omniture

Yiling Pharmaceutical Tingkatkan Produktiviti Lianhua Qingwen

Shijiazhuang Yiling Pharmaceutical Co, Ltd.
2020-05-04 08:15 1082

SHIJIAZHUANG, China, 4 May 2020 /PRNewswire/ -- Yiling Pharmaceutical (002603.SZ) mengumumkan pelancaran projek peningkatan produktiviti Lianhua Qingwen, perubatan tradisional Cina (TCM) yang digunakan terutamanya untuk merawat selesema dan influenza virus. Syarikat ini bersedia untuk mengeluarkan 7.5 bilion kapsul, 99 juta uncang granul dan 2.1 bilion pil setiap tahun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk rawatan tersebut memandangkan ia digunakan untuk mengurangkan simptom-simptom COVID-19.

Yiling Pharmaceutical Announces Increased Production of Lianhua Qingwen.
Yiling Pharmaceutical Announces Increased Production of Lianhua Qingwen.

"Komuniti perubatan global mula memanfaatkan TCM bagi meningkatkan kadar pemulihan pesakit COVID-19. Kami berasa gembira kerana dunia mengiktiraf TCM dan peranan penting Lianhua Qingwen dalam memerangi pandemik ini," kata Xiangjun Wu, Pengurus Besar Yiling Pharmaceutical. "Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, kami meningkatkan kapasiti pengeluaran kami untuk memastikan bekalan ubat-ubatan kami yang mencukupi dan tanpa gangguan untuk pesakit di seluruh dunia."

Semasa satu persidangan dalam talian bersama petugas perubatan barisan hadapan global yang memerangi COVID-19, Zhong Nanshan, pakar pernafasan Cina dan ketua pasukan suruhanjaya kesihatan yang menyelidik wabak penyakit tersebut di China, menyatakan bahawa kadar pemulihan pesakit yang diberikan Lianhua Qingwen meningkat sehingga 91.5%. 

Pentadbiran Ubat-ubatan Negeri China baru-baru ini meluluskan permohonan ubat tambahan untuk indikasi baharu Lianhua Qingwen, menambah "indikasi fungsian" kepada indikasi yang diluluskan sebelum ini: "Untuk jenis demam ringan/biasa, batuk dan keletihan dalam rawatan konvensional novel coronavirus pneumonia."

Negara-negara termasuk Brazil, Indonesia, Kanada, Mozambique dan Romania telah memberi kebenaran pemasaran kepada Lianhua Qingwen dan mendaftarnya sebagai ubat herba atau produk kesihatan semula jadi. Di samping itu, ubat ini telah diluluskan untuk menjalani ujian percubaan klinikal Fasa II bagi merawat influenza di A.S. oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

"Walaupun banyak daerah menghargai Lianhua Qingwen sebagai penyelesaian ubat yang kuat bagi menangani pandemik ini, masih banyak lagi yang perlu diusahakan. Menuju masa depan, Yiling Pharmaceutical akan bekerjasama dengan lebih banyak institusi perubatan dan hospital bagi menjalankan ujian klinikal untuk TCM kami, bagi membantu mengintegrasikan TCM ke dalam amalan perubatan moden," kata Wu.

"Bagi memudahkan penerimaan TCM, kami telah mewujudkan "Cawangan Penyakit Kolateral" Persekutuan Dunia untuk Persatuan Perubatan Tradisional Cina di Amerika Utara dan Eropah. Pusat baharu ini akan menyediakan pengamal perubatan di seluruh dunia dengan akses kepada teori asas dan sifat-sifat TCM selain konsep budaya dan falsafahnya," tambah Wu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200430/2791164-1?lang=0

 

Source: Shijiazhuang Yiling Pharmaceutical Co, Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:002603
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Asian-related news