omniture

Vakrangee Limited (VL) bakal Mudahkan Pendaftaran Perkhidmatan Rundingan Doktor Maya vHealth by Aetna Percuma Selama 30 Hari Merentas 10,000 Vakrangee Kendras

Vakrangee Limited
2020-04-27 12:21 4819

Orang ramai mengunjungi Vakrangee Kendra di kawasan kampung terpencil dan bandar untuk mendapatkan perkhidmatan penting akan dibantu untuk mendaftar perkhidmatan vHealth percuma selama 30 hari, seraya memberi manfaat kepada penduduk yang tidak mendapat perkhidmatan dan terabai di kawasan luar bandar India

MUMBAI, India, 27 April 2020 /PRNewswire/ -- Vakrangee Limited (VL) bakal memudahkan pendaftaran untuk perkhidmatan perundingan doktor maya secara percuma selama 30 hari vHealth by Aetna. Inisiatif ini akan memberi tumpuan untuk menyediakan panduan perubatan percuma kepada orang ramai yang berkunjung ke outlet Vakrangee bagi mendapatkan perkhidmatan penting. Dengan itu, ia dapat memastikan orang ramai mendapat semua perkhidmatan penting di bawah satu bumbung dan meminimumkan kunjungan mereka ke pelbagai tempat dalam situasi perintah berkurung masa kini.

vHealth by Aetna (Sebuah Syarikat CVS Health– Perusahaan Fortune 8) mengumumkan satu inisiatif khas bagi memberi akses percuma untuk perkhidmatan perundingan doktor maya bagi membantu orang ramai mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti semasa wabak COVID-19 ini. vHealth telah memperkenalkan berbilang pilihan untuk mendaftar termasuk menghubungi talian bebas tol 1800-103-7093, membuat panggilan tidak dijawab di talian 9029096186 atau dengan mengunjungi terus www.vhealth.io untuk pendaftaran dalam talian.

Mengulas mengenai inisiatif ini, En Dinesh Nandwana, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Vakrangee Ltd. berkata, "Dengan 80% outlet di bandar-bandar Tahap 5/6, Vakrangee telah menjadikan perkhidmatan teleperubatan dapat disediakan kepada pelanggannya di kawasan paling terpencil dan kawasan di negara ini yang belum mendapat perkhidmatan sehingga kini, seraya dapat menjamin ketersediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti buat semua. Kami berbangga dapat menyokong masyarakat semasa berlakunya krisis pandemik COVID-19 yang kritikal ini."

Menyebut tentang inisiatif berkenaan, Dr. SnehKhemka, Presiden, Aetna International, mengulas, "Telerundingan merupakan satu keperluan segera untuk orang ramai bagi meminimumkan risiko untuk mendapat sebarang jangkitan lantaran lawatan ke hospital atau klinik. Kami berasa gembira dapat menyokong komuniti ini sepanjang tempoh yang mencabar ini yang mana vHealth dapat menjadi sokongan buat keluarga sebagai titik hubungan pertama mereka untuk sebarang keperluan kesihatan."

Orang ramai boleh memanfaatkan perkhidmatan perundingan video/telefon vHealth bagi menilai simptom mereka untuk COVID-19, mengurus keadaan kronik, merawat penyakit dan memberi panduan untuk kekal sihat. Perkhidmatan perundingan doktor maya vHealth secara percuma akan disediakan selama 30 hari dari tarikh pendaftaran hingga 3 Mei 2020.

Latar Belakang Vakrangee Limited (BSE: 511431) (NSE: VAKRANGEE) 

Vakrangee ialah sebuah syarikat dipacu teknologi unik yang memberi tumpuan untuk membina rangkaian terbesar di India bagi outlet jualan kilometer terakhir demi menyediakan perkhidmatan BFSI waktu nyata, ATM, e-dagang dan logistik kepada pasaran luar bandar yang tidak mendapat perkhidmatan, separa bandar dan bandar.

Hubungan Media:
Ammeet Sabarwal
Ketua Pegawai Komunikasi Korporat & Strategi
ammeets@vakrangee.in 
91-22-67765100
Vakrangee Limited – www.vakrangee.in

 

Source: Vakrangee Limited
Related Stocks:
Bombay:511431 India:VAKRANGEE
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Telecommunications New products/services Public Interest