omniture

WeBank Ungguli Senarai Kedudukan Paten Perbankan Global 2019

WeBank
2020-04-26 09:23 1098

SHENZHEN, China, 26 April 2020 /PRNewswire/ -- Dalam 2019 Global Banking Patents Rankings (Top 100) (Senarai Kedudukan Paten Perbankan Global 2019) (100 Teratas) yang diterbitkan baru-baru ini oleh IPRdaily, WeBank, sebuah bank digital yang terkemuka di dunia, telah melonjak naik dari tempat kelima (Senarai Kedudukan 2018) untuk mengungguli senarai kedudukan tahun ini dengan 632 paten yang difailkan.

Antara kesemua paten yang difailkan oleh WeBank pada tahun 2019, 80% daripadanya adalah berkaitan dengan teknologi ABCD (AI, Rantaian Blok, Pengkomputeran Awan, Data Raya)

Paten AI & Rantaian Blok WeBank 2019
Paten AI & Rantaian Blok WeBank 2019

Dari segi AI, WeBank membina ekosistem kewangan dipacu teknologi dengan teknologi canggih melibatkan pembelajaran bersekutu, interakasi manusia-komputer generasi baharu, pemasaran AI dan pengurusan aset AI. Paten AInya mencakupi pembelajaran bersekutu, NLP/Pertuturan Pintar, pembelajaran mesin, teknologi pengiklanan/cadangan, visi komputer dan banyak lagi. Apabila melibatkan rantaian blok, WeBank mempunyai set lengkap infrastruktur rantaian konsortium sumber terbuka, perisian tengah dan penyelesaian dengan paten-paten algoritma, perlindungan privasi, teknologi silang rantaian dan sebagainya. Menurut satu laporan terkini daripada Block, WeBank memfailkan paten rantaian blok ketiga terbanyak di seluruh dunia pada tahun 2019. Ia juga merupakan satu-satunya bank dalam senarai 10 teratas.

Semakin banyak paten yang difailkan menunjukkan keupayaan teknologi kewangan industri perbankan yang semakin berkembang. Daripada membina kubu yang dikawal ketat dengan keupayaan berkenaan, WeBank bertekad untuk memperkasa pembangun dengan teknologi kewangan sumber terbuka dalam ekosistem yang kolaboratif. Pada tahun 2019, WeBank mengumumkan strategi teknologi kewangan sumber terbuka yang menyasarkan untuk berkolaborasi dengan pembangun di serata dunia. Setakat ini, ia telah membangunkan berpuluh-puluh projek sumber terbuka yang berjaya, seperti FATE (Federated AI Technology Enabler), FISCO BCOS (platform rantaian konsortium yang dibina bersama pasukan petugas sumber terbuka FISCO) dan suit platform data raya sumber terbuka WeDataSphere.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2785835-1?lang=0

Source: WeBank
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research