omniture

TerraPay Umum Kesediaan untuk Dunia Baharu dengan Kukuhkan Pengurusan

TerraPay
2020-04-30 17:41 1575

AMSTERDAM, 30 April 2020 /PRNewswire/ -- Dalam satu langkah yang dialu-alukan, dan ketika berhadapan dengan berita pemotongan gaji dan pengurangan tenaga kerja di seluruh dunia, hari ini TerraPay mengumumkan perekrutan enam jawatan peringkat kanan di seluruh Amerika Utara, Afrika Timur, Timur Tengah dan Asia, menunjukkan betapa syarikat ini berkedudukan sangat baik untuk menangani cabaran yang ditimbulkan semasa krisis dunia masa kini yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

TerraPay, disokong oleh Prime Ventures, Partech dan IFC, telah mewujudkan infrastruktur pembayaran digital di seluruh dunia sejak tahun 2015. Pelabur-pelabur ini melabur sebanyak $9.6 juta dalam TerraPay pada bulan Mac tahun ini. Ini telah meletakkan TerraPay di kedudukan yang baik untuk terus membantu rakan-rakan kongsinya bagi membolehkan pelanggan mereka untuk menghantar kiriman wang digital masa sebenar kepada insan tersayang mereka. Syarikat ini telah mencipta infrastruktur pembayaran digital di lebih 100 negara dan semasa waktu yang sukar ini apabila kiriman wang rentas sempadan menjadi sumber pendapatan dan kelangsungan hidup terbesar untuk isi rumah, TerraPay aktif bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya untuk memastikan agar wang dapat dihantar terus ke dompet mudah alih dan akaun bank. Apabila wang tersebut dihantar terus ke dompet mudah alih, ia bererti di suatu tempat di sebuah kampung terpencil di Rwanda, seorang wanita tidak perlu keluar dari rumah semasa berlakunya pandemik ini bagi mengambil wang tunai daripada apa-apa bentuk giliran. Wanita tersebut boleh terus menerima dan menghantar wang dalam dompet mudah alih untuk membayar barangan runcit atau ubat-ubatan malah memindahkan selanjutnya wang tersebut kepada kakaknya yang sakit dan keluarganya di kampung yang lain. TerraPay menggunakan lesennya di lebih 14 negara di seluruh dunia dan perkongsian bersama pengendali rangkaian Mudah Alih, bank dan pengendali pemindahan wang bagi memastikan agar wang tersebut terus bergerak walaupun orang ramai tidak dapat berbuat demikian.

Ambar Sur, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay mengulas, "Kami memahami bahawa kami mempunyai peranan besar untuk dimainkan apabila melibatkan hal untuk memastikan wang terus mengalir merentas sempadan walaupun terdapatnya sekatan. Aliran pembayaran dan kiriman wang yang lancar merupakan cara kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada mereka yang terabai dan tidak beruntung dari segi kewangan semasa waktu yang sukar ini. Kami memanfaatkan waktu ini untuk memastikan agar kami membina keupayaan kami dalam dunia baharu ini dan bagi melakukannya saya berasa sangat sukacita untuk mengumumkan penambahan rangkaian TerraPay di Amerika Utara, Afrika Timur, Timur Tengah dan juga Asia. Pengumuman ini juga merupakan satu pernyataan kepercayaan terhadap model perniagaan pembayaran digital kami daripada wang tunai yang telah kami usahakan sejak awal dan telah disokong oleh institusi-institusi seperti IFC, Prime dan juga Partech."

Enam pengurus yang direkrut ialah:

Sheshagiri Malliah (Sukesh) sebagai Pengarah Serantau untuk Asia;
Philip Daniel sebagai Pengarah Serantau untuk Amerika Utara;
Rizwan Qazi sebagai Naib Presiden - Perkongsian Pembayaran dan Projek Khas;
Bassem Awada sebagai Naib Presiden - Global untuk Akaun dan Perkongsian Strategik;
Prabakaran K Arumugam sebagai Pengarah - Jaminan Pendapatan;
Willie Kanyeki sebagai Pengarah Serantau untuk Afrika Timur.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelantikan baharu - KLIK 


Hubungan Akhbar:
Saurabh Ranjan
saurabh@terrapay.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1161558/TerraPay_Logo.jpg

 

 

Source: TerraPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Telecommunications Personnel announcements Financial Technology