omniture

Berkeley Lights Lancar Dua Keupayaan Baharu dalam Aliran Kerja Pembangunan Terapi Sel Opto 1.0 Percepatkan Penciptaan Imunoterapi Kanser Berkesan

Berkeley Lights, Inc.
2020-04-28 00:08 580

Cerakinan sitokin dan kesitotoksikan multipleks baharu sebagai sebahagian daripada aliran kerja Pembangunan Terapi Sel Opto 1.0 akan membantu pengguna platform Berkeley Lights membangunkan imunoterapi kanser dengan lebih pantas

EMERYVILLE, California, 27 April 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Berkeley Lights, Inc., peneraju bagi Biologi Sel Digital, melancarkan keupayaan baharu bagi memperkasa aliran kerja Pembangunan Terapi Sel Opto 1.0. Aliran kerja ini mengandungi koleksi keupayaan perisian, reagen dan protokol untuk dijalankan pada sistem Beacon® dan LightningTM. Dengan keupayaan baharu ini, kini penyelidik boleh menjalankan berbilang cerakinan fungsian terhadap ribuan sel T individu hanya dalam beberapa hari, membolehkan mereka untuk mendapatkan semula sel hidup bagi tujuan analisis genomik hiliran. Ini akhirnya membolehkan pelanggan Berkeley Lights untuk mengaitkan fenotip dan fungsi sel T dengan genotip pada sel individu, menggabungkan proses analitik fungsian sel T ke dalam satu platform yang inovatif.

Terapi berasaskan sel T telah menunjukkan jaminan yang penting untuk rawatan kanser, namun pembangunan terapi ini adalah mencabar kerana proses membunuh tumor kanser oleh sel T bergantung pada kajian dan pemeriksaan berbilang interaksi sel-ke-sel, suatu prosedur yang memakan masa dan rumit. Teknik-teknik semasa untuk menilai fungsi sel T tidak membolehkan saintis untuk mengumpul semua data yang diperlukan daripada sel yang sama. Cerakinan sitokin multipleks baharu dan cerakinan kesitotoksikan, berserta TCRseq Well Plate Kit yang dilancarkan baru-baru ini membolehkan saintis untuk menentukan dan menguji fungsi sel-sel T individu. Aplikasi ini membolehkan pemeriksaan fungsian secara serentak terhadap beribu-ribu sel T individu apabila ia berinteraksi dengan sel atau tumor penyaji antigen. Klon individu yang hidup boleh diperolehi semula untuk pengembangan hiliran atau analisis genomik. Aliran kerja Pembangunan Terapi Sel Opto 1.0. membolehkan pemeriksaan fenotip dan fungsian sel CAR-T dan penemuan reseptor sel T (TCR) yang berkaitan dengan tingkah laku sel T tertentu.

"Dengan aliran kerja Pembangunan Terapi Sel Opto 1.0, pengguna platform Berkeley Lights kini boleh menyesuaikan pembangunan sel terapi yang menjadi pengantara bagi pemusnahan pantas berbilang sel tumor kepada beberapa sel T yang benar-benar melakukan semua tugas," kata John Proctor, Ph.D., Naib Presiden Kanan Pemasaran di Berkeley Lights. "Cerakinan kesitotoksikan menggambarkan aktiviti pemusnahan daripada sel T tunggal, seperti pemusnahan multipleks dan bersiri, diikuti dengan perolehan sel hidup untuk analisis genomik. Cerakinan baharu ini mengelakkan masalah-masalah biasa yang berkaitan dengan cerakinan pemusnahan tradisi, yang mengukur purata lisis sel sasaran pada titik waktu tetap, mengaburkan perincian kinetik dan mengabaikan keheterogenan yang terdapat dalam subset sel T."

Berkeley Lights akan terus melancarkan lebih banyak keupayaan berkaitan sel terapi kepada platform Berkeley Lights dalam beberapa bulan akan datang. Emel info@berkeleylights.com untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Berkeley Lights
Di Berkeley Lights, kami berpendapat sel adalah hebat! Sel berupaya menghasilkan penawar untuk penyakit, gentian untuk pakaian, tenaga dalam bentuk biobahan api dan protein makanan untuk nutrisi. Maka, persoalannya ialah, sekiranya alam semula jadi berupaya menghasilkan produk yang kita perlukan dengan cara yang boleh diskalakan, mengapa kita tidak melakukan lebih daripada hal ini? Jawapannya adalah dengan penyelesaian yang terdapat pada hari ini, sukar untuk melaksanakannya. Masa yang lama diperlukan untuk mencari sel yang betul untuk tugasan tertentu, mengakibatkan perbelanjaan wang yang banyak dan sekiranya anda telah memilih titisan sel suboptimum, memberi hasil proses yang amat rendah. Platform Berkeley Lights menyampaikan dan menghubungkan maklumat fenotip, fungsian dan genotip yang mendalam pada peringkat sel tunggal. Ini merupakan cara baharu unutk memperoleh dan menafsirkan bahasa kualitatif biologi dan menterjemahkannya menjadi maklumat digital khusus sel tunggal, yang kami gelar sebagai Biologi Sel Digital. Menggunakan platform kami, pelanggan mempunyai penyelesaian lengkap untuk mencari sel terbaik dengan memeriksa dan mendapatkan semula sel individu secara berfungsi bagi tujuan penemuan antibodi, pembangunan titisan sel, pembangunan terapi sel dan biologi sintetik. Menggunakan sistem dan penyelesaian kami, saintis-saintis boleh mencari sel terbaik, kali pertama mereka melihatnya. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.berkeleylights.com.

Sistem Beacon dan Lightning Berkeley Lights serta instrumen Culture Station adalah untuk kegunaan penyelidikan sahaja. Bukan untuk digunakan dalam prosedur diagnostik.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1078159/Berkeley_Lights_Logo.jpg  

 

Source: Berkeley Lights, Inc.
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)