![]() |
MILAN, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- Bracco Imaging, sebuah syarikat global yang terkemuka dalam perniagaan pengimejan diagnostik, hari ini mengumumkan satu inisiatif baharu yang dikenali sebagai BRACCO CARES. BRACCO CARES ialah program bukan promosi bagi menyokong komuniti penjagaan kesihatan di seluruh dunia semasa berlakunya pandemik COVID-19 ini dan lebih lagi.
BRACCO CARES ialah satu peluang untuk Bracco berbakti kepada komuniti pengimejan atas segala yang dilakukan oleh mereka untuk menyokong diagnosis, rawatan dan penjagaan pesakit.
Pada masa ini, BRACCO CARES akan terdiri daripada siri webinar pendidikan dan perbincangan video yang menyediakan maklumat industri yang tepat pada masanya dan relevan serta amalan terbaik, bagi membantu golongan profesional penjagaan kesihatan menempuhi situasi COVID-19 ini. BRACCO CARES dibiayai melalui geran pendidikan tanpa had oleh Bracco untuk Radiologi Gunaan, yang akan mengurus pembangunan dan pelaksanaan siri webinar dan perbincangan video ini.
Fulvio Renoldi Bracco, Ketua Pegawai Eksekutif Bracco Imaging berkata, "Bracco Group telah menjadi sebahagian daripada komuniti penjagaan kesihatan global selama lebih 90 tahun. Sebagai rakan kongsi yang andal dalam bidang pengimejan diagnostik, kami ingin menyokong golongan profesional penjagaan kesihatan semasa waktu-waktu yang belum pernah terjadi ini. Program BRACCO CARES hanyalah salah satu daripada banyak cara yang disediakan oleh Bracco untuk menyokong mereka di barisan hadapan. Kami dengan bangganya berdiri bersama-sama golongan profesional pengimejan di seluruh dunia."
Untuk maklumat lanjut mengenai program Bracco Cares, sila kunjungi: https://imaging.bracco.com/us-en/education/bracco-cares.
Latar Belakang Bracco Imaging Spa
Bracco Imaging S.p.A., sebahagian daripada Bracco Group, ialah penyedia pengimejan diagnostik yang terkemuka di dunia, beribu pejabat di Milan, Itali.
Bracco Imaging menawarkan portfolio produk dan penyelesaian untuk semua modaliti pengimejan diagnostik yang utama: Pengimejan sinar-X (termasuk Tomografi Berkomputer-CT, Radiologi Intervensi dan Pengkateteran Jantung), pengimejan resonans magnetik (MRI), Ultrabunyi Kontras Dipertingkat (CEUS) dan Perubatan Nuklear melalui perunut radioaktif dan agen pengimejan PET baharu. Portfolio kami yang terus berkembang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perubatan, sistem pentadbiran termaju dan perisian pengurusan dos. Syarikat ini beroperasi dalam lebih 100 pasaran di seluruh dunia, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui subsidiari, usaha sama, lesen dan perjanjian perkongsian pengedaran. Bracco Imaging mempunyai kehadiran yang kukuh di lokasi-lokasi utama: Amerika Utara, China, Eropah, Jepun, Brazil, Mexico dan Korea Selatan.
Kilang pembuatan Bracco Imaging beroperasi dengan mematuhi sepenuhnya amalan terbaik dan proses pengeluaran mesra alam yang mampan. Tapak pembuatan berpusat di Itali, Switzerland, Jerman, Kanada, China dan Jepun.
Bracco Imaging mempunyai organisasi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang mahir dan inovatif dengan pendekatan berorientasi proses yang cekap dan memegang rekod prestasi terbukti dalam industri pengimejan diagnostik. Aktiviti-aktiviti R&D terletak di tiga pusat yang berpangkalan di Itali, Switzerland dan AS. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bracco Imaging, kunjungi www.braccoimaging.com.
Hubungan Akhbar:
Federica Urso
Perhubungan Media Bracco Imaging
Mediarelations.Imaging@bracco.com
M: + 39 366 6328611
Kimberly Gerweck
Bracco Diagnostics Inc. Media Relations (AS)
BDIMediaContact@diag.bracco.com
D: +1 609-524-2777
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1160236/Bracco_Imaging_Bracco_Cares_Logo.jpg