omniture

Invivoscribe Lancar Ujian Diagnostik COVID-19 Dengan Pilihan Ambil Bahagian Dalam Program Antibodi Dan Vaksin SARS-CoV-2

Invivoscribe, Inc.
2020-04-29 22:35 1427

SAN DIEGO, 29 April 2020 /PRNewswire/ -- Invivoscribe, Inc., peneraju global bagi pembangunan dan pengkomersialan diagnostik jitu hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mula menawarkan ujian coronavirus COVID-19 melalui makmal rujukan LabPMM CLIA/CAP, Berlesen Negeri New York, di San Diego, California. Ujian diagnostik boleh dipesan oleh penyedia penjagaan kesihatan untuk pesakit yang disyaki menghidap COVID-19. Subjek-subjek yang mengambil bahagian dan ujian juga boleh memilih untuk mendaftar dalam kajian penyelidikan yang sedang berjalan yang diwujudkan bagi mempercepatkan pengenalpastian calon antibodi dan vaksin yang memberikan harapan menggunakan platform cerakinan penjujukan dan bioinformatik proprietari generasi seterusnya daripada Invivoscribe.

Latar Belakang Ujian COVID-19 di LabPMM®
LabPMM ialah makmal rujukan yang terkemuka di dunia yang menawarkan ujian diagnostik molekul dan diagnostik rakan kepada penyedia penjagaan kesihatan, hospital dan bagi menyokong percubaan klinikal. Ujian COVID-19 kami merupakan cerakinan Tindak Balas Berantai Polimerase Transkripsi Balik (RT-PCR) masa sebenar dan kualitatif yang mengesan templat RNA daripada virus SARS-CoV-2. Pendekatan ujian ini merupakan kaedah sensitif yang terbukti bagi menilai sama ada seseorang dijangkiti virus COVID-19. Jenis spesimen yang boleh diterima termasuk swab nasofarinks (NP) dan orofarinks (OP) yang dihantar dalam medium pengangkutan sejagat. Invivoscribe dapat menyediakan kit pungutan yang mengandungi swab NP dengan UTM bagi memudahkan pengujian untuk penyedia penjagaan kesihatan yang menghadapi kekurangan akses kepada peranti pensampelan. Di samping itu, subjek ujian COVID-19 boleh memilih untuk mendaftar dalam kajian pengujian antibodi berasaskan darah kami yang memanfaatkan data daripada cerakinan seragam di peringkat antarabangsa kami yang kini dijalankan dalam beratus-ratus makmal klinikal di seluruh Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan ROW.

"Pasukan kami teruja dapat menyokong usaha seluruh dunia dalam perjuangan memerangi virus SARS-CoV-2. Kami menyedari terdapatnya keperluan kritikal untuk meningkatkan perkhidmatan pengujian bagi membantu mengurangkan gangguan yang sedang berlaku yang ditimbulkan oleh pandemik ini. Memanfaatkan 25 tahun pengalaman kami, kami berasa gembira dapat menawarkan ujian berkualiti tinggi dengan masa pusing balik dan sokongan yang pantas. Tumpuan kami adalah untuk berbakti kepada masyarakat dengan menyediakan ujian pesakit kritikal tambahan yang amat diperlukan pada masa ini," kata Dr. Jeffrey E. Miller, Ketua Pegawai Keselamatan & Ketua Pegawai Eksekutif Invivoscribe dan LabPMM. "Di samping itu, ketersediaan dan penggunaan semasa di seluruh dunia terhadap cerakinan penjujukan reseptor imun generasi seterusnya proprietari kami dan perisian bioinformatik membolehkan kami untuk mengenal pasti dan mengesan dengan pantas respons imun dalam subjek yang dijangkiti virus SARS-CoV-2. Menggunakan set data antarabangsa yang besar ini kami dapat mengenal pasti dengan pantas paratop antibodi khusus yang terhasil sebagai respons kepada virus tersebut bagi mengoptimumkan diagnostik tempat jagaan dan mengenal pasti epitop terbaik bagi tujuan penghasilan vaksin."

Latar Belakang Invivoscribe, Inc. dan LabPMM, LLC.
Invivoscribe ialah sebuah syarikat bioteknologi milik persendirian yang dikhususkan untuk Improving Lives with Precision Diagnostics®. Invivoscribe dan makmal-makmal klinikal LabPMM milik penuhnya merupakan peneraju industri dalam menyediakan produk molekul, perkhidmatan dan penyelesaian bioinformatik kepada lebih 700 makmal klinikal dalam lebih 160 negara. Invivoscribe memegang rekod prestasi yang berjaya bagi perkongsian dengan syarikat-syarikat farmaseutikal global yang berminat untuk membangunkan dan mengkomersialkan diagnostik rakan dan menyediakan kepakaran dalam perkhidmatan kawal selia mahupun makmal.

Maklumat ujian COVID-19, borang tuntutan dan dokumen persetujuan pesakit bagi membenarkan ujian sampingan dijalankan bagi menyokong penyelidikan COVID-19 yang kini dijalankan di Invivoscribe dan LabPMM boleh dimuat turun dengan mengunjungi: https://catalog.invivoscribe.com/product/covid-19-test/. Untuk mengetahui lebih lanjut sila kunjungi: www.invivoscribe.com atau emel: support@invivoscribe.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1019746/Invivoscribe_Logo.jpg  

Source: Invivoscribe, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Public Safety