![]() |
Sistem UPS Gred-Perubatan Sokong Terapi Mudah Alih dan Pengangkutan Pesakit
CHICAGO, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- Tripp Lite, pengeluar yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian perlindungan kuasa dan sambungan menawarkan bekalan kuasa tanpa gangguan (sistem UPS) gred perubatan yang mematuhi keperluan komprehensif Fisher & Paykel Healthcare untuk memberi kuasa kepada AIRVO 2, sistem kelembapan mereka untuk menjalankan terapi oksigen aliran tinggi nasal.
Berdasarkan ujian yang dijalankan di Fisher & Paykel Healthcare, sistem UPS gred perubatan SMART700HGL (120V) dan SMX700HGL (230V) SmartPro® Tripp Lite memenuhi spesifikasi yang disyorkan untuk memberi kuasa kepada AIRVO 2 dalam aplikasi bergerak dan mudah alih. Sistem UPS menara ini mempunyai pengasingan talian penuh dan mengurangkan arus bocor terkumpul pada peralatan yang disambungkan kepada kurang daripada 100 mikroamp. Pengasingan penuh juga menyokong penapisan hingar dan perlindungan pusuan mod biasa.
Sistem UPS ini mempunyai bateri fosfat ferum litium (LiFePO4) bagi memberi kuasa kepada AIRVO 2 semasa mengangkut pesakit. Bateri ini menawarkan lebih banyak lagi kitaran cas berbanding bateri asid plumbum yang setara.
"Memberi kuasa kepada peralatan pada peranti perubatan bergerak merupakan bahagian penting dalam penjagaan kesihatan," kata Jim Folk, Pengarah Penyelesaian Penjagaan Kesihatan Tripp Lite. "Sistem UPS gred perubatan 700VA Tripp Lite dengan bateri ion litium membolehkan AIRVO 2 digerakkan dengan pesakit di seluruh hospital dan kemudahan penjagaan jangka panjang. Keupayaan untuk memberi kuasa kepada peralatan troli dalam mod pengangkutan memastikan terapi dapat diteruskan tanpa gangguan."
Ciri-ciri Utama Sistem UPS 700V Gred Perubatan Tripp Lite dengan Bateri Ion-Litium
Untuk barisan penuh penyelesaian penjagaan kesihatan Tripp Lite, kunjungi tripplite.com.
Latar Belakang Tripp Lite
Bermula dengan atas meja kepada infrastruktur kritikal, produk dan penyelesaian Tripp Lite memberi kuasa dan menghubungkan komputer, peralatan perangkaian dan peranti elektronik yang membentuk asas dunia digital kita. Beribu pejabat di Chicago sejak tahun 1922, Tripp Lite mempunyai pejabat dan rakan kongsi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di tripplite.com.
Latar Belakang Fisher & Paykel Healthcare
Fisher & Paykel Healthcare ialah pereka bentuk, pengeluar dan pemasar produk dan sistem yang terkemuka untuk digunakan dalam rawatan pernafasan, rawatan akut, pembedahan dan rawatan apnea tidur obstruktif. Produk-produk syarikat dijual dalam lebih 120 negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di fphcare.com.
Hubungan Media:
Samantha Perryman
samantha_perryman@tripplite.com
+1 773.869.1533
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1159286/Tripp_Lite_Model_SMX700HGL.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/676408/Tripp_Lite_Logo.jpg