunjukan cahaya tersebut di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.esbnyc.com.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila kunjungi www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, https://twitter.com/empirestatebldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, https://www.tiktok.com/@empirestatebldg atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 31 Mac 2020, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Travel Public Interest